Memaparkan catatan dengan label Viral. Papar semua catatan

Masih Ada Yang Tegar Beli Pinggan Mangkuk Viral Lagi

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tergerak hati nak tulis pasal pinggan mangkuk viral ini sebab masih ramai lagi yang tak tahu tentang pinggan ini. Masih ramai lagi yang gila untuk beli pinggan yang harga boleh jadi serendah RM2 - RM5 tu.


Memang betul pinggan tu cantik dan juga pinggan tu sangat unik. Sebenarnya Maha nak bagi tahu tak salah nak beli pinggan tu sebab tu duit masing-masing. Tapi just nak memperingatkan sahaja takut-takut ada yang terlupa.

Telah keluar dalam akhbar MStar online seorang pensyarah kanan Jabatan Kimia Universiti Malaya, Dr Nor Asrina Sairi memberi tahu bahawa bahan kimia yang digunakan untuk hiasan dan corak di atas pinggan itu diragui kebaikannya. Sekiranya digunakan kerap kali untuk menghidang makanan ia akan memberi kesan buruk jangka masa yang panjang pada pengguna.


Nasihat beliau kalau nak beli tak salah tapi ia dijadikan pinggan hiasan sahaja di rumah atau kalau nak juga guna jangan isi dengan makanan yang panas dan makanan berasid tinggi. Kesan buruk yang datang kepada pengguna bukan jangka masa yang cepat tapi ia memberi kesan untuk masa yang lama dibimbangi ia akan mempengaruhi kehidupan kita terutama anak-anak.

Bagi Maha sendiri pun nak beli pinggan ini tak salah beli lah berapa banyak pun cuma cuba elak gunakan pinggan ini. Sekadar untuk hiasan kat rumah atau nak buat cenderamata boleh lah. Walaupun ia menghakis dengan perlahan tapi kita tak tahu jangka masa panjang. Ini kerena pengeluar pinggan tu sendiri tidak dapat buktikan bahawa bahan yang digunakan untuk menghasilkan corak atas pinggan itu selamat atau tidak.


Jadi kita sebagai pengguna jadilah pengguna bijak dan bukan kerana ikut perasaan sebab ia dah viral. Ramai lagi kawan Maha hari-hari sebut pergi beli pinggan mangkuk viral tu yang ada jual kat area Pasar Seni. Tambah-tambah sekarang ni ada MRT lagi mudah untuk orang pejabat nak akses ke sana. Ini bukan larangan ok tapi peringatan sahaja jangan salah faham pulak. Selamat membeli semua.


*Gambar daripada carian Google





Kuih Raya Viral Biskut Ulat Bulu Buat Ramai Geli Geleman Tapi Comel

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Beberapa hari jer lagi kita akan smabut Aidilfitri dan Ramadhan akan meninggalkan kita. Bila sebut nak raya jer mesti orang dah sibuk buat kuih raya. Sekarang ni dah macam-macam rupa dan rasa kuih raya. 


Sehinggakan tersebarnya Biskut Ulat Bulu yang tular di laman sosial. 

Maha tahu pasal biskut ini pun apabila ada kawan update kat Facebook beliau yang biskut ini menjadi tular. Kenapa ia tular dan apa sebabnya? 

Ramai yang bagi komen mengatakan bahawa biskut ini nampak comel dan tak kurang juga yang mengkritik bahawa biskut ini menggelikan. Almaklumlah rupa ulat bulu warna pun dah sama rupa pun motel-montel jer.


Kata orang biskut ini rasanya seperti Biskut Makmur sama sahaja. Cuma kali ini mereka hasilkan bentuk ulat untuk nampak kelainan. Kalau korang nak resipi penuh Maha share kat sini tapi Maha tak cuba buat lagi lah ni pun resipi dapat daripada laman Cari.com.my.

Bahan-bahan resipi Biskut Ulat Bulu


1 cawan Tepung Jagung (Ayak)
2 cawan Tepung Gandum (Ayak)
1 buku Mentega
3 biji Kuning Telur
1 sudu Esen Vanila
1 sudu Perisa Pandan
Pewarna Hijau
Gula halus untuk ditabur
Kurma untuk inti

Cara-cara membuat Biskut Ulat Bulu


1. Pukul mentega bersama kuning telur sampai kembang.
2. Masukan perisa pandan, esen vanila dan pewarna hijau dan pukul sehingga sekata. Pewarna jangan terlalu banyak sangat nanti terlebih hijau pulak.
3. Masukan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menggaul sehingga agak-agak ia boleh dibentuk. Tepung gandum tidak perlu dihabiskan.
4. Bentukkan doh sebesar duit 50sen leperkan dan masukan inti kurma.
5. Gulung dan bentukkannya membujur kemudian tekan perlahan menggunakan garfu untuk buat jalur pada bandannya.
6. Susun pada loyang pembakar dan masakan pada suhu 170° selama 15-20 minit. 
7. Setelah masak sejukan dan kemudian taburkan gula halus untuk jadikan bulunya. 

