Business,

Disebalik Pandemik Dan Musibah, Perjuangan RichWorks 2021 Membangkitkan Mereka Yang Terkesan

Rabu, Januari 19, 2022 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi serta dirindui sekalian. Tahun 2021 telah meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan dan pengalaman yang menjadikan kita lebih kuat hari ini. Walaupun disebalik melandanya pandemik yang sehingga kini memberi kesan kepada jutaan orang daripada sekecil-kecil kepada yang sebesar-besar impak kepada rakyat jelata, RichWorks terus bantu ramai bangkit. 
 


Sehingga ada yang terus hilang pekerjaan dan juga paling perit adalah hilang orang tersayang sendiri. Juga turut terkesan masa Covid-19 adalah Datuk Wira Dr Azizan Osman iaitu Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) dan 31 ahli keluar yang sama terjangkit dengan virus pembunuh ini.

Sehingga doktor mengesahkan bahawa datuk mempunyai peluang tipis untuk terus hidup dan berjuang dengan sakit ini. Namun itu semua Kuasa Allah yang memberi kita sakit dan juga menyembuhkan.



Alhamdulillah setelah lama berjuang dengan izinNya kini Datuk telah pulih sepenuhnya dari penyakit yang dihadapi. Maka bangkit daripada peluang kedua yang diberikan oleh Allah S.W.T itu Datuk Wira terus memberikan sumbangan sebanyak 30 unit Mesin Pernafasan Airvo bernilai RM1 juta kepada Yayasan Kebajikan Negara.

Bukan itu sahaja, malah beliau telah menaja dan memberi masa beliau untuk 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau gunakan untuk memberi tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. Ia adalah perjuangan Richworks 2021 dalam memberi manfaat kepada orang ramai.


Secara keseluruhan pada tahun lalu sahaja, perjuangan RichWorks 2021 dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks. Malah salah satu program kerjasama KPWKM dan RichWork iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi paling berjaya. Richworks prihatin dan sentiasa bantu usahawan untuk bangkit semula.



Tidak sampai disitu sahaja usaha murni yang diilhamkan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri telah mengilhamkan #RichWellBantu bagi membantu mereka yang terkesan dengan situasi pandemik yang masih belum berakhir sehingga kini. Perjuangan Richworks 2021, bukan sekadar untuk usahawan, tetapi Richworks bantu rakyat.

Sumbangan daripada orang ramai, usahawan-usahawan bimbingan RichWorks dan juga pihak RichWorks sendiri telah berjaya mengumpul sumbangan kewangan RM 501,497 sepanjang 6 bulan ia dilancarkan. 



Negara diuji sekali lagi pada penghujung tahun lalu apabila secara mengejut beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia dilanda banjir yang sangat dahsyat dan tidak pernah diduga. Malah ia telah mengakibatkan ramai mangsa kehilangan harta benda, kenderaan, rumah dan pelbagai lagi.

RichWorks prihatin dengan perkara itu, justeru sumbangan kilat berjumlah RM 500,000 telah berjaya dikumpulkan daripada usahawan RichWorks sendiri dalam hanya tempoh 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu.




Dalam masa sama juga, pejabat dan juga kakitangan RichWorks sendiri terkesan dengan banjir apabila pejabat mereka dilanda banjir dan turut sama ditenggelami banjir. Begitu juga dengan kenderaan milik kakitangan RichWorks sendiri. Walaupun terkesan juga, namun ia sedikit tidak mematahkan semangat mereka untuk terus membantu dan memberi pertolongan kepada yang memerlukan. 



Sumbangan lain yang dilakukan walaupun kecil tetapi sangat besar bagi mereka yang memerlukan seperti apa yang dilakukan oleh RichWorks bersama ahli Titanium dan Spire. Mereka menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM 824,160 dalam ibadah korban dalam tahun lepas.

Perjuangan RichWorks 2021 sangat berbaloi jika dibandingkan dengan pengalaman dan hasil yang telah semua kecapi. Usahawan dapat hasil, rakyat pun ada rezeki. 



Untuk pengetahuan anda, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga telah menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM 180,000 sempena Maulidur Rasul. Dalam pada itu, syarikat RichWorks International Sdn Bhd ini komited ini bina usahawan ke tahap lebih tinggi lagi.



Berpegang dengan Hadis Rasulullah S.A.W iaitu “Sebaik-baik manusia adalah manusia yang paling bermanfaat bagi orang lain”. Maka dengan itu pada tahun lalu sahaja, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM 3.7 billion.



Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 billion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX). Melalui program Spire Richworks yang membimbing usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya. Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021 sahaja.



Itulah antara sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang berjaya di usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini 2022 ini, InsyaAllah. Richworks mahu terus membantu orang ramai melalui program-program percuma demi untuk buka jalan dan tingkatkan ilmu rakyat Malaysia supaya berjaya membina masa depan sebagai usahawan.
 
Perjuangan Richworks 2021 yang juga mahu membimbing anak didik mereka untuk mengharungi tahun mendatang hingga capai kejayaan yang sangat dibanggakan. Usahawan yang ingin berjaya dengan ilmu yang telah melahirkan ramai usahawan jutawan Malaysia disarankan menyertai program Richworks.








0 Pandangan: