Malaysia,

Produk Nestle Milo Energy Cube Yang Tular Dilaman Social Adalah Produk...

Khamis, Mac 23, 2017 Mahamahu 15 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dalam sebulan dua ini menjadi tular pulak tentang produk Milo yang berbentuk cube. Sebelum ni kita kat Malaysia hanya kenal Milo serbuk dan minuman dalam kotak jer. Tapi kini dah makan ramai orang menjual Milo Energy Cube lak.


Maha pun salah seorang yang telah beli sebab tularnya produk ni makin hangat lak. Nak rasa punya pasal beli juga lah secara online walaupun harga agak mahal tapi boleh lah beli satu pack. Tengok bentuk empat segi tu ingat besar tapi sebenarnya indah khabar dari rupa wakakaka. Ia hanyalah sebesar jari Maha jer tak besar mana pun.


Cube ini dicipta untuk memudahkan orang awam mendapat khasiat daripada Milo tu secara terus makan tanpa perlu bancuh. Cube ini memang dah sedap dan manis pun dan tipu kalau orang ada post pasal cube ni buleh cair buat air. Maha dah cuba memang tak boleh walupun masukan air panas. Ia hanya untuk dikunyah dalam mulut terus wakakaka.


Hari tu ada timbul isu pasal kesahihan halal produk ini dan Maha dah dapatkan daripada pihak JAKIM sendiri yang mengesahkan produk ini mempunyai Sijil Pengesahan Halal dari Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) iaitu salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Amerika Syarikat.


Logo Halal yang mereka guna pun tiada isu ianya tidak bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan di Negara Nigeria. Bila tengok rupanya produk ni di bawa dari Nigeria patut lah harga mahal Maha beli hari tu untuk satu pek 100 biji RM56.00 termasuk pos. Tapi tak apalah nak rasa punya pasal beli juga dan habis pun wakakaka.


Kenapa Nestle Malaysia tidak keluarkan juga Milo dalam bentuk cube ini murah sikit nak beli hehehe. Apa pun Nestle Malaysia akan menganjurkan acara sarapan terbesar untuk tahun 2017 ni. Ada 7 lokasi yang bakal berlangsung antaranya adalah Pulau Pinang pada 19 Mac yang lepas, Kota Kinabalu 26 Mac, Kuching 2 April, Johor 8 April, Kuantan 16 April, Kota Baharu 6 Mei dan kemuncak Putrajaya pada 14 Mei nanti. Jom kita meriahkannya.

15 ulasan:

  1. sedap ke??mmg kena bli online je kn..tkde dijual di mana2 pasaraya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap akak makan macam gula-gula.. setakat ni tak nampak jual kat mana2 selain online jer hehehe..

      Padam
    2. Bawa skit nk rasa masa food review hehe

      Padam
    3. Hehehe kita punya dah habis sedap sangat hehehehe..

      Padam
  2. Sally belum terpanggil nak beli pun...hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sally makan dengna chef jer dan artis wakakakaka..

      Padam
  3. Balasan
    1. Memang mahal akak sebab import Malaysianya tak keluar...

      Padam
  4. dah kenapa Malaysia tak nak keluarkan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu kau ambil alih Nestle Malaysia jadi CEO hehehehe..

      Padam
  5. sedap semestinya mahal....

    BalasPadam
  6. Siap dah cuba bancuh dalam air tu lawak... Apa pun yang penting halal.

    BalasPadam
  7. pernah niat nak beli tapi harga :'( tapi rasanya sekarang dah murah sikit kot

    BalasPadam