Tapi sekarang ni bila sesuatu resipi tu dah tular macam-macam lah rupa yang orang lain cuba improvise kan. Ada pula yang buat ulat bulu warna-warni tapi nampak comel juga. Yang penting sedap dan boleh dihidangkan kepada tetamu.


Kalau korang rasa nak cuba resipi tular ni dan nak supprise kan tetamu yang datang boleh lah buat sempat lagi ni. Tak susah pun tengok resipi macam mudah jer. Inti tu korang boleh tukar letak bahan lain macam kelapa ker atau gula melaka. Selamat mencuba semua dan selamat berpuasa ok.


*Gambar dari Google dan Facebook kawan2.





Produk Nestle Milo Energy Cube Yang Tular Dilaman Social Adalah Produk...

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dalam sebulan dua ini menjadi tular pulak tentang produk Milo yang berbentuk cube. Sebelum ni kita kat Malaysia hanya kenal Milo serbuk dan minuman dalam kotak jer. Tapi kini dah makan ramai orang menjual Milo Energy Cube lak.


Maha pun salah seorang yang telah beli sebab tularnya produk ni makin hangat lak. Nak rasa punya pasal beli juga lah secara online walaupun harga agak mahal tapi boleh lah beli satu pack. Tengok bentuk empat segi tu ingat besar tapi sebenarnya indah khabar dari rupa wakakaka. Ia hanyalah sebesar jari Maha jer tak besar mana pun.


Cube ini dicipta untuk memudahkan orang awam mendapat khasiat daripada Milo tu secara terus makan tanpa perlu bancuh. Cube ini memang dah sedap dan manis pun dan tipu kalau orang ada post pasal cube ni buleh cair buat air. Maha dah cuba memang tak boleh walupun masukan air panas. Ia hanya untuk dikunyah dalam mulut terus wakakaka.


Hari tu ada timbul isu pasal kesahihan halal produk ini dan Maha dah dapatkan daripada pihak JAKIM sendiri yang mengesahkan produk ini mempunyai Sijil Pengesahan Halal dari Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) iaitu salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Amerika Syarikat.


Logo Halal yang mereka guna pun tiada isu ianya tidak bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan di Negara Nigeria. Bila tengok rupanya produk ni di bawa dari Nigeria patut lah harga mahal Maha beli hari tu untuk satu pek 100 biji RM56.00 termasuk pos. Tapi tak apalah nak rasa punya pasal beli juga dan habis pun wakakaka.


Kenapa Nestle Malaysia tidak keluarkan juga Milo dalam bentuk cube ini murah sikit nak beli hehehe. Apa pun Nestle Malaysia akan menganjurkan acara sarapan terbesar untuk tahun 2017 ni. Ada 7 lokasi yang bakal berlangsung antaranya adalah Pulau Pinang pada 19 Mac yang lepas, Kota Kinabalu 26 Mac, Kuching 2 April, Johor 8 April, Kuantan 16 April, Kota Baharu 6 Mei dan kemuncak Putrajaya pada 14 Mei nanti. Jom kita meriahkannya.

Silalah Makan Buah Langsat Percuma Di Kebun Saya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bagi peminat buah-buahan tempatan ia 'Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal' itulah perumpamaan untuk mengambarkan pelawaan pemilik kebun buah Langsat di Kuala Pilah ini.

Gambar Harian Metro

En Khamaruzaman Yusof seorang OKU yang bermurah hati memberi peluang kepada pecinta buah untuk datang ke kebunnya dan menghabiskan 3,000kg buah tersebut menjelang cuti sekolah nanti. Siapa yang tak nak Maha nak datang tapi agak jauh hehehe.

Ada beberapa syarat yang diletakkan oleh pemilik kebun ini kepada sesiapa yang nak datang makan buah percuma ini.

1) Makan sampai puas tapi tidak boleh bawa balik hanya makan di kebun sahaja.
2) Buah Langsat ini tidak boleh dijual hanya untuk dimakan.
3) Dilarang mengambil sarang madu Kelulut dan juga buah Durian yang ada dalam kebun tersebut.

