Buffet Ramadhan,

Le Meridien Putrajaya Membawakan Destinasi Rasa Untuk Buka Puasa Tahun Ini

Sabtu, April 10, 2021 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Masih tak habis lagi mencari tempat untuk buka puasa kali ini masih lagi di kawasan sekitar Putrajaya. Warga sana banyaklah pilihan tempat untuk berbuka kali ini. Ikut pada bajet nak pilih mana satu. Kali ini kita ker Le Meridien Hotel Putrajaya.



Membawakan tema Destinasi Rasa ia senonim dengan kepelbagaian hidangan tempatan mahupun antarabangsa yang diperkenalkan dalam majlis buka puasa kali ini. Hidangan hebat daripada chef yang terbaik membawakan juadah seperti Roast Whole Lamb Arabic Style, Burung Puyuh Penyet, Roti Sarang Burung dan yang menjadi signature di sini iaitu Daging Dendeng






Di bahagian gerai yang ada sepanjang buka puasa di sini menyajikan juadah tempatan seperti Kambing Opor, Nyonya Curry Laksa, Lok-Lok with Curry and Clear Soup, Satay dan juga BBQ. Juga istimewa masakan secara langsung depan pengunjung seperti makanan Jepun iaitu Sushi Rolls, Salmon dan Tuna. Juga daging segar dipanggan dengan signature sos pasti buat korang akan berulang kali tambah makanan.




Pencuci mulut juga ada yang terbaru kali ini menampilkan raja buah iaitu Durian Musang King Ice Cream. Ini kena cuba sebab ia adalah original dan dihasilkan sendiri. Kemudian ada juga pelbagai pilihan seperti kek perisa dan rasa, custard, jelly and juga chocolate faountain dengan Marshmallows dan buah-buahan segar. Juga di tambah lagi kepelbagaian kuih-muih tempatan yang tidak pernah lekang dalam majlis buka puasa.






Selepas setahun kita dalam normal baharu ini kena patuh SOP yang ketat walaupun menikmati buka puasa dengan kawan-kawan. Buka puasa dengan tema Destinasi Rasa kali ini akan bermula daripada 13 April iaitu hari puasa pertama sehingga 12 Mei 2021. Lama juga kita boleh enjoy dan nikmati semua hidangan hebat tadi. Harga untuk di runding jangan bimbang kalau makanan sedap harga pasti menarik dengan hanya RM130.00 nett untuk dewasa dan RM65.00 nett untuk kanak-kanak tapi kena booking awal sebelum hari puasa menjelma iaitu paling lewat 12 April 2021 ini baru boleh dapat harga murah ini.







Kalau harga normal untuk yang walk-in atau buat tempahan pada bulan puasa adalah RM178.00 nett bagi dewasa dan juga RM89.00 nett untuk kanak-kanak usia 5 hingga 12 tahun. Tetamu juga boleh nikmati diskaun harga sekiranya korang pemegan beberapa debit atau kredit kad bank-bank terpilih sahaja. Bagi ahli Marriott Bonvoy pula boleh enjoy dengan diskaun 20% lagi best nya.






Jadi tunggu apa lagi ini masanya untuk sekali sekala nikmati makan di sebuah hotel mewah. Selepas sahaja setahun tak dapat meraikannya hehehe. Tapi ingat SOP kena patuhi ok jaga jarak dan juga memakai penutup mulut dan hidung setiap masa berada di dalam kawasan hotel. Bestnya kat sini korang makan akan dihiburkan dengan persembahan daripada band yang terpilih setiap hari. Selamat berpuasa semua dan selamat menjamu selera.

Sebarang tempahan dan pertanyaan lanjut hubungi:
Telefon : 03-8689 6888/ 6862/ 6847
Email : dining.lmputrajaya@lemeridien.com






 

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah... Setelah setahun tak menikmati juadah berbuka puasa di hotel² mewah, tahun ni dapatlah meraikannya bersama keluarga mahupun rakan².

    BalasPadam