Dinner Buffet,

Bufet Makan Malam Hujung Minggu Makanan Jepun Di Restoran Kofuku Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

7:00 PG Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah sejak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih kepada Fasa 3 sekarang ini dah banyak industri mula beroperasi semula. Salah satunya adalah industri perhotelan yang terkesan teruk akibat pandemik ini. Kini mereka dah mula buka hampir keseluruhan operasi dan sedia untuk terima tetamu datang berehat dan menikmati makanan yang sedap-sedap.



Maha sendiri pun dah lebih kurang setahun kot tak pergi atau dapat jemputan makan kat hotel-hotel. Dulu tu ada jugalah walaupun tak sekerapnya tapi selepas penutupan PKP hari tu memang langsung tak pergi makan sebab hotel dan restoran dalam tu pun tutup. Demi nak melepaskan kegeraman dah lama tak makan baru-baru ini dapat jemputan untuk mencuba Buffet Japanese Food yang diadakan oleh Restoran Kofuku di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Walau apa pun pematuhan SOP wajib seperti mana yang ditetap oleh kerajaan. Korang kena vaksin penuh dan juga memakai penutup muka dan hidung serta imbas MySejahtera dan suhu. 






Orang kata lepas geram lah memang hari tu makan sepuas-puasnya. Pulak tu dapat makan makanan Jepun yang memang jarang dapat rasa. Menariknya masakan tradisional Jepun kali ini disediakan oleh Chef Hosaini, orang tempatan rakyat Malaysia yang telah menakluk seni masakan Jepun sekian lamanya sangat berpengalaman. Memang masakan Jepun tak terlepas dengan dari hidangan sejuk dan juga yang bakar panas-panas.






Kali ini ada beberapa bahagian station yang disediakan iaitu bahagian ala-cart untuk tetamu memilih sendiri menu masakan yang telah siap masak panas. Banyak pilihan seperti Takoyaki, Nasi Goreng, Salted Butter Prawn, Kaki Motoyaki, dan banyak lagi semua enak-enak belaka. Juga ada Miso Soup yang sedap dihirup dalam keadaan panas-panas. Station ini disusun pada bahagian masuk restoran ini sepanjang korang berjalan untuk ke meja yang telah ditempah. 






Kemudian beralih pula ke station untuk Teppanyaki. Kat sini memang menjadi kegemaran semua orang kerana ada pelbagai pilihan daging, ikan, sotong, kambing, udang dan macam-macam lagi. Juga boleh dipaggan panas bersama dengan sayur-sayur segar ada capsicums, cendawan, taughe dan banyak lagi lah. Station ni hanya perlu pilih bahan yang korang nak mereka masak panas-panas kemudian kena tulis nama dan no meja atas kertas kosong dan tinggalkan kepada chef nanti mereka akan masakkan dan hantar terus ke meja korang.




Lagi ada bahagian Tempura yang digoreng garing terus daripada kuali dengan minyak panas. Semua ni mereka buat live depan mata tetamu yang datang. Kita hanya ambil sahaja apa yang nak makan berapa banyak tapi ingat jangan membazir ok. Manakala satu lagi station paling menjadi kegemaran Maha adalah bahagian Sushi dan juga pencuci mulut. Kat sini pelbagai jenis sushi yang menjadi kegilaan dan kegemaran boleh dapat. Nak makan berapa banyak pun ikut suka lah. 






Bufet makan malam ini telah bermula bulan Oktober 2021 ini dan hanya ada pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja dari pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam. Kalau tanya harga ia sangat berpatutan dengan pilihan makanan yang banyak dan bukan makanan biasa-biasa tau. Harga RM120 bersih untuk satu orang dewasa. Manakala bagi kanak-kanak berumur 5 - 12 tahun dan warga emas di atas 60 tahun, mereka akan menikmati harga istimewa RM60 bersih setiap orang.






Ok lah kan boleh bawa satu keluarga dan pastikan semua telah lengkap vaksin. Terdapat juga potongan harga istimewa sebanyak 20% untuk tetamu hotel dan ahli kad kesetiaan. Ini masa kita nak kembalikan semula kerancakkan industri pelancongan dan perhotelan negara. Moga segalanya kembali kepada sedia kala lepas ni. Korang dah cuba nanti tinggalkan komen kat sini ok. Selamat menjamu selera semua. 

Bagi maklumat lanjut atau membuat tempahan, sila hubungi:-
Tel : 03 - 4049 4412 
E-mel : fbresv@seripacific.com 








0 Pandangan: