Ayam Sedap Baq Hang,

Sekali Rasa 'Ayam Sedap Baq Hang' Memang Betul-betul Sedaplah

Selasa, April 20, 2021 Mahamahu 12 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi. Salah satu tempat yang Maha tak pernah miss setiap tahun akan berbuka puasa di sini iaitu The Chicken Rice Shop. Ini kerana setiap tahun ada sahaja promosi sempena bulan Ramadan dan juga untuk buka puasa. Setiap tahun pasti menyajikan menu yang berlainan seperti tahun ini. Membawakan Ayam Sedap Baq Hang memang sedap sunggung laaa....



Tahun ini kita masih lagi berpuasa dalam sekatan norma baharu dan Prosedur Operasi Standard (SOP) disebabkan oleh pandemik, inilah masa yang terbaik untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati hidangan baharu yang lazat ini. Ayam Sedap Baq Hang hanya disajikan pada masa yang terhad sahaja iaitu dari bermula 9 April hari tu hingga 13 Jun 2021 ni. Sempat lagi nak pergi lepas Raya pun boleh lagi.



Ayam kali ini diperap dengan pelbagai campuran rempah yang unik, sebab itu kalau korang makan dengan nasi ayam rasa lengkap. Ayam ini juga dipanggang dengan sempurna, kemudian disaluti dengan sos istimewa, dihiasi dengan daun kari dan cili kering. Nampak macam pedas tapi tak pedas sangat sesuai dengan selera dan citarasa orang Malaysia. 



Sebagai sebuah syarikat tempatan, TCRS berharap untuk terus menyajikan rakyat Malaysia dengan memperkenalkan hidangan-hidangan ayam yang unik dengan pelbagai sajian tempatan lain sambil mengekalkan keasliannya. Itu yang buatkan Maha rasa perlu datang makan di sini setiap kali ada promosi macam ini memang korang akan dapat nilai kelainan yang ditampilkan.



Ayam ini bukan datang dengan ayam seketul sahaja tapi ia ada dalam set untuk makan seorang atau juga beramai-ramai baru meriah. Meal A adalah untuk hidangan satu orang makan dengan dua ketul Ayam Sedap Baq Hang dan juga tambahan lain nasi sayur serta sup dan air special iaitu Dino Choco Malt. Manakala Meal B dan Meal C adalah untuk 2 orang makan dan hingga 4 orang makan. Jadi dah boleh jimat kat situ and nak order pun senang semua lengkap satu satu set.





Jadi inilah masa untuk bawa orang tersayang makan bersama korang buka puasa. Kalau tak ada pun akan seorang boleh juga macam Maha ni tak ada orang sudi teman hehehe. Penting sekali perut kenyang suka hati kan. Maha dah cuba korang bila lagi memang rekemen sangat ayam baharu ini. Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa semua.

Maklumat lanjut mengenai menu Ramadan dan Raya TCRS atau promosi yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila layari :-









12 ulasan:

  1. Ehem betul ke sedap ayam ni Maha?. Sayur-sayuran dia nampak sedap. Ahhh sup fish ball tu pun nampak sedap.

    BalasPadam
  2. Tengok gambar Abang Maha ni selalu buat saya kecur liur depan skrin sorang-sorang tau. Sedap betul nampaknya! Now ada menu baru memang akan terjah lah soon! Tak sabar hehe

    BalasPadam
  3. kalau pi crs mesti ambik steam chicken hehe menu nampak sedap gak kena try ni

    BalasPadam
  4. Ya Rabbi.. sedap baq hang oiii.. hahahaha..
    Ishh time buka ni kalau dapat nikmatnyaa.. nak cuba laaa juga...

    BalasPadam
  5. Teringat-ingat pula lazatnya berbuka puasa hari tu. Ajom kita repeat - nak order pai tee dan ayam baq hang tu lagi

    BalasPadam
  6. Lama X makan tcrs.. sedapnyaaaa menu ternary. Ni yg Rasa nak terjah time berbuka nanti

    BalasPadam
  7. :) Nell baru jer pergi berbuka kat The Chicken Rice Shop sebab tengok ramai yang makan2 kat sini promote menu terbaru mereka.. looks tempting kan.. (Y) Yummeh..

    BalasPadam
  8. This looks absolutely delicious! so excited to try their new items during raya with my family and friends!

    BalasPadam
  9. Nampak sedap sangat! Terliur betul haha. aduhmakk. nak kena terjah juga ni.

    BalasPadam
  10. Seronoknya Dia Makan eh. Terliur pula tgk Makanan2 sedap.. Nnt Nak Cuba la Ayam baq hang tu.

    BalasPadam
  11. I lama tak makan kat TCRS, gonna dropping by to try this new menu, thanks Maha for sharing this ya :D yum yum yum! cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  12. Tengok gambar pun dah tahu sedap. Aiyoo kena try la Ayam Baq Hang dia tu.

    BalasPadam