Buffet Ramadhan,

Memori Iftar Bersama Marriott Hotel Putrajaya

Ahad, April 11, 2021 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi. Masih dalam mood untuk sambut bulan Ramadan dengan penuh meriah juadah makan-makan yang pelbagai. Walaupun makanan banyak tapi ingat jangan membazir dan juga makan ikut keperluan kita sahaja ok. Paling penting sekarang ini kena jaga SOP dengan pakai penutup mulut dan hidung, pakai sarung tangan dan juga jaga jarak fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.



Kali ini kita kembali lagi ke Putrajaya kerana kat situ banyak tempat ada buat juadah untuk berbuka. Untung orang area sana dan yang berhampirannya banyak pilihan. Kali ini kita masuk ke Marriott Hotel Putrajaya. Membawakan tema Memori Iftar Bersama sebab waktu makan sahajalah waktu untuk berkumpul ahli keluarga dan juga sanak saudara. Begitu juga yang diterapkan untuk bufet buka puasa di sini kali ini. 



Cuma kali ini mereka bahagikan kepada beberapa bahagian utama untuk memudahkan pengendalian makanan. Di sini ada sembilan station untuk memilih pelbagai juadah tempatan atau juga dari negara-negara yang popular dengan kepelbagaian istimewa. Jom kita masuk dalam lagi dan tengok apa makanan yang ada untuk kita cuba di Zest Lifestyle Restaurant

1) Bahagian Berbuka Puasa
Kat sini adalah station untuk memulakan buka puasa dengan mengamalkan amalan makanan sunah iaitu kurma. Kat sini ada pelbagai jenis buah kurma juga beberapa buah-buahan segar lain yang memberi kesegaran selepas seharian kita berpuasa. Juga tidak ketinggalan kuih-muih tradisional yang memberikan memori kembali ke kampung.






2) Bahagian Makanan Jepun (Nihon No Yorokobi)
Kat sini siapa yang suka makanan berasaskan makanan laut yang mentah atau bakar boleh cuba. Di sediakan seperti Ahi Tataki, Maki Roll, Tempura Vegetables dan banyak lagi. Orang Malaysia memang suka makan sushi kat sini bersama kepelbagaian signature sauce mereka.




3) Bahagian Makanan Timur Tengah (Alsharq Al'Awsat Eisari) 
Ini adalah bahagian juadah dari Timur Tengah orang yang suka makanan arab boleh lah pergi bahagian ini. Menghidangkan Daging Kambing Panggang yang disajikan bersama dengan Roti Arab dan juga Salad Segar. Daging kambing ini diperap dengan rempah yang sempurna untuk mengekalkan daging sentiasa lazat dan berjus.






4) Bahagian Makanan Thai (Rschati Thiy)
Bahagian ini ia kaya dengan rempah ratus yang sangat memberi haruman dalam masakan. Korang boleh cuba daripada Hor Mok (Kari Ikan Thai), Ghai Hor Bai Toey (Ayam Panggang Pandan), Yam Mamiang, Som Tham dan banyak lagi masakan Thai.





5) Bahagian Makanan India (Intiyavin Cuvai)
Kita tahu makanan India mesti penuh dengan kari sebab tu kat sini mereka sediakan Naan Bread makan bersama Ayam Tandori. Juga macam-macam lagi roti lain ada kat sini seperti Roti Canai, Dosai, Homemade Idly, Vada Curry dan Chutney.




6) Bahagian Makanan Itali (Cibo Glorioso)
Kat sini mestilah kena banyak dengan sphegatti dan juga pasta. Menghidangakan pasta dengan Singnature Suace, Chicken or Beef Lasagna, Cannelloni dan Bruschetta. Ada juga kat sini Marinated Roast Beef istimewa daripada cara masakan orang Itali.






7) Bahagian Rojak Rojak Segala Rojak
Rojak ini memang menjadi makanan tempatan yang popular. Korang boleh pilih daripada nak makan Rojak Buah, Rojak Sotong Kangkung, Rojak Singapore dan Rojak Pesembur yang popular di Penang. Puas tak dapat rentas negeri dapat makan pun jadilahkan. 





8) Bahagian Tujuh Kawah Wak Lan
Kat sini chef sediakan tujuh gulai dalam kawah besar untuk melambangkan bahawa orang dulu-dulu suka masak banyak-banyak dan bagi makan satu kampung. Kali ini mereka bawakan kepelbagaian gulai kawah seperti Gulai Ayam, Gulai Daging, Gulai Kambing, Gulai Udang, Gulai Ikan, Gulai Sayur. Ia sedap dimakan dan dihidangkan dengan nasi putih dan juga ulam-ulaman kampung terangkat.








9) Bahagian Ikan Bakar Pasar Kinabalu
Kalau korang pernah sampai ke Sabah terutama kat Kota Kinabalu ada satu pasar menjual hasil tangkapan makanan laut yang segar dan kat situ juga mereka menyediakan ikan bakar yang segar untuk dimakan. Makanan laun bakar kat sini macam-macam boleh pilih daripada sotong, udang, ketam atau juga ikan pari.





Tu baru sembilan bahagian yang ada tapi sebenarnya banyak lagi juadah lain kat sini macam Satay Ayam atau Daging, Mee Goreng dan juga soup yang popular di Malaysia. Sekarang ini bukan musim Durian jadi mereka bawakan makanan yang dihasilkan daripada raja buah tersebut seperti Pengat Durian dengan Pulut, Cream Puff Durian, Kuih Seri Muka perisa Durian dan juga Aiskrim Durian. Sangat sesuai untuk pecinta Durian menikmati sepuasnya di sini.




Harga untuk Bufet Ramadan kali ini yang dibawakan oleh Marriott Hotel Putrajaya hanya RM145.00 nett bagi dewasa dan RM72.00 nett untuk kanak-kanak. Kalau korang beli booking Early Bird daripada 15 Mac hingga 19 April 2021 akan dapat harga lagi murah iaitu hanya RM100.00 nett untuk dewasa dan RM50.00 nett untuk kanak-kanak. Bufet ini akan bermula daripada tarikh 13 April hingga 12 Mei 2021 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam

Tempahan dan pertanyaan lanjut boleh hubungi:
Hotline : 03-8949 8922/8761/8655
WhatSapp : 012-3930172








0 Pandangan: