Memaparkan catatan dengan label Steamboat. Papar semua catatan

Kelainan Hidangan Makanan Laut Didalam Periuk Kukus Di Kungfu Steam Seafood Puchong

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apa yang korang fikir bila sebuat pasal seafood ni mesti ingat ia steamboat betul tak. Tapi mungkin ini akan mengubah pandangan korang tentang makanan laut dan steamboat.


Satu restoran steam yang ini menyajikan hidangan steam bukan steamboat yang biasa kita makan. Kungfu Steam Seafood yang terletak di Bandar Puteri Puchong menyajikan makanan laut segar dikukus atas meja. Dengar cerita pemilik restoran ini membawa konsep ini dari negara tembok besar China.




Masa mula Maha sampai kat luar restoran ni korang dah disajikan dengan akuarium makanan laut segar. Ada udang galah, ada ketam, ada ikan, ada kupang, lala dan macam-macam lagi yang korang boleh pilih untuk dimasak didalam restoran nanti.



Ruang dalam restoran sangat luas dan selesa memberikan rasa suasana makanan restoran mewah. Ada 3 tingkat semua sekali Maha duduk yang bawah sebab senang nak pilih lauk. Meja pun ada yang untuk 4 orang makan atau juga meja 10 orang makan untuk satu keluarga sangat sesuai. Terdapat tandas dan juga ruang terbuka yang selesa.



Hari tu memang penuh lah perut dengan makana laut sebab dari mula sampai habis semua jenis Maha dapat rasa. Konsep sini mudah sahaja ada satu periuk kukus kat tengah meja dimana lapisan bawah sekali mereka akan isikan dengan beras dan juga pilihan makanan laut seperti Ketam atau sebagainya. Nanti korang akan tengok hasilnya beras tu apa akan jadi akhirnya.



Kemudian kat atas tu baru mereka kukuskan dengan pelbagai makanan laut dimulakan dengan Kepah. Kepah ni harga RM4.80 per 100gram tapi minima kena order 300gram tau. Kukus tak lama pun dalam 3 ker 5 minit sahaja pastu siap dan boleh terus makan bila tudung periuk tu dibuka. Jadi kita rasa kesegaran dan kemanisan makanan laut ni orginal ok.



Kemudian dah habis bahan tadi next step lak kukus Tiger Prawn. Saiz udang ni besar dan isi yang penuh buat korang rasa tak sabar nak makan. Harga RM12.80 per 100gram tapi udanga tak perlu makan lama juga cuma 3 minit sahaja dah cukup sehingga warna kemerah-merahan tu.



Seterusnya pula kukus Red Snapper atau Ikan Merah. Harga untuk ikan RM9.80 per 100gram jadi kalau rasa nak puasa beli yang besar terus baru banyak leh makan. Yang ni bagi Maha saiznya sedang jer. Sekejap jer nak habiskan ikan ni dah habis sambung lak kukus Garlic Scallop with Glass Noodle. Memang saiz sangat besar dan harga Scallop ini RM19.80 per 100gram.


 



Selain daripada makanan laut ada juga protein yang korang boleh pilih macam yang Maha ambil ni iaitu Enoki Chicken Roll iaitu daging ayam gulung dengan cendawan Enoki. Harga pula yang satu set RM16.80 sahaja. Makan makanan laut kena seimbang dengan sayur-sayuran baru sihat. Terdapada pelbagai pilihan tapi yang Maha ambil ni Mix Vegetables dan juga Mix Mushroom harga RM19.80 untuk saiz besar.





Lepas last dah habis semua makanan laut tadi dikukus masa untuk kita tengok apa jadi pada beras dan ketam kat bawah periuk tadi. Taraaa tu dia jadi bubur nasi yang sangat menggiurkan kerana bubur ni dapat rasa semua jus makanan laut yang kita kukus tadi. Memang dapat rasa pekat dan juga masam, masin dan manis makanan laut. Kemudian campur pula dengan daun bawang, daun ketumbar, halia, bawang goreng dan macam-macam lagi.



