Cuti-Cuti Malaysia,

Rouhi Retreats Villa Unik Untuk Penginapan Keluarga Di Langkawi

Selasa, November 09, 2021 Mahamahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui. Yeayyy Maha teruja nak sambung lagi ni kisah percutian selama enam hari baru-baru ini di Pulau Langkawi. Tapi sebelum tu Maha nak ucapkan terima kasih kepada QT Travels Group PLT, LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel kerana sudi membawa kami sekumpulan untuk memeriahkan kembali ekonomi pelancongan di pulau penuh sejarah ini. Sebelum ini Maha ada kongsikan pengalaman menaiki penerbangan FireFly dari Subang sampai ke Langkawi.



So lepas ni dah bermula pengembaraan di sini dan banyak tempat yang menarik Maha nak kongsikan. Tapi kalau datang Langkawi kat mana kami tinggal? Itu pun penting juga yer. Bestnya kami dibawa ke villa yang sangat cantik dan unik. Nama tempat ini dikenal dengan Rouhi Retreats yang diambil sempena dengan nama suami kepada pemilik villa ini. Konsep kat sini boleh Maha katakan sebagai penginapan keluarga kerana ia villa yang mampu menempatkan seramai lapan ke sepuluh orang untuk satu rumah.



Kami adalah antara pengunjung yang terawal datang dan menikmati keselesaan dan keindahan tempat tinggal ini. Ia terletak di mukim Ayer Hangat Langkawi yang jauh sikit daripada kesibukan bandar Kuah. Kawasan ini dikelilingi hutan yang masih segar dan juga kawasan perkampungan. Mula-mula kami sampai memang teruja sangat kerana ini akan menjadi tempat rehat dan bermalam kami sepanjang berada di Langkawi. 








Kawasan ini besar juga kerana ada lebih kurang sepuluh buah villa berkembar yang bersaiz besar. Bila dah masuk sangat unik rekabentuk villa ini kerana ada banyak cermin untuk melihat keindahan alam diluar dan juga pencahayaan yang jelas kedalam villa. Satu rumah ni ada lebih kurang dua bilik yang menempatkan di dalamnya ada dua katil saiz queen. Ada juga bilik yang ada dua katil bujang tengok pada bilik mana yang dipilih. Juga dilengkapkan dengan dua bilik air serta ada ruang makan dan dapur.







Korang boleh tengok sendiri Maha kongsikan gambar-gambar villa ini memang luas sangat sesuai untuk mereka yang datang bersama keluarga besar dan anak-anak. Nampak macam rumah tak siap tapi bukan, itu adalah konsep yang nak diketengahkan kat sini lebih kepada alam semulajadi. Kemudahan lain yang ada kat sini juga terdapat sebuah kolam renang yang luas untuk mandi-manda. Kalau korang nak santai dan berkelah tepi kolam renang pun boleh mereka akan setupkan khas untuk korang. Tapi kena buat tempahan awal ok. Macam yang kami nikmati ini dapat mandi sambil makan-makan dan BBQ belah malam semua boleh buat kat sini.







Juga di sini terdapat sebuah dewan yang boleh digunakan untuk membuat sebarang aktiviti indoor. Serta ada juga kawasan taman outdoor yang diteduhi dengan pokok besar untuk korang nak buat sebarang majlis dengan konsep taman terbuka. Mereka juga boleh setupkan tempat itu ikut apa yang korang mahukan tapi kena maklumlah semasa buat tempahan ok. Masa kami sampai tu bersamaan dengan majlis perasmian Rouhi Retreats ini oleh Yang Berusaha Tn Hj Saiful Anwar Bin Azmi iaitu District Officer Langkawi. Sebab ia adalah tempat yang masih sangat baru dan juga belum dikenali ramai.

Yang Berusaha Tn Hj Saiful Anwar Bin Azmi District Officer Langkawi

Madam AR Syarifah Alawiyah Alhabshi Founder of Rouhi Retreats



Juga turut hadir sama pada majlis perasmian villa ini adalah beberapa orang VIP serta media dan juga rakan kongsi dan orang kenamaan. Walaupun majlis di adakan secara sederhana dan mematuhi SOP tapi cukup bermakna buat tempat ini. Pada majlis tersebut semua tetamu dihidang dengan makanan yang disediakan oleh pihak villa dan semua dibawa mengelilingi kawasan villa dan melihat rumah-rumah yang ada serta rekabentuk dalamannya. Maha suka kawasa ni sebab ia exclusive yang tidak bercampur dengan orang luar, juga masih mengekalkan kehijauan disekelilingnya dengan konsep villa yang unik. 




Korang tanya harga kat sini ada beberapa pakej iaitu Package A empat hari tiga malam dan Package B tiga hari dua malam. Nak tahu harga detail korang boleh contact dengan QT Travels atau juga no yang Maha tinggalkan pada bawah posting ini. Bagi yang nak menginap kat sini Maha cadangkan untuk sewa kenderaan sendiri kerana senang nak berulang-alik ke tempat pelancongan yang ada sekitar Langkawi ini. 






Ok Maha dah kongsikan pengangkutan dan juga penginapan kami sepanjang di Langkawi ini. Lepas ini akan ada banyak lagi posting untuk tempat-tempat menarik yang kami pergi sepanjang berada di Langkawi permata Kedah ini. Tunggu sahaja perkongsian yang akan datang dari Maha ok. Korang yang nak bercuti kat sini boleh hubungi terus QT Travels mereka akan bantu dan memberi pakej yang terbaik untuk korang ok.

Pertanyaan dan tempahan sila hubungi QT Travels
Tel / Whatsapp : 013-4323268 - PK
                           018-2404505 - Adam Daniel

Rouhi Retreats :







6 ulasan:

  1. Bestnya tempat nie. Next time ajak I tau, I suka la bilik2 dia nampak chill and rustic.

    BalasPadam
  2. Nampak tema jenis tak siap ni nampak unik juga ye?. Luas juga tempatnya ni. Ala bila la nak pergi Langkawi ni....

    BalasPadam
  3. memang cantik rouhi retreats ni. konsep yang fresh, selesa. lepas ni kalau pgi langkawi lagi dah tau nak stay mana :)

    BalasPadam
  4. Walaupun nampak bersimen tapi bersih, dah macam rumah flintstone aje...
    Next time ke Langkawi boleh survey sini..

    BalasPadam
  5. boleh rekomen kat adik ni.. sbb dia mmg nak pergi bercuti ke langkawi

    BalasPadam
  6. wah lawa juga tempat ni, boleh consider ni nanti untuk bercuti

    solat tahajjud
    air freight malaysia
    minyak urut

    BalasPadam