Jadi sapa yang berada berdekatan dan teringin nak makan buah kat kebun boleh datang bermula 20 Mac kerana pada waktu itu buah sudah masak dan sehingga buah habis. Menurut pemiliknya kebun ini seluas 2.4 hektar mempunyai 53 batang pokok Langsat dan turut ditanam pokok Dokong, pokok Petai, Durian Belanda dan beberapa batang pokok Durian. 

Kisah ini mula menjadi tular dalam laman sosial setelah tuannya memuat naik dan mendapat perhatian netizen. Korang boleh datang ke Kampung Bukit, Senaling Kuala Pilah dan tidak perlu minta izin datang sahaja dan makan tapi kena panjat sendiri untuk ambil buah Langsat ini ok. Terima kasih kepada tuan kebun yang budiman ini moga Allah murahkan lagi rezeki tuan. Nak pergi makan buah sapa nak bawa ker sana please. 





Dakwat Sotong Boleh Makan Tidak Haram

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tadi selak-selak surat khabar semalam ada terbaca dalam akhbar Harian Metro ni yang bertajuk 'Pasi Hitam Bukan Najis'. Mula-mula tanya juga pasi tu apa tapi bila baca artikel penuh tu baru tahu pasi tu adalah dakwat hitam yang dikeluarkan oleh haiwan bernama sotong.

Gambar sekadar hiasan dari Google

Katanya sebelum ini tular dilaman sosial tentang banyak netizen memuat naik keratan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke Lima Penggal Ke Sembilan bersidang pada 7 Disember 2011. Dalam kenyataan itu menyatakan majlis telah bersetuju mengekalkan keputusan fatwa Allahyarham Syed Yusuf Ali Az-Zawawi (bekas Mufti tahun 1953 hingga 1975 ) iaitu pasi sotong najis kerana cecair itu kotor dan berbau busuk jika dibiarkan lama.

Manakala dalam keratan akhbar itu pula mengeluarkan kenyataan ahli Majlis Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan yang juga pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Yasmin Hanani Mohd Safian berkata "Makanan ini mengikut hukum uruf (menjadi kebiasaan masyarakat setempat) di pelbagai negara sama ada digunakan dalam makanan atau sebagai pewarna mahupun perencah dan ia boleh dimakan.” 

Pendapat sama diutarakan Timbalan Ketua Kluster Pertanian dan Makanan Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Dr Ridzwan Abdul Rahman. Namun menurut Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berpendapat dakwat sotong itu tidak haram dimakan jika tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

Tepuk dada tanya selera ia tidak haram tapi sesetengah pihak kata ia najis namun ia buka keluar daripada arah dubur. Jadi kalau kita masih boleh rasa nak makan masih boleh tak ada masalah sedap kot Sotong Masak Hitam hurmmmm. Tiba-tiba teringat nak masak Sambal Sotong yang pedas dan menggiurkan.






Perkara Unik Tentang Packaging Viral Cookies Premium Buat Korang Jatuh Hati Sebelum Rasa

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kalu kita beli biskut tak kisahlah kat pasar raya ker atau kat mana-mana stokis mesti kita akan nampak botol plastik yang bertudung merah atau pun bungkus dalam bekas plastik putih yang tiada daya tarikan.


Tapi biskut keluaran Viral Cookies Premium ini membuktikan bahawa packaging memainkan peranan penting dalam menghasilkan satu-satu produk betul tak. Ia akan mempengaruhi keunikan dan keberkesanan marketing kepada pembeli. Itu adalah salah satu strategi kepada penjualan menurut kata pengusahan dan pemilik biskut ni Enchik KC.


Maha pertama kali tengok kepada kotak bungkusan biskut dikeluarkan sangat terpegun dan sangat mengujakan. Bukan setakat design yang menarik menggunakan tema biskut juga mesra pengguna. Sesuai sangat untuk dijadikan hadiah atau doorgift special dengan tidak perlu pembungkusan yang cantik.



Setakat ini terdapat 2 jenis biskut yang dihasilkan bawah produk Carleed ini iaitu Viral Cookies Premium Fantastic Four  dan juga Viral Cookies Premium Tat Nanas. Maha paling suka sekali adalah packaging untuk Fantastic Four ini sangat-sangat menarik dan juga senang untuk dibawa dengan adanya pemegang diatasnya. 