Macam tu lah bagai mana makanan kat sini diserve pada korang tak ada sup ok. Tapi semua makanan kukus tadi sangat sihat dan nak lagi sedap makan dengan sos-sos yang ada kat sini banyak pilihan lebih daripada 20 jenis sos. Maha paling suka adalah Thai Sos dan Sweet Sos, ada yang pedas sangat dan sederhana pedas ikut suka korang lah nak pilih.




Last sekali mesti kena ada minuman kan kat sini ada minuman segar seperti ni Air Kelapa Muda. Kemudian ada juga Lemongrass Laici, Honey Lemon dan macam-macam yang boleh kembalikan kesegaran lepas makan makanan panas. Kalau korang nak rasa kelainan ini boleh lah datang ker Kungfu Steam Seafood yang ada dua cawangan setakat ni satu lagi kat Sunway. Restoran ni belum ada sijil Halal tapi mereka No Pork dan No Lard ok. So korang rasa nak cuba tak, jom terjah selamat mencuba semua.

Promosi dan pertanyaan layari :
Facebook : Kungfu Steam Seafood Puchong
Waktu operasi :  10:30pagi - 2:30petang (makan tenghari)
                           11:30pagi -11:00 malam (Steam Seafood)
Alamat : No. G-13A, Jalan Puteri 7/13A
              The Cube, Bandar Puteri
              47100 Puchong, Selangor
Tel :  016- 213 2828

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5









Tempat Makan Makanan Panas Berasap-asap Di ASAP Steamboat & Grill Puchong

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apa makanan yang orang Malaysia suka makan panas-panas dan berasap-asap. Steamboat dan grill lah sebab lepas sahaja steam dan grill terus makan masuk mulut betul tak. Korang nak tahu ada satu lagi lokasi tempat makan steamboat dan grill yang special dengan konsep jauh berbeza.


Menggunakan konsep restoran dalam kontena yang diubah suai menjadi satu yang lebih santai dan tenang. ASAP Steamboat & Grill itu lah tempat yang Maha nak rekmenkan pada korang kali ni. Tempat ini memang cantik kalau korang datang makan waktu malam. Ia terletak dekat bandar tapi dalam suasana kampung.

 


Restoran ni terbahagi kepada 4 ruang makan iaitu tingkat bawah kontena, skylite, tingkat atas berbumbung dan tingkat atas tanpa bumbung. Boleh muat sehingga 200 orang dalam satu-satu masa sesuai nak buat majlis atau keraian.



Kat sini korang boleh pilih pelbagai pilihan seafood yang banyak macam ketam, sotong, udang, kerang, lala, kupang dan banyak lagi lah. Semuanya segar dan sihat dibawa terus dari pasar untuk membuatkan korang puas bila makan. Disediakan dengan 2 jenis sup yang korang sendiri boleh pilih iaitu Tom Yam dan juga Sup Ayam. Rasa Tom Yam pedas dan berasap bila korang hirup ok.

 


Juga tadi Maha ada sebut grill kan kat restoran ini ada banyak pilihan daging untuk korang grill beramai-ramai. Daging ni semua telah diperap dengan beberapa rempah dan sos yang menjadikan ia lebih enak. Korang boleh cuba daripada daging kambing, daging lembu, daging ayam dan juga ikan.  Maha boleh makan seorang jer habis semua wakakaka. Nak sihat boleh pilih sayur atau salad yang segar juga disediakan bersama dengan pelbagai pilihan mee dan telur seperti telur ayam dan telur puyuh.



Bagi adik-adik atau ibu bapa yang bawa anak kecik banyak juga pilihan bahan steamboat yang comel-comel dan menarik perhatian mereka. Ada seperti sosej, nugget, fish ball bentuk Angry Bird, bentuk bintang, watak kartun dan banyak lagi lah. Maha tak tahu nama nak sebut tapi semua tu comel-comel jer dengan warna yang menarik minat kanak-kanak nak makan.


