Covid-19,

Petugas Barisan Hadapan Menerima Ganjaran Unik Daripada Domino’s Pizza Dan Sime Darby Motors

Selasa, Januari 04, 2022 Mahamahu 2 Comments

Menjelang penghujung tahun 2021, cabaran sepanjang dua tahun lepas dalam memerangi COVID-19 akan kekal bersama kita. Melalui semua itu, petugas-petugas barisan hadapan kita telah memberikan yang terbaik bagi melindungi dan memastikan semua rakyat Malaysia selamat dalam ketika kita berhadapan situasi yang belum pernah berlaku sebelum ini. Kini lebih dari sebelumnya, pertempuran yang berterusan ini mengingatkan kita semua untuk bersatu dan menyokong wira negara kita semasa kita sama-sama berjuang memerangi Covid-19.



Ketika kita melangkah ke fasa endemik dan pemulihan, beberapa petugas barisan hadapan yang bertuah telah dipilih dan diberi peluang untuk berehat dari jadual yang sibuk untuk menikmati hidangan istimewa dari Domino’s Pizza dan Sime Darby Motors. Sebahagian dari kerjasama untuk Love Our Frontliners, ganjaran itu menghadiahkan barisan hadapan dengan penggunaan kereta eksklusif dari Sime Darby Motors beserta hadiah piza istimewa dari Domino’s Pizza dengan tujuan menyebarkan semangat positif dan kebahagiaan kepada petugas-petugas barisan hadapan bertuah dan keluarga mereka. Hadiah istimewa ini termasuk perbelanjaan barangan keperluan rumah, tajaan dari Domino’s Pizza.



Wakil dari Sime Darby Motors telah menyerahkan kenderaan khas pinjaman sementara dihadapan pintu rumah petugas-petugas barisan hadapan. Ini memberikan mereka peluang untuk menggunakan kenderaan tersebut bagi tujuan urusan peribadi mereka selama setengah hari. Pada hari sama, petugas berisan hadapan dan keluarga mereka dijamu dengan piza istimewa yang mengenyangkan oleh Domino’s Pizza. Dengan matlamat untuk menyatukan dan mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupan untuk petugas barisan hadapan, Domino’s Pizza menghantar piza segar dan panas kepada keluarga mereka yang sudah lama tidak berjumpa sambil mereka berhubung antara satu sama lain melalui panggilan video. Petugas barisan hadapan turut berkongsi pengalaman masing-masing bekerja semasa pandemik. 



Inisiatif ini adalah sebahagian daripada kerjasama antara Domino’s Pizza dan Sime Darby Motors yang melibatkan sumbangan 4,200 piza, disediakan oleh Domino’s Pizza dan dihantar oleh Sime Darby Motors ke Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pusat kuarantin dan rawatan dan beberapa hospital khas rawatan COVID-19 di Lembah Klang. 



Pergerakan Love Our Frontliners oleh Domino’s Pizza dan Sime Darby Motors bertujuan untuk menyampaikan penghargaan dan sokongan kepada wira-wira barisan hadapan perubatan kami atas pengorbanan dan sumbangan mereka bagi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia semasa pandemik COVID-19.








2 ulasan:

  1. Betul lah tu kan... Mereka dah banyak berkorban demi kesejahteraan kita agar sihat. Tak salah pun frontliner ni diberi penghargaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes ini masa mereka merasa dihargai sangat... Harap banyak lagi syarikat buat program macam ni tuk Frontliner kita

      Padam