Kalau kita datang bertandang ke rumah jiran atau sedara mara bawa buah tangan seperti ini sangat-sangat sesuaikan. Kotak yang menarik warna yang tertarik pasti buat kita rasa tak sabar nak makan biskut dalamnya. Tu baru cite bab kotak dalam biskut ni pula ada 4 jenis variasi biskut yang pelbagai rasa. 



Gabungan 4 jenis biskut tu adalah Americano Walnut Chips, Blacky Oat Coffee, Strawberry Nutty dan Butterscotch Almond. So kalau kita beli satu kotak ini akan dapat 4 sekali gus memang seronok. Saiz biskut juga besar dan puas kalau kita dapat kunyah sambil tonton drama 'Biar Aku Jadi Penunggu'. Bagi Maha biskut macam ni bukan sahaja sesuai pada musim perayaan tapi juga sebagai minum petang atau kudapan.





Sekali Maha ngap biskut ni memang terasa rangupnya dan juga kegaringan kacang yang ada dalam biskut ni juga tidak begitu manis . Bagi Maha biskut ni kena ada kat meja setiap rumah senang nak hidang pada tetamu yang datang secara tiba-tiba kan.


Ada satu lagi biskut yang menarik keluaran Carleed ni iaitu Tat Nanas. Ini satu lagi kalau korang tengok kotak bungkusan biskut ini sangat-sangat kreatif. Menggunakan rupa seperti buah nanas dan bentuk yang ada daun nanas di atas sangat menarik. Cara nak buka kotak ni pun ada skill tau korang tengok video unboxing yang Maha sediakan ni. 



Dalam kotak Tat Nanas ni ada 15 biji tat untuk kotak percubaan. Tapi lepas sekali cuba pasti nak lagi kerana Tat Nanas ni tidak seperti tat biasa ia tidak mudah pecah bila dipegang dan hancur didalam mulut. Rasa nanas pun sedap dan tidak begitu manis jadi sesuai untuk semua peringkat usia.

Harga :
Tat Nanas = 200gram RM15
                    600gram RM35
Fantastic Four = RM25



Bagi Maha betul lah packaging yang menarik bukan sahaja membuatkan produk kita nampak exclusive tapi kita nak juga menjaga kualiti kepada produk yang nak di sampaikan kepada pembeli. Kalau biskut macam ni kita jual kat luar negara orang rasa tertarik tak mestilah kan, jadi tepuk dada tanya seleralah kan.


Buat korang dah mula jatuh cinta pada 2 Viral Cookies Premium ini boleh lah dapatkan secara online dan juga beberapa stokis yang telah menjual biskut ini. Ada juga beberapa stesen Petronas sekitar KL juga menjual biskut ni. Nak maklumat lanjut boleh dapatkan maklumat di Facebook dan Instagram Viral Cookies Premium ini. Selamat menikmati semua ok.

Maklumat lanjut dan untuk pembelian layari :
Tel :  013 9985 148






Resepi Popular 2016 Yang Menjadi Viral Dan Pilihan Rakyat Malaysia

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah sampai kita ke penghujung tahun 2016 yang penuh dengan suka duka dan kisah menarik dalam dunia blog ni. Maha sendiri pun tak sangka dah 6 tahun dalam dunia blog ni.


Tahun 2016 ni bayak resepi makanan yang menjadi viral dan juga popular pilihan rakyat Malaysia. Pasti korang ingat lagi akan beberapa yang telah mendapat perhatian apabila keluar dalam laman social. Maha senaraikan beberapa makanan yang telah menjadi perhatian sepanjang tahun 2016.

Aiskrim Sumi Jelly


Yang ni paling menjadi viral sangat sepanjang tahun 2016 ni. Tak tahu sapa yang mengasas kepada resepi ni tapi Maha juga terjebak. Akhirnya Maha hasilkan video untuk sapa-sapa nak buat resepi aiskrim Malaysia ni.


Siap ada orang buat business lagi untuk resepi Aiskrim Sumi Jelly ni. Tak boleh lawan lah aiskrim luar negara kerana begitu popular dangat masa tu. Kalau korang nak buat boleh tengok video resepi yang Maha sediakan ok.

Cotton Cheese Cake 


Ni satu lagi resepi paling mendapat perhatian daripada pembaca blog dan juga pengikut Facebook Page Mahamahu korang boleh follow ok. Tak sangaka juga sehingga ke hari ni video ini mendapat 326,021 views, 1.7k like dan juga 10,445 shares. Maha belajar buat Cotton Cheese Cake ini daripada youtube luar negara juga saja cuba-cuba tak sangka menjadi.


Setiap kali buat Alhamdulillah memang menjadi dan boleh lah nak buat makan sendiri, harijadi dan juga majlis potluck dengan kawan-kawan office. Tak ada plan nak business saja nak suka-suka buat jangan tempah dengan Maha ok hehehe.

Churros


Sapa tak tahu kalau sebut je berebut orang nak makan resepi yang mudah dan sedap ini. Tak silap ia datang dari negara Sepanyol dan menjadi viral di Malaysia dalam tahun ni. Resepi ni pun jadi pilihan rakyat Malaysia yang nak cuba buat tak susah pun mudah jer.


Chorrus ini pun dah popular sehingga ke negara-negara Asia lain seperti Korea yang mana telah buka cawangan restoran Chorrus kat Malaysia. Sebab tahu rakyat Malaysia suka pada makanan yang simple dan muda untuk dinikmati. Kalau nak resepi lebih boleh pergi ker Youtube Mahamahu Channel sana resepi Chorrus ni pun ada.






Ini Rupanya Biskut Gery Saluut Malkist Yang Viral Di Laman Social Tu

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Patutlah sekarang orang duk perkatakan pasal Biskut Gery Saluut Malkist tu. Maha sendiri juga terjebak beli juga biskut ni sebab tengok kawan-kawan duk update kat facebook hari-hari makan biskut ni sedap sangat ker.



Sebelum ni usha-usha orang yang jual secara online jer ingat nak beli tapi dapat tahu yang kat Mydin USJ ada jual stock biskut ni terus pecut bawa kereta pergi beli kat sana. Tak mahal pun hanya RM3.20 sahaja satu pek plastik ni. 



Ada dua perisa lak tu yang satu tu biskut salut dengan keju Perancis yang sweet sangat dan satu lagi pula biskut salut dengan cokolat. Terus beli dua-dua perisa ni sebab nak tahu sedap sangat ker biskut ni. 



Balik sampai rumah terus buka dan rasa sendiri memang betul lah kata ramai orang biskut ni macam berhantu tau. Sekali makan memang tak boleh henti sebab sedap sangat rasanya. Walaupun kalau korang tengok mereka macam gunakan biskut kering biasa jer. Korang nak tahu kena cuba sendiri tak boleh nak dikatakan.



Biskut ini made from Indonesia yang diimport ker Malaysia. Biskut ni juga ada sijil halal daripada Majlis Ulama Indonesia yang telah diiktiraf oleh JAKIM Malaysia. So boleh nikmati tanpa was-was. Lepas ni akan beli lagi selagi masih ada stock dan juga sebelum ia jadi lebih popular. 





Lepas Nasi Lemak Anak Dara Kini Viral Roti Canai 3 Beradik Pulak

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tak habis lagi tentang viral isu Nasi Lemak Anak Dara yang dari satu cerita ke satu cerita dicanang dalam media sosial. Kini mucul pulak kisah Roti Canai 3 Beradik yang semuanya diusahakan oleh adik-beradik perempuan di Kelantan.


Telah tersebar kat akhbar semalam tentang kisah menarik 3 beradik perempuan yang mengusahakan perniagaan gerai roti canai di Kampung Chetok. Pemilik kedai makan tu adalah kak yang juga seorang ibu tunggal kepada 2 orang cahaya mata. Manakala 2 lagi adalah adiknya yang juga turut sama membantu dalam perniagaan ini.

Tulisan dalam akhbar tu kehebatan kedai mereka adalah bukan kerana kemanisan wajah sahaja tapi kerana mereka pandai menebar roti canai yang hasilnya sungguh sedap dan lembut. Ni mesti wartawan lelaki yang pergi cover berita ni patut lah puji lebih hehehe. Mereka ni baru jer bukan kedai roti canai ni dalam 2 bulan tapi telah mendapat sambutan ramai. Malah setiap hari lebih 200 keping roti canai berjaya dihasilkan dan habis dijual.


Tu lah orang kata rezeki kalau kita tak cuba tak tahu bukan. Bukan Maha nak dengki pada mereka tapi syukur kerana anak muda sekarang dah tak ada perasaan malu untuk mencari rezeki yang halal. Asalkan ada usaha semua boleh jadi cuma orang yang malas sahaja akan bagi seribu alasan. 

