Baju Raya,

Lima Keperluan Hari Raya Yang Boleh Dibeli Dalam Talian Lebih Selamat Dan Mudah

Rabu, Mei 12, 2021 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang diingati dan dikasihi sekalian. Saat getir sangat ni kerana esok dah nak raya pengumuman hari raya pun telah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Malaysia. Sempat ke lagi korang nak buat persiapan raya PKP tahun ini. Tak apa kitakan beraya selama sebulan tak ada masalah pun. Boleh lagi cari beberapa barang secara dalam talian untuk lengkapkan hari raya korang.



Macam Maha hari ni pun masih lagi beli beberapa barang dalam talian, kita digalakkan untuk duduk rumah sahaja tak perlu nak keluar beli barang. Kalau yang boleh beli online kenapa nak perlu keluar, duduk atas kerusi empuk dengan sejuk angin penghawa dingin lagi selesa dan selamat. Jom kita tengok beberapa lagi barang yang Maha sempat beli sebelum nak raya ni dalam talian.

Cari Lampu Perhiasan Rumah Raya


Ini sebenarnya memang Maha cari-cari daripada tahun lepas lagi. Pergi macam-macam kedai memang susah nak dapat lampu lip-lap yang orang selalu pasang kat keliling rumah. Yer lah dulu orang pasang pelita minyak tanah nak terangi malam 7 liku kan. Tapi zaman makin moden kerana kesusahan nak dapatkan pelita dan harga minyak tanah yang mahal makan ramai yang mula beralih kepada teknologi lampu lip-lap macam ni. Senang sambung jer dah boleh terus pasang tak perlu nak isi minyak setiap hari.




Lampu lip-lap ini Maha beli di Shopee.com.my sahaja kerana kat situ ada banyak pilihan. Korang nak yang menggunakan tenaga elektrik atau juga menggunakan solar. Kalau rumah yang banglo atau rumah kampung yang ada tanah luas sesuai untuk lampu yang guna solar ni. Kalau rumah condo atau apartment macam Maha beli yang gunakan tenaga elektik. Hanya plug and play sahaja. Hiasa ikut kreativiti korang. Kalau macam Maha penuh satu balkoni rumah tu letak kat keliling meriah merelip-relip lampu raya tahun ni. 

Lindungi Diri Dengan Mask Dan Hand Sanitizer


Satu keperluan sangat penting tak kira masa bukan sahaja Hari Raya tapi setiap hari kena pakai dan bekalan kena cukup iaitu penutup mulut dan hidung serta juga pensanitasi tangan. Ini semua Maha beli dalam talian sahaja di mrdiy.com.my senang dan cepat. Beli online ni sebab nak jaga jarak dan juga nak kurang keluar rumah kita kena patuh SOP.



Kat situ ada banyak jenis mask muka ini dan juga ia cepat penghantarannya. Tak perlu nak tunggu hantar dari luar negara kerana mereka ada stock tempatan punya. Harga juga sangat kompetatif nak banding kalau beli kat farmasi. Jadi Maha suka beli situ senang banyak boleh beli cukup bekalan untuk setahun takut PKP ni sambung lagi sampai hujung tahu ni hehehe.

Hidang Dengan Kuih Raya Istimewa Syawal Ini


Paling penting adalah bila tiba hari raya kena ada kuih raya. Walaupun tak ada orang jauh nak datang hanya jiran-jiran sebelah rumah sahaja yang singgah, raya tetap kena ada kuih atau biskut untuk dihidang kepada tetamu atau makan sendiri. Bagi yang pandai tu boleh buat kuih raya sendiri tapi bagi yang tak pandai buah kuih raya macam Maha ni beli dalam talian sahaja.



Kat mana lagi Maha beli kuih raya, biskut atau juga kek untuk raya iaitu di Eatcaketoday.com. Laman ni memang menyediakan pelbagai jenis biskut atau kek yang korang rasa istimewa nak hidang pada tetamu. Macam Maha dan ada yang Raya Jelly Cup dan nak tambah lagi bagi meriah. Part paling best mereka sekarang ni tengah buat promo untuk Raya Special jadi beli online sahaja selamat dan cepat terus sampai depan rumah.

Baju Raya Baharu Istimewa PKP


Tahun ni walaupun kita Raya PKP tapi jangan lah sampai nak pakai PPE pula masa Hari Raya nanti. Kita semua sekurangnya kena ada baju baharu walaupun raya hanya duduk rumah jer tahun ni hehehe. Tak apa nanti kita boleh OOTD dalam rumah dan luar rumah kemudian upload dalam sosial media. Ramai nateizen nak tengok koleksi baju raya korang tahun ini.



Bagi Maha tahun ini baju raya istimewa beli dalam talian di Zalora.com. Kat situ macam-macam design dengan harga potongan lagi special untuk kasi kita kemeriahan berbaju baharu walaupun di rumah sendiri. Tengok lah ada baju raya untuk lelaki, baju raya untuk wanita dan juga untuk kanak-kanak. Dapatlah juga Maha sambar satu baju kat sini sebab semuanya buat depan laptop jer seronok lah beli-belah tak ingat dunia.

Cantik Dan Berseri Luar Dalam Di Hari Raya 


Ini part orang perempuan paling suka sebab kena pakai bukan sahaja alat makeup agar muka nampak cantik nak OOTD tapi juga penjagaan muka luar dalam pun penting juga. Bagi orang lelaki pun kena juga jaga wajah agar tak nampak terlalu cepat tua daripada usia. Jadi Maha pun ada juga beli beberapa barang kat my.althea.kr. Wahhh nanti jadi muka orang K-pop lah guna produk Althea lepas ni hehehe.




Maha ada beli macam mask, lotion dan juga pencuci muka mereka. Kat sini bagi Maha harga berpatutan dan juga produk berkualiti dijamin selamat. Maha tengok ramai kawan-kawan guna produk Althea beli seara dalam talian. Sekarang untuk Raya mereka ada sediakan kotak istimewa edisi Raya dengan setiap pembelian produk di laman web Althea (selagi stock masih ada). Orang perempuan berperang lah beli kat sinikan hehehe. 



Cuma Maha nak bagi korang satu tips kalau suka atau selalu beli dalam talian ini. Korang gunakan laman web Getbats.com untuk pembelian di semua kedai online yang Maha cerita ni. Korang boleh dapat duit pulang semula. Sebab Maha sendiri dah gunakan Getbats ini untuk beli semua keperluan raya ini. Sekarang dah masuk Cashback dalam e-wallet Maha. So korang untung kat situ beli bukan sahaja dapat barang tapi dapat balik duit. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sekarang ni semua orang akan beli dalam talian jadi gunakan sahaja Getbats ini korang juga yang untung sikit pun tak rugi. Just tips yang Maha gunakan sebelum buat pembelian dalam talian. Selamat mencuba dan Selamat Hari Raya semua.....








2 ulasan:

  1. ya !! betul !! semua dihujung jari je kan.. seronok sebab tak payah nak keluar bersesak lagi.. hee~ terima kasih maha !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rajin lah tu beli online sekarang boleh dapat rebate cashback dengan GetBats.com tau boleh cuba..

      Padam