Bandar Baru Bangi,

Harga Berpatutan, Masakan Enak Dan Layanan Memuaskan Di Chef Lyn’s Pastry And Cafe Bandar Baru Bangi

Jumaat, Disember 24, 2021 Mahamahu 24 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui sekalian. Kita akhirnya dah sampai kepada penghujung tahun 2021 dah yer nak masuk tahun baru beberapa hari sahaja lagi. Walaupun kita masih lagi berhadapan dengan pandamik Covid-19 sekarang ni pula negara kita dilanda dengan bencana alam seperti banjir dan juga tanah runtuh mereta-rata tempat. Apa pun kita doakan semoga tahun ini kita tinggal dengan penuh keinsafan dan keredhaan, doa juga untuk tahun baru yang akan datang penuh kenikmatan dan kebaikan selepas semua ini Aminnn.



Tak apa itu lumrah kehidupan kita kena teruskan juga tahun mendatang dengan tabah. Juga tahun baru akan datang dengar kata banyak restoran dan kedai makan semua telah mencipta dan mencarai idea baru untuk menarik peminat makanan di Malaysia ni. Macam satu kafe yang maha telah pergi ini bersama rakan-rakan blogger mereka telah ada perancangan untuk tahun depan akan bagi menu-menu baharu yang lebih mengancam dan lebih hebat woww.



Kafe yang Maha maksudkan itu terletak di kawasan Bangi Gateway Bandar Baru Bangi. Ia dekat sahaja daripada lebuh raya Sg Besi menghala ke Seremban masuk ikut Tol Bangi nanti round about pertama tu ambil pukul tiga dan jumpa dah area kawasan yang baru membangun ini. Kafenya bernama Chef Lyn's Pastry And Cafe. Ada banting tulisan kat kafe itu. 




Chef Haslin Binti Hasan atau juga dikenali sebagai Chef Lyn adalah pemilik kepada kafe ini. Ia baru sahaja beroperasi sejak tahun 2020 dan terjejas sikit sewaktu PKP selama dua tahun dan kini setelah kerajaan benarkan semua industri beroperasi mereka mula aktif kembali. Pada mulanya ia fokus kepada pastri dan kek melalui perkhidmatan penghantaran terus kerumah pelanggan. Tapi kini kafe ini telah dibuka untuk terima tetamu menjamu selera di kafe mereka dengan masakan barat.





Berpengalaman dalam kulinari lebih daripada 20 tahun dan juga menjadi tenaga pengajar dalam bidang ini membuatkan beliau lebih matang dan tahu menghasilkan juadah yang pastinya enak dan juga harga sangat berpatutan. Orangnya ramah mesra melayan pelanggan yang hadir ke restoran mereka Maha sendiri seronok dapat makan sambil beborak dengan Chef Lyn. Banyak tahu selok belok menghasilkan juadah yang enak-enak ini. Mari Maha tunjukkan apa menu yang Maha sempat cuba semasa datang ke kafe ini.

Beef Stew With Soft Bun

Lamb Stew With Soft Bun


Datang kat sini pertama sekali korang kena cuba beliau punya hidangan Beef Stew atau juga Lamb Stew dihidang bersama dengan roti. Kedua-dua ini rasa sangat puas hati dengan daging lembu dan kambing nya lembut hancur dimulut dan kuah yang tidak cair pekat serta rasa segala rempahnya. Makan cicah bersama roti korang pasti akan tambah lagi roti tu tak puas nak habiskan satu mangkuk tu.

Salmon Buttermilk Pasta



Kemudian nak yang berat sikit korang kena cuba kafe ini punya Salmon Buttermilk Pasta. Tengok saiz salmon tu besar dan masak dengan garing diluar kulitnya dan juicy dekat dalam isinya. Pasta pun lembut dan sedap campuran rempah barat terasa sangat. Kalau yang nak makan nasi boleh order Roasted Chicken And Cajun Spices. Dalam satu pinggan lengkap ada ayam panggan, nasi, sayur dan juga sos cendawan berlada hitam. Bila korang makan campur semua ni memang jamin terangkat sedapnya tak tipu.

Roasted Chicken And Cajun Spices



Satu lagi yang tak boleh tinggal kat sini kena cuba terbaharu di kafe ini adalah Egg Noodles Water Prawn. Ia bukan seperti masakan sizlling biasa kat food court tu, ia lain sangat kerana kata chef mee tu digoreng dahulu untuk memberikan rasa yang rangup dan kemudian dimasukkan sos istimewa yang panas menggelegak. Atas tu pulak tak kedekut udang yer korang kena makan panas-panas masa menu ni sampai baru dapat rasa urhmmmm sedapnya nikmat dunia. Tiberrrr. Korang boleh request untuk nak makan pedas bersama cili potong sebab tahu lah orang Malaysia suka yang pedas baru mengancam hehehe.

