Coklat,

#Justpicit Dan Nikmati Rasa Cokolat Hazelnut Asli Dalam SyokoTube

Isnin, April 12, 2021 Mahamahu 15 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasi sekalian. Pecinta coklat seperti Maha memang menantikan sesuatu yang baru macam ni. Korang tahukan bahawa coklat adalah salah satu daripada ejen kepada ketenangan. Sebab tu kalau orang yang tertekan digalakkan untuk ambil coklat kerana ia mengandungi tryptophan, asid amino yang mempunyai kesan yang menenangkan.



Itu serba sedikit yang Maha tahu pasal coklat kerana Maha juga ada pecinta coklat tegar. Bagi lah coklat apa pun memang akan habis dinikmati. Sebab tu ada sahaja produk baru berasaskan coklat membuat Maha rasa nak mencuba kerana nak tahu ia sesedap mana. Begitu juga produk baru ini iaitu SyokoTube by Syoklat ini.
 


Korang percaya dalamnya SyokoTube ini adalah cokolat Hazelnut yang asli daripada 100% kacang tersebut. Ia juga boleh dinikmati terus dengan #justpicit dan terus boleh makan bersama dengan buah-buahan, roti, roti canai, dalam minuman panas dan sejuk serta macam-macam lagi makanan. Rasa yang enak dan sedap membuatkan pasti ramai orang suka akan SyokoTube ini dan mesti kena ada disetiap rumah.



Ibu bapa pun kena siap sedia dengan produk SyokoTube ini kerana anak-anak senang pagi-pagi sebelum pergi sekolah bolah buat sarapan cepat dan tidak renyah kata orang. Picit sahaja dah boleh makan bersama apa sahaja. Tapi jaga-jaga kena awasi anak anda kerana mungkin mereka boleh habiskan satu tube coklat ini dengan picit dalam mulut sahaja sebab sedap.



Produk ini telah berada di pasaran sejak dari Oktober 2020 lagi dan baru kini ia telah dilancarkan secara rasmi. Pada hari itu juga turut diperkenalkan selaku duta kepada produk SyokoTube ini iaitu seorang perlakon serba boleh dan sangat berbakat. Pernah memenangi Anugerah Bintang Popular dan juga pernah membitangi beberapa filem hebat seperti Adnan Sempit dan Polis EVO




Siapa lagi kalau bukan Shaheizy Sam. Beliau juga telah jatuh cinta kepada produk SyokoTube ini dan kini ingin fokus kepada pembabitan beliau dalam bidang perniagaan. Kata Sam beliau melihat kepada potensi yang cukup besar dalam perniagaan coklat ini. Sam juga yang mempunyai dua orang anak yang juga suka akan kepada coklat beranggap bahawa ia mampu setanding dengan produk yang sedia ada sekarang ini. 



Kalau korang tanya mana nak dapatkan produk SyokoTube ini sekarang boleh didapati daripada ejen-ejen mereka yang ada dihampir seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Harga untuk satu tube ini pula hanya RM9.99 untuk semenanjung manakal RM11.99 untuk Sabah dan Sarawak. Juga ada ejen di Singapura dan Brunei tau. Jadi boleh tempah online sahaja dan mereka akan terus hantar kerumah korang.

Sebarang pertanyaan dan juga mendapatkan senarai ejen boleh layari:







15 ulasan:

  1. Senangnya coklat dalam tube. Tak payah cari sudu nak guna untuk ratakan kat roti. Dalam tube ni lagi senang la.

    BalasPadam
  2. Wow I want this too for my indulgence to spread on my bread or straight away squeeze the chocolate right into my mouth. LOL :D

    BalasPadam
  3. Wow........best nyer product SyokoTube nie. Senang nak guna. Mesti rasa nyer sedap kan. Teringin juga nak cuba.

    BalasPadam
  4. Pakaging mcm ni mmg dah popular. Mudah nak pakai kan.

    BalasPadam
  5. Bukan setakat budak bapak budak pun suka! Hahaahaha sedap ke? Macam nak beli buat stok haha

    BalasPadam
  6. Hah kalau jenis tube memang mudah la.. Lagi perisa coklat siapa yang tak suka. Boleh cari ni.. Tuang dekat roti semua

    BalasPadam
  7. Wahh, hygiene pun hygiene kan just picit. instead of kita masukkan sudi ke dalam bekas macam packaging skrg.. harga pun macam affordable jer.. nak try la..!

    BalasPadam
  8. Comel jer.. nak.makan picit jee.. nampak pun sedap sebab perisa hazel nut

    BalasPadam
  9. wahhh.. senang la ada coklat dalam tube macam ni.. takde la belemuih nak guna. ni kalau budak2 tengok, berselera diorg makan dgn roti sebab ada kartun comel

    BalasPadam
  10. Senangnya, picit aje ekk, paket dia pun mudah nak bawa ekk.. boleh cari ni, setakat ni tak jumpa lagi..

    BalasPadam
  11. Macam best je ni. Senang buat packaging camni. Picit je

    BalasPadam
  12. Mcm best je buat sahur ni. Kalau malas nak masak atau nk sesuatu yg manis pagi2. Ringkas dan senang.

    BalasPadam
  13. Senang jer nak mknnya picit jer jd xcomot kan, bdk2 lglah suka mkn coklat

    BalasPadam
  14. Senang la akak nak makan ngan anak-anak. Dulu suka beli coki coki picit atas roti. Sekarang kita guna SyokoTube. Harga lebih berpatutan.

    BalasPadam
  15. Ni bukan anak-anak jer suka, mak budak pun suka! Senang guna, senang bawak travel. Harga pun berpatutan.

    BalasPadam