Koperasi Petronas Sdn Bhd,

Menang Hadiah Sehingga RM100,000 Dengan Makan Produk LengQuas

Sabtu, April 03, 2021 Mahamahu 16 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian yang dikasihi. Pejam celik pejam celik rupanya kurang dari beberapa hari sahaja kita dan nak sambut bulan penuh mulia bulan Ramadan. Cepat masa berlalu untuk tahun 2021 ni yer memang tak sedar. Macam mana dah buat persiapan untuk sambut bulan Ramadan ni. Persiapan diri dan juga persiapan untuk makan perlu juga.



Kalau bujang bagi Maha ni senang jer cari produk sejuk beku dan terus boleh panas dan makan lagi senang. Tambah-tambah waktu sahur ni nak menumbuk dan sediakan bahan masakan memang tidak lah dengan mengantuknya jadi makanan sejuk beku sahaja senang. Kurang dari 5 minit sahaja masuk dalam microwave dah siap boleh makan panas-panas. Pulak tu masakan tradisional rasa macam emak masak kat kampung jer waaaaaa, rindu puasa nak balik bersahur dengan keluarga.



Tak apalah kali ni biar produk LengQuas menjadi peneman sebulan puasa. Ini kerana LengQuas produk keluaran dari Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah ada 21 jenis masakan yang disejuk beku. Wahh memang cukup lah untuk sebulan tu yang lebih 9 hari lagi kita makan luar lah sekali sekala hehehe. Tapi tak apa yang penting produk LengQuas Maha dan cuba memang sedap dan memenuhi selera untuk makan bukan sahaja bersahur tapi juga untuk berbuka puasa nanti.



Produk ni Maha jumpa masa pergi beli barang kat kedai serbaneka 7-Eleven ada jual jadi mudah lah. Selain tu juga ada beberapa supermarket, mini market dan juga stesen minyak juga ada jual. So lepas ni senang lah nak dapat dah merata ada jual. Korang boleh pilih daripada 21 jenis produk makanan seperti Beef Stew, Chiken Glaze, Daging Lemak Kuning, Kari Daging, Daging Asam Pedas, Daging Dendeng, Kuah Kacang, LengQuas Daging Masak Hitam, LengQuas Ayam Masak Hitam, LengQuas Rendang Ayam, LengQuas Ayam Percik, LengQuas Paru Goreng Berlada, LengQuas Sambal Ikan Bilis dan LengQuas Ayam Masak Merah.




Tu yang lauk pauk sahaja tapi kalau nak yang ada nasi sekali set ada juga tau. Mereka ada keluarkan set Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Putih Daging Masak Hitam, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma, Nasi Briyani Ayam Masak Merah, Nasi Ayam Kukus dan Nasi Lemak Ikan Bilis. Semua sejuk beku dan korang hanya panaskan sahaja dalam ketuhar 5 minit dah siap boleh makan.




Bestnya sekarang ni dengar cerita pula KOPETRO telah menganjurkan Peraduan Makan & Menang bagi produk makanan sejuk beku jenama LengQuas ni. Hadiah bukan calang-calang tau hadiah bernilai RM100,000. Wow jadi lagi senanglah beli untuk makan tapi boleh juga menang hadiah. Ini buatkan Maha nak beli lagi produk LengQuas ni.



Cara penyertaan peraduan: 


1) Perlu beli mana-mana produk jenama LengQuas minimum RM20 dalam satu resit

2) Imbas kod QR yang disediakan isi maklumat diri.

3) Jawab soalan mudah dan muatnaik resit pembelian sebagai bukti penyertaan

Dah senang jer nak menang wow. Memang sangat mudah dan juga berpeluang besarlah nak menang ni sebab Maha pengguna produk LengQuas setiap hari hehehe. Pemenang akan diumumkan selepas cabutan bertuah setiap bulan. Peraduan ini belangsung daripada 1 April 2021 hingga 30 Jun 2021 ni masih sempat lagi ni masih awal.




KOPETRO juga tidak melupakan pengedar dan ejen-ejen mereka yang banyak membantu meluaskan perniagaan mereka. Makan ia juga menganjurkan peraduan khas buat pengedar-pengedar dan ejen-ejen sah LengQuas bagi menggalakkan persaingan mendapat jualan. Penyertaan ejen dan juga pengedar, pemenang akan diumumkan berdasarkan hasil jualan tertinggi setiap bulan. So tunggu apa lagi rebut nak buat sale bulan Ramadan ni lagi mudah.

Maklumat lanjut tentang produk LengQuas boleh berhubung terus : 
Talian hotline KOPETRO Food Sdn. Bhd : 60 17-319 5764







16 ulasan:

  1. Boleh try cari produk LengQuas ni Maha. Nasib baik Maha tulis post ni. Memang nak cari juga produk macam ni kalau nak cepat.

    BalasPadam
  2. mmg elok guna produk mcm ni sebab memudahkan. mana nak kejar masa nak sedia menu berbuka, bersahur.

    dah beli, jangan lupa join cabutan bertuah pulak . kot rezeki ramadan, menang hadiah. yeay!

    BalasPadam
  3. This a good contest to participate. And this product is good for cooking. Thank you for sharing your review.

    BalasPadam
  4. kalau 1 pek murah ni i nak borong la pagi pagi bangun sahur masuk kuali je la.. esp yang daging tu... masak nasi je kan senang... okaylah kalau dah beli nanti nak join lah contest nya mana tahu ada rezeki

    BalasPadam
  5. Sebagai orang bujang, makanan ready-to-eat adalah peneman setia - lagi2 bulan Ramadhan kan. Senang dan lazat!

    BalasPadam
  6. Bertuahnya lahaii sapa yang dapat tu.. pi makan je pun dah dapat hadiah ekkk.. senang sangat esok-esok kalau nak travel, beli aje menu LengQuas ni aaaa

    BalasPadam
  7. Ruby pun join contest ni. nak Thermomix tu. hahaahha. memang best LengQuas ni. fav ruby daging masak hitam dan dendeng. nyumm nyummm.

    BalasPadam
  8. syiok ni buat stok. Lagi-lagi bulan puasa. Buat stok untuk sahur

    BalasPadam
  9. Rasanya last year nampak kawan2 post about LengQuas ni.. bagus la kali ni mereka datang balik dengan exciting news.. kena join la <3 <3 <3 since memang kena dapatkan stock untuk Sahur nanti..

    BalasPadam
  10. Ahjommm join. Mana tahu ada rezeki menang hadiah . Best pulak tu hadiah dia hehehe

    BalasPadam
  11. bulan posa nanti ni senang nih . tak risau kalau tak sempat masak. tq share

    BalasPadam
  12. Semua sedapppp , paling penting mudah nak sediakan. Anak-anak pun boleh sediakan sendiri. Ni nak puasa kenalah beli lagipun dah tak ramai yang ada kat rumah so sangat cukup untuk buat hidangan sahur.

    BalasPadam
  13. okay nak beli semua! haahahah so far makanan dia sangatlah sedap. best kalau buat stock time puasa nanti. manalah tau kot menang hehe

    BalasPadam
  14. Memang berguna produk macam ni, Maha. Bukan setakat untuk orang bujang saja, bagi yg berkeluarga pun bukannya sentiasa ada masa untuk masak, terutama untuk sahur.

    BalasPadam
  15. Sng jer bila ada makanan sejuk beku jd bg yg xde masa nk msk fittly nti bln puasa blhlah norong produk Produk LengQuas and manu tau mng contest plk

    BalasPadam
  16. Best betul lengquas ni buat Contest.. Makanan Dia pun senang je Nak masak

    BalasPadam