Egg Noodles Water Prawn


Selain daripada menu yang Maha kongsikan ini banyak lagi yang sedap-sedap kat sini nak tahu kena datang kafe ini. Ia beroperasi setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Kalau tak boleh nak datang korang boleh sahaja tempat melalu khidmat penghantaran makana seperti FoodPanda. Korang juga boleh dapatkan barang lain yang dihasilkan sendiri oleh Chef Lyn seperti kuih muih, pastry, kek dan juga sos istimewa dimakan terus atau dimasak panas. Kat sini ada banyak pilihan sos seperti Bolognese Sauce, Black Pepper Sauce, Salted Egg Sauce, Mushroom Shoup, Beef Stew & Lamb Stew. Dalam botol yang comel dan kemas ni senang dibawa kemana-mana untuk makan bila-bila masa sahaja.





Juga Chef Lyn menerima pelajar untuk penempatan latihan industri sebagai pekerja. Bagi Chef Lyn, walaupun beliau sudah meninggalkan bidang pendidikan tetapi beliau tetap menyumbang ilmu buat mereka yang memerlukan. Setiap pelajaran diajarkan cara pembuatan makanan dan juga menjalankan perniagaan secara amnya. Jadi siapa yang nak cari peluang berniaga boleh hubungi Chef Lyn ni. 



Maha nak ucapkan terima kasihlah kepada Chef Lyn kerana sudi terima kehadiran kami yang memeriahkan kafe ini dengan layan mesra chef. Juga tak lupa menghasilkan makanan yang sedap-sedap sampai kenyang makan. Korang kalau nak tahu betul ke sedap atau propa sahaja boleh datang cuba sendiri kat sini. Lepas tu tinggalkan komen kat bawah ni ok. Selamat menjamu selera semua dan jaga diri.

Maklumat lanjut dan juga promosi dan beli produk yang dihasilkan di Chef Lyn's Pastry And Cafe layari:
Tel : 013-3500638
Pembelian dalam talian : https://tinyurl.com/cheflyns








24 ulasan:

  1. Boleh toraiii ni. Dekat je dengan rumah ^^

    BalasPadam
  2. Nampak macam kecik je kedainya ye tapi banyak juga seleksi makanan tu haaa...macam nak try egg noodle prawn tu Maha. Terliur nengoknya tu. Sos siap tu pun menarik!!

    BalasPadam
  3. Kalau cafe macam ni sis suka nak lepak. Selain ada roti ada juga menu lain. Baru tak boring sebab banyak menu. Dulu masa dok Bangi memang tawaf semua tempat. Nanti nak datang la mai sini.

    BalasPadam
  4. simple dan cantik.kafe dia suka tgk.. harga yg ditawarkan sangat berpatutan

    BalasPadam
  5. menarik dan simple. apa yang buat saya tertarik dengan sos dia dengan lawa packaging dia dan ada banyak pilihan sos.

    BalasPadam

  6. I like this website its a master peace !

    BalasPadam

  7. Glad I found this on google .

    BalasPadam
  8. I must say, as a lot as I enjoyed reading what you had to say, I couldn't help but lose interest after a while. Feel free to visit my website;

    BalasPadam

  9. I must thank you for the efforts you’ve put in writing this blog.

    BalasPadam
  10. This is really helpful post and very informative there is no doubt about it.

    BalasPadam

  11. Nice Blog. Thanks for sharing with us. Such amazing information.

    BalasPadam

  12. Hi, happy that i saw on this in google. Thanks!

    BalasPadam

  13. This is an awesome motivating article. I am practically satisfied with your great work.

    BalasPadam

  14. Thanks for such a fantastic blog.

    BalasPadam
  15. Some truly nice stuff on this internet site, I like it.

    BalasPadam
  16. What’s up to all, it’s genuinely a good for me to visit this website, it includes helpful Information.

    BalasPadam
  17. Greate pieces. Keep writing such kind of info on your site. Im really impressed by your blog.

    BalasPadam
  18. Quality content is the main to interest the viewers to pay a visit the website, that’s what this site is providing.

    BalasPadam
  19. Pretty! This has been an extremely wonderful post. Many thanks for providing this info.

    BalasPadam
  20. Great delivery. Great arguments. Keep up the amazing effort.

    BalasPadam
  21. I like this blog its a master peace ! Glad I observed this on google.

    BalasPadam
  22. Really informative post.Really looking forward to read more.

    BalasPadam
  23. good post.Ne’er knew this, appreciate it for letting me know.

    BalasPadam
  24. Very good post, thank you. I am surprised to find your website.

    BalasPadam