bufet 2021,

Jemputan Makan Malam Bufet BBQ & Steamboat Hujung Minggu Di Pulse Grande Hotel Putrajaya

Selasa, Disember 14, 2021 Mahamahu 7 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi dan disayangi sekalian. Kini setelah Malaysia mencapai peratus yang lengkap dose vaksin, lebih banyak perniagaan dibuka. Kita juga sangat tidak sabar untuk melihat lebih banyak perniagaan berkembang pesat juga. Satu lagi perkara yang Maha sangat nantikan ialah hotel dibuka dan juga menyajikan makanan yang banyak serta sedap-sedap belaka. Tapi kita semua harus masih tetap kena patuhi SOP yang telah ditetapkan jangan ingkar ok.



Apabila mendengar Pulse Grande Hotel Putrajaya telah membuka dan menjemput orang ramai untuk Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner pada setiap hujung minggu iaitu malam Jumaat dan Sabtu, sudah tentu Maha sangat teruja untuk menikmatinya. Siapa tak nak makan-makan sebab asyik makan kat rumah yang sama jer kali ni nak beralih selera pulak makan hidangan hotel.






Buat korang yang datang menaiki kenderaan sendiri kat sini jangan risau kerana terdapat banyak tempat letak kereta berhampiran hotel dan banyak lagi di persimpangan menuju ke hotel. Bagi yang parking jauh itu akan ada buggy yang akan membawa tetamu dari tempat letak kereta ke pintu masuk hotel. 

Bufet BBQ Hujung Minggu Dan Makan Malam Bufet Steamboat


Seperti mana yang dimaklumkan bahawa kat sini ada lebih daripada 100 pilihan makanan yang disediakan oleh chef berpengalaman. Korang akan jadi rambang mata untuk pilihan masakan BBQ dan Steamboat di sini. Ini belum masuk lagi menu masakan nasi bersama lauk-pauk tradisional kerana itu yang selalu kita cari bila bufetkan. Jadi, marilah kita menjamu selera dengan sepuas-puasnya baru berbaloi bayarkan.






Bufet kat hotel ni korang boleh dapat pada setiap Jumaat dan Sabtu dari 6.30 petang hingga 10.00 malam dengan harga RM110 bersih/pax dan diskaun 50% untuk kanak-kanak. Sebarang tempahan dan juga pertanyaan tentang pakej promosi bufet ini boleh hubungi talian 03-88878888 atau Whatsapp #BBQandSTEAMBOAT di 010-2285353.








Tahun 2022 nanti akan ada lebih banyak promosi dan pakej menarik menanti. Pelbagai ada dari segi makan dan percutian seperti Pakej Kesejahteraan Minda (The Well-Being of Mind Package) yang merangkumi makanan dan aktiviti yang sihat untuk kesejahteraan minda dan badan melalui Trek Khas Pulse Grande X Putrajaya Steps. Hotel ini juga tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan lebih ramai rakan kongsi untuk menawarkan tawaran pakej menarik untuk tempat pelancongan dan persiaran di sekitar Putrajaya.







Nak dapatkan lagi maklumat lanjut, jangan lupa untuk melayari media sosial Pulse Grande Hotel Putrajaya. Selamat menjamu selera semua dan selamat makan.







7 ulasan:

  1. Bila nak ajak I makan-makan kat sini? Atau naak gi breakfast ke Bentong lagi? Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rhisau yer rhisau makan breakfast jauh2 sana tu hehehe..

      Padam
  2. Thank you so much for the post you do. I like your post.

    BalasPadam
  3. i would like to bookmark the page so i can come here again to read you

    BalasPadam
  4. Thankyou for giving me useful information.
    Please keep posting.

    BalasPadam
  5. Yes i am totally agreed with this article

    BalasPadam
  6. i just want to say that this article is very nice and vey informative. More blogs please.

    BalasPadam