Ara Damansara,

kEATchen Memartabatkan Nostalgia Sajian Culinary Champions Di Era Digital

Jumaat, April 23, 2021 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi. Eatvolution Sdn Bhd mengumumkan pelancaran lunak kEATchen – konsep dapur awan (cloud kitchen) yang mengumpulkan makanan jalanan atau culinary champions yang ikonik kepada para penggemar makanan. Dengan menggabungkan konsep baharu bersama teknologi, Eatvolution melalui kEATchen merealisasikan keupayaan industri F&B tempatan untuk kekal relevan. Selain itu, kerjasama dengan kEATchen juga dapat membantu para peniaga makanan jalanan atau culinary champions sedia ada untuk melangkaui sempadan mereka ke pengguna yang kian lama mengidamkan makanan jalanan melalui aplikasi penghantaran makanan menggunakan telefon pintar.



Makanan adalah cara yang terbaik untuk mengenali sesebuah budaya dan ianya memberi nostalgia tertentu dengan cara dan rasa yang berbeza. Menyedari itu, kEATchen bercita-cita untuk mendigitalkan dan memartabatkan perniagaan culinary champions tanpa mengganggu warisan dan kisah mereka. Berbeza dengan pengusaha makanan jauh lebih besar, rata-rata peniaga makanan jalanan menjalankan perniagaan mereka secara kecil.



kEATchen berbeza dari platform dapur awan (cloud kitchen) lain di pasaran ketika ini; selain menyediakan culinary champions peluang untuk meluaskan perniagaan mereka kepada pengguna serta kemudahan dapur berteknologi tinggi untuk mereka beroperasi, kEATchen membantu culinary champions dari segala aspek perniagaan F&B dan menjadikan mereka operator yang sesuai dengan zaman kini. Antara bimbingan yang akan diberikan adalah kempen pemasaran, portal & sokongan teknologi dalam talian, pengurusan penjualan, iklan & promosi, pematuhan lesen, pembungkusan, dan pengurusan pesanan.



Untuk memudahkan penapakan culinary champions di era digital, kEATchen dengan teknologi dan sokongan yang menyeluruh merancang untuk beroperasi di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi dan bantu para pengusaha makanan dalam merancang menu yang enak berdasarkan data yang dikumpulkan dari kawasan yang disasarkan. Berbanding dengan cara konvensional yang kompleks.

Martin Kim_CEO Eatvolution Sdn Bhd


Cawangan pertama kEATchen telah dibuka di Ara Damansara selang beberapa hari bermulanya Ramadan. Pembukaan pertama ini akan menyajikan makanan yang halal, sesuai untuk juadah berbuka puasa dan penghantaran makanan akan meliputi jarak 30km. Selain itu, KEATchen juga akan membuat promosi sempena pembukaan cawangan yang pertama. Pengguna boleh memesan makanan pilihan mereka seawal jam 3 petang dan akan dihantar tepat waktunya untuk berbuka puasa.



Nak dapatkan maklumat lanjut mengenai kEATchen dan Eatvolution, sila layari www.keatchen.my, serta lama Instagram @keatchen.my dan Facebook www.facebook.com/keatchen.my. kEATchen akan didapati melalui aplikasi mudah alih penghantaran makanan.











0 Pandangan: