Pizza Baharu,

Pizza Hut Membawa Selera Anda Keluar Bercuti Dengan Pelancaran Pizza Hand Crafted Light dan Airy Baharu

10:17 PG Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Pencipta Pan Pizza ikonik dan Stuffed Crust Pizza kegemaran ramai serata dunia, Pizza Hut sekali lagi tampil untuk mengukir sejarah dengan  ciptaan kerak terbaharu yang bakal mengangkat kelazatan piza ke tahap yang lebih hebat. Setelah bertahun-tahun berkembang, kerak piza jenis Hand Crafted San Francisco yang  terbaharu ini memberikan citarasa lembut dan ringan, garing di luar dan gebu di dalam, dicipta  khas untuk menggembirakan selera para pencinta piza terkini.



Sebagai jenama pizza yang paling dikenali di Malaysia, tiada yang lebih penting daripada  meletakkan citarasa dan selera pelanggan sebagai keutamaan kami, memastikan setiap  pengalaman menikmati pizza mudah dan enak untuk semua lapisan masyarakat. Peningkatan  citarasa dan selera semasa terhadap makanan jenis ‘artisanal’ dan autentik di kalangan  generasi muda memberi peluang kepada Pizza Hut untuk menampilkan produk berinovasi ini  kepada mereka.



Hand Crafted San Francisco Style Pizza terbaharu ini disediakan segar setiap hari  menggunakan doh jenis sourdough yang melalui proses penapaian yang panjang,  mewujudkan struktur sel terbuka yang benar-benar mengubah rasa dan tekstur pizza. Ini  menghasilkan kerak piza unik yang garing di luar, namun lembut dan ringan pada setiap  gigitan, sambil meninggalkan rasa enak dan lazat.” 



Teknik pembuatan yang inovatif ini mengangkat kerak piza jenis nipis yang biasa terdapat di  pasaran menjadi satu-satunya kerak enak luar biasa dengan kesedapan unik, hanya terdapat  di Pizza Hut. Hand Crafted San Francisco Style Pizza adalah kerak piza bertekstur, penuh  dengan keenakan rasa, namun ringan. Ini benar-benar tiada tandingan, begitu ringan tetapi  lazat, dengan harga yang sesuai dinikmati oleh semua rakyat Malaysia," kata Emily Chong,  Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia.



Bagi meraikan pelancaran ini, Pizza Hut telah merangka kempen kreatif berkait dengan  keinginan yang mungkin dirasakan oleh semua rakyat Malaysia sekarang - kerinduan untuk bercuti dan berjalan jauh sambil menimba pengalaman baru namun terhalang di musim PKP  yang ketat semenjak Jun lalu. Pizza Hut ingin mengembirakan pelanggan dengan  memberikan satu alternatif dimana ia memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk  menikmati percutian dan pengalaman travel dengan cara unik menerusi tekak dan selera  mereka dengan Hand Crafted San Francisco Style Pizza yang baharu. Kelazatan kerak  terbaharu ini akan melahirkan kepuasan rasa yang hebat seakan-akan perasaan anda semua  apabila dapat makan angin dan bercuti ke tempat yang baru.

"Kami berharap musim PKP ini lebih bermakna dengan kempen kreatif ini dimana 10,000  rakyat Malaysia yang bertuah akan dapat merebut Pek Travel Pizza dengan harga  pengenalan RM 1.90 untuk menikmati pengalaman piza baru yang luar biasa dengan mudah  dalam suasana simulasi seakan-akan anda akan keluar melancong," kata Emily Chong.

Sementara itu, Pek Travel Pizza unik ini akan dijual pada 14 – 16 Ogos 2021 (3 hari) pada  pukul 3 petang untuk waktu yang terhad (selama 1 jam sahaja) hanya boleh didapati di https://travel.pizzahut.com.my dengan (terhad, siapa cepat, dia dapat).



Sementara itu, Hand Crafted San Francisco Style Pizza baharu ini telah dijual di kesemua 418  kedai Pizza Hut di seluruh negara, melalui khidmat penghantaran atas talian dan juga khidmat  dibawa pulang dari www.pizzahut.com.my, Aplikasi Pizza Hut, GrabFood atau anda juga  boleh datang ke mana-mana kedai Pizza Hut untuk khidmat dine-in (terhad di kawasan  mengikut pengumuman terkini kerajaan) atau bawa pulang. Kerak inovatif ini boleh didapati  dengan semua topping kegemaran anda, sama ada hidangan kombo atau ala carte.

Promosi  untuk kerak baru ini juga tersedia dalam promosi khas 50% diskaun sempena pelancarannya.  Pesan promo ini di www.pizzahut.com.my/order/promosi.









2 ulasan:

  1. Memang menggiurkan pulak sekali tengok. Ternoda LeYa tawww.... Auucchhh.... Okkk zaaassss... Nak pergi order now...

    BalasPadam