Ayamas,

Kedai Ayamas Konsep Baharu Beroperasi Di Suasana PJH Presint 2 Putrajaya

Jumaat, Mei 07, 2021 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Bestnya buat orang Putrajaya kerana sekarang ini ada satu lagi franchise terbaharu Kedai Ayamas yang dibuka disana. Sebelum ini dah ada satu di Jalan Diplomati Presint 15 tapi kini ada satu lagi yang baharu sahaja dibuka baru-baru ini iaitu di Suasana PJH Presint 2 Putrajaya. Kali ini ia terletak betul-betul ditengah-tengah pusat pentadbiran kerajaan tu.



Maha sempat datang makan kat sana sebelum perintah kawalan pergerakkan di perketatkan untuk beberapada daerah di Selangor dan juga Kuala Lumpur. Pergi makan buka puasa kat sana sebab dah lama tak rasa makan kat Kedai Ayamas. Ternyata ia bukanlah Kedai Ayamas biasa yang kita tengok sebelum ini. Kali ini Kedai Ayamas ini berwajah baharu dengan reka dalaman yang lebih moden dan juga lebih menarik.





Kalau korang tengok pada papan tanda Kedai Ayamas yang baharu ni pun dah lain daripada kedai sebelum ini. Bila masuk dalam pun dah menarik dengan susun atu dan juga perabot yang digunakan serta warna yang lebih segar serta luas. Ini adalah identiti terbaharu Kedai Ayamas yang ingin menonjolkan kelainan. Katanya nanti semua kedai akan menyusul untuk mengalami peribahan wajah baharu ini.




Walaupun kedai sini berwajah baharu tapi makanan mereka tetap sedap macam dulu juga. Tak boleh nak tinggal mereka punya Ayam Percik yang enak, lembut serta berjus didalamnya bila dimakan. Juga ada pilihan ayam lain seperti Ayam Pepper, Ayam Golden juga Ayam Goreng. Dah nama Kedai Ayamas semua makanan kena berasaskan ayamkan guys hehehe.






Juga ada deretan peti sejuk besar yang menyimpan bekalan makanan sejuk beku untuk dibeli oleh pelanggan yang nak dapatkan produk daripada Ayamas dan Kedai Ayamas. Ada macam-macam kat dalam tu. Juga yang terbaharu sekarang ni Kedai Ayamas dah mula mengeluarkan produk Sos Cili dan Sos Tomato mereka sendiri. Ini korang wajib cuba kerana ia sangat rasa autentik sos cili zaman dulu-dulu. Hanya boleh dapat di Kedai Ayamas sahaja buat masa ini.







Lepas ni orang Putrajaya bila masa tengahari atau lepas kerja adalah port nak melepak untuk makan-makan kan. Kalau dulu susah juga nak cari kedai makan macam ni kat kawasan tengah-tengah Putrajaya. Kalau ada pun kafe atau juga kedai mamak buat apa. Kedai ni akan beroperasi setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga jam 8.00 malam. Tapi nanti lepas raya mungkin akan di awalkan kot tak pasti kita tunggu sahaja update kat sosial media Kedai Ayamas ok. Selamat menjamu selera semua.








2 ulasan:

  1. Mana videonya? Tak best ek? hahaha
    Ayam dah habis ke tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Video kita masuk kat IGs hehehehe dalam blog tak masuk video u oll... Best!!!!

      Padam