 


Selain steamboat dan grill mereka juga menyediakan makanan goreng lain seperti Mee Goreng, Nasi Goreng, Soft Shell Crab goreng dan juga Sup Kambing. Paling mendapat perhatian ramai pelanggan yang datang sini mereka cari Soft Shell Crab yang halus boleh kunyah sekali jer tanpa pelu buang kulit memang menarik.

 


Bagi pencuci mulut pula banyak pilihan menarik kat sini ada Sweet Corn, Pau, ABC, Aiskrim dengan pelbagai perasa dan juga Puding. Semua ini sangat memberi rasa sejuk lepas makan panas-panas berasap tadi. So boleh legakan tekak dan juga memberi kesegaran. Lepas tu boleh makan lagi kerana konsep steamboat and grill ni makan sampai kenyang ok.




Korang makan sampai kenyang ni hanya dengan harga RM33.00 untuk dewasa dan RM16.50 untuk kanak-kanak usia 6-12 tahun. Mereka beroperasi setiap hari dari pukul 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Jadi pada mereka yang berada berdekatan dengan Puchong, Subang Jaya, USJ, Putra Height dan yang sewaktu denganya.


Nak cari lokasi restoran ini boleh waze jer ASAP Steamboat & Grill. Teletak dalam kawasan Kampung Tengah Puchong jadi agak kedalam sikit restoran ini. Apa pun korang boleh dapatkan maklumat lanjut dan juga sebarang promosi kat laman Facebook dan Instagram mereka. Selamat mencuba semua.

Tempahan dan maklumat lanjut layari :
Tel : 013 485 8944 (Shahqah)

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5




Omak Ai Banyaknya Makanan Laut Ada Steamboat & Grill Dan Shell Out Pun Ada

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang tahu tak kat mana nak cari restoran yang ada makanan laut yang banyak dan pelbagai pilihan. Maha tahu sebab Maha dah pergi Restoran Omak Ai. Mula-mula terkejut gak bila tengok nama kedai tu jadi sebab rasa macam best jer ajak kawan-kawan pergi cuba.


Maha tahu pasal kedai ni pun dari Facebook ada orang share jadi sebab teringin nak makan makanan laut Shell Out dan juga Steamboat & Grill tu yang bawa kawan-kawan rapat Maha ni.
Restoran ni letak kat Bandar Tun Hussein Onn kalau datang lalu dari The Mines Shopping Mall tu korang terus jer ikut Lebuhraya SILK nanti akan sampai lah restoran ni. Terima kasih buat Syafiq, Haikal dan Awie kerana sudi teman Maha makan hidangan laut ni walaupun korang tak berapa sangatkan.



Mula-mula plan nak makan steamboat jer tapi bila tengok menu kat sini ada Shell Out jadi hari tu sebab terlalu lapar Maha ambillah set shell out. Kat sini menurut kata pekerjanya sheel out ni order ikut set dimana 1 set untuk 2 orang makan jadi kalau Maha hari tu datang 4 orang orderlah 2 set.



Korang tak boleh pilih apa makanan laut yang ada dalam set tu tau kerana shell out ini memang untuk orang yang makan seafood kalau tak makan jangan order ok. Perhhh mula-mula tengok shell out tu siap masak panas-panas berasap lagi pastu terus di hidang atas meja. Set tu datang sekali dengan nasi putih cuma air korang kena order lain ok.


Bila Maha makan macam ni ker rasa shell out. Maklumlah sebelum ni Maha hanya masak sendiri kat rumah tak rasa lagi yang kat restoran. Bagi Maha pilihan makanan lautnya banyak ada Ketam, Udang, Sotong, Kepah, Lala dan Pepahat. Pasau ada Brokoli dan Jagung rebus yang dimasak sekali.  Cuma rasa kuah shell out tu agak pedas bagi Maha kalau kanak-kanak tak sesuai. Mungkin tuan kedai boleh tambah banyak rasa dalam tu seperti manis agar lebih lemak.

Ni kawan baik Maha yang teman makan Awie, Haikal dan Syafiq

Tapi Alhamdulillah habis juga Maha dan kawan-kawan bedal makanan ni semua hehehe. Lepas habis makan shell out kami serbu pula Steamboat & Grill. Yang ni pun tak kurang hebat juga memang kami ambil semua makanan laut yang ada. Tapi mungkin tuan kedai leh tambah kot pilihan steamboat sebab masa Maha datang hari tu tak ada ketam, udang dan sotong untuk steamboat & grill. Pastu tak ada buah-buahan untuk cuci mulut tapi aiskrim ada tau untuk anak-anak hehehe.



Pilihan untuk lauk nak grill bagi Maha ok agak baguslah banyak pilihan cuma ada daging kambing tu sedikit masin sorry lah boss just pendapat Maha lah. Tapi perapan lain cukup rasa dan kalau di grill memang sedap.






Kuah steamboat pun ada pilihan korang boleh ambil Tomyam atau juga Sup Ayam. Maha hari tu ambil tomyam dan habis penuh satu bekas tu di isi dengan makanan laut dan sayur-sayuran best puas hati. Korang boleh tengok sendirilah macam ni cara Maha kalau makan steamboat and grill ok kena ikut wakakaka.


Puas sangat makan kat sini sebab restoran ni buka dari pukul 12.00 tengah hari hingga 12.00 malam untuk semua hidangan semua hidangan. Cuma steamboat jer mula dari pukul 5.00 petang hingga lewat malam jadi planlah waktu sesuai datang sini boleh makan semuanya. Mesti korang tanya harga yang Maha makan hari tu kan.

Harga
Shell Out = 1 set RM35.00 (2 orang makan)
Steamboat & Grill
RM29.00 nett = Dewasa
RM17.00 nett = Kanak-kanak (6 - 12 tahun)

Sebab rasa tak puas hati kenapa ada makana macam masin sikit Maha pergilah tanya kan pekerja restoran tu kenapa makanan ni rasa macam ni kan. Kemudian mereka bagi tahulah kat Maha yang hari Maha datang tu chef yang sepatutnya masak balik ke Thailand untuk reniew pas pekerja. Jadi yang ada tukang masak lain jadi sebab tu rasa makanan hari tu tak seperti mana yang selalu.


Jadi Maha fahamlah keadaan sebenar sebab tu Maha tulis ok agar orang tak kata Maha ni buat cerita jer. Tak apa pekerja tu kata pada Maha datang nanti mereka akan pastikan chef yang masak tu sedap hehehe kalau Maha datang. Sebenarnya bagi Maha restoran ni pun menarik dan ada daya tarikan sendiri.


Sebab apa Maha cakap macam tu kerana sepanjang Maha makan pada malam tu ramai juga pelanggan yang datang restoran ni. Meja agak penuh dengan ada pelanggan yang booking satu meja panjang makan bersama keluarga meriah. Jadi tak dinafikanlah makanan kat sini sedap dan mendapat perhatian ramai orang yang baca kat Facebook.




Maha cuma cite apa yang Maha rasa jer jadi kalau korang nak tahu sendiri kena datang ke Restoran Omak Ai mana tahu masa korang datang tu ada chef masak sedap hehehe. Apa pun Maha rekmenkan kedai ini kerana pilihan jenis makanan yang banyak juga suasana yang menarik. Tunggu apa lagi mai datang sini ok. Selamat mencuba.

Tempahan dan service penghantaran makanan layari :
Alamat : No 7a, Wisma PZK,
               Jalan suarasa 8/3 lake valley,
               Bandar Tun Hussein Onn,
               43200 cheras, Selangor.

Facebook : www.facebook.com/omakaisteamboatandgrill
Tel :  03-9082 7830
         013-399 6620