Moga usaha anak-anak muda dan juga wanita yang rajin seperti mereka ini terus menjadi inspirasi kepada pemudadan pemidu di luar sana. Heran juga yang viral mesti kedai anak dara yang bujang-bujang ni nak kerja buat apa baru viral yer hahahaha.






Sambal Ikan Nasi Kerabu Bukan Pemegang Sijil Halal

Salam sejahtera semua kepada pembaca setia blog Makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha cuma sampaikan kepada semua pembaca blog ni agar tidak membeli atau menggunakan lagi produk makanan dari Thailand ini. 


Sambal Ikan Nasi Kerabu yang viral sejak beberapa hari kerana dikatakan menggunakan daging Ular Sawa. Selain itu juga pada pek makanan ini tetera logo Halal daripada negara Thailand yang diiktiraf oleh Jakim.

Ini penjelasan dari JAKIM


Jangan risau kepada semua pengguna Malaysia JAKIM sendiri telah keluarkan kenyataan di laman Facebook rasmi mereka. JAKIM menjelaskan produk berkenaan bukan lagi pemegang Sijil Halal CICOT. Isu ini masih di bawah tindakan mahkamah negara Thailand atas kes penggunaan logo halal yang telah tamat tempoh. 


Oleh yang demikian JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna Islam di Malaysia agar mengelakkan diri dari menggunakan produk ini sehingga siasatan kes selesai. Sebarang kemusykilan mengenai viral dan status halal boleh disemak di laman web www.halal.gov.my atau aplikasi telefon pintar myjakim.
Jadi kalau kita was-was kata Islam jangan kita ambil atau amalkan kerana ia boleh jatuh kepada haram. So lepas ni jangan gunakan produk yang meragukan yang rugi kita juga. Takut bila dengan cite pasal daging ular ni seram sejuk jadinya patutlah banyak ular sawa ceroboh masuk rumah kat Malaysia ni hehehe.





Rahsia Aiskrim Sumijelly Yang Menjadi Viral Telah Terbongkar

Rahsia Aiskrim Sumijelly Yang Menjadi Viral Telah Terbongkar - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tak tahu kenapa tiba di laman media sosial begitu banyak orang update pasal aiskrim ni. Kalau sebelum ni atau tahun lepas kita diviralkan dengan Aiskrim Pasu dan kemudian pelbagai lagi aiskrim dalam bekas seperti lesung batu, kulit kelapa dan paling rare dalam mainan congkak. 


Cuma kali ni aiskrim yang jadi viral semenjak seminggu dua ni lain sikit dari yang lain. Terkejut Maha tahu bahawa aiskrim tu adalah Aiskrim Sumijelly, kalau satu hari tak tengok org update kat facebook tak sah. Tambah suri rumah ni yang kadang2 anak2 mereka nak makan aiskrim jadi cubalah buat resepi yang mudah dan cepat ni. Budak2 sukalah aiskrim yang ada susu dan warna-warni dalamnya.


Kalau Maha search resepi sebenar buat aiskrim ini nampak macam mudah tak banyak bahan. Sebenarnya rahsia yang menjadikan aiskrim ini populsr adalah kerana kemanisannya dan sangat mudah untuk disediakan. Kalau dulu kita kenal dengan Aiskrim Malaysia kan zaman Maha kecik2 dulu. Aiskrim ni sama jer konsepnya dengan Aiskrim Malaysia tapi kali ni guna sumijelly dan bekukan.


Bahan-bahan yang diguna pun tak banyak hanya perlu ada susu cair dan susu pekat, sumijelly dan juga plastik aiskrim. Maha tak pernah buat tapi kalau korang nak cuba boleh belajar kat otai ibu2  ni yang Maha tengok dah sempat update kat facebook pasal aiskrim ni. Korang memang lagend lah SafuraraSafura Zarin dan Kak Asnimar officemate Maha hehehe. Sorry Maha guna pic aiskrim yang korang buat sendiri sebab nampak awesome sangat. 

Tonton video resepi nak buat Aiskrim Sumi Jelly ni

Mudah bukan bahan tapi tu lah kenapa tak terfikir sebelum ni tentang aiskrim macam ni. Bagi mereka yang mencetuskan idea aiskrim ni memang kreatif lah terbaik korang. Cuma apa yang boleh jadikan Aiskrim Sumijelly ni viral sampai sekarang Maha masih tak tahu sebenarnya. Nak cuba juga lah nanti hehehe mana tahu leh jual kat area2 rumah hehehe. Selamat mencuba semua.