Central i-City,

IndoAsli Restoran Masakan Gaya Indonesia Yang Asli

Khamis, April 15, 2021 Mahamahu 11 Comments

Selamat sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi. Sekarang ni kita masih lagi tidak boleh ke luar negara untuk urusan berlibur kerana perintah penutupan pintu utama negara agar dapat terus mengawal dan menghapuskan rantaian pandemik Covid-19 ini. Namun ada sedikit sinar setelah dunia mulai menemui vaksin untuk mengawal penyebaran penyakit ini. Tak mustahil nanti satu hari untuk ke luar negara perlu ada sijil pengesahan bahawa korang telah mengambil suntikan vaksin ini.



Tapi apa perlu bimbang kat negara kita semua ada. Korang sebut sahaja jenis makanan dari negara luar banyak restoran ada di Malaysia ini. Salah satunya restoran untuk makanan asli dari negara jiran Indonesia. Walaupun kat negara kita ramai pekerja warga Indonesia tapi tak banyak restoran yang menyajikan juadah asli Indonesia dari serata daerah. Cuma ada satu restoran ini yang Maha dah pernah sampai dan mencuba masakan Indonesianya memang asli.




Restoran yang Maha maksudkan ini adalah Restoran IndoAsli yang ada dua cawangan di Malaysia buat masa ini. Pertama cawangan di IndoAsli IOI City Mall Putrajaya dan juga cawangan kedua di  IndoAsli Central I-City Shah Alam. Kat sini semua makanan yang dipelajari oleh chef mereka dari negara jiran dan dibawa masuk dalam restoran ini. Sebab itu tagline mereka Authentic Indonesia Homestyle Cuisine.

Tempe Sira (RM4.90)

Tahu Telur (RM11.90)


Makanan paling senang nak tengok adalah pembuka selera mereka iaitu ada pilihan antara Tempe Sira. Tempe Sira itu dalamnya ada campuran kacang tanah yang digoreng garing dan juga tempe yang digoreng rangup bersama ikan bilis goreng dicampur dan disira dengan sambal pedas manis. Manakala Tahu Telur (Signature dish) ini dibina dalam bentuk menara dan kelilingnya adalah sambil kicap pekat dan kalau nak pedas boleh tambah cili.

Rendang Sapi (RM22.90)

Rendang Kambing (RM27.90)


Kemudian yang paling banyak menggunakan rempah masakan ala Indonesia yang juga bakal menjadi kegemaran ramai orang iaitu Rendang Kambing dan juga Rendang Sapi. Korang boleh rasa daging yang dimasak sampai empuk dan senang untuk dikunyah tidak liat bersama rempah yang pekat likat melekat rasanya. Kalau yang suka ayam mereka ada Ayam Bakar Sate dan juga Gulai Ayam Padang. Bagi Maha gulai ayam padang tu sangat sedap memenuhi selera warga nusantara ini.

Gulai Ayam Padang (RM16.90)

Ayam Bakar Sate (RM19.90)


Kalau korang yang suka makanan laut sini pun ada juga beberapa masakan berasaskan sotong iaitu Cumi Bakar Jimbaran. Tak tahu Maha apa maksudnya Jimbaran itu tapi sotong ini bersaiz sederhana besar dan juga dimasak tidak terlalu liat. Kalau suka ikan pula mereka ada juga menu berasas ikan iaitu Ikan Talapia Goreng Renyah Sambal Nusantara. Ini memang sedap kalau dimakan panas dan rangup cicah pula dengan tiga jenis sambal yang dibekalkan iaitu Sambal Belado, Sambal Ijo dan Madura Sauce memang terangkat rasa nak terbang jer.

Cumi Bakar Jimbaran (RM35.80)

Ikan Talapia Goreng Renyah Sambal Nusantara (RM39.90)


Semua hidangan ini sedap di makan bersama nasi putih juga dengan satu hidangan sayuran iaitu Terung Raos Khas Bandung. Macam terung celup tepung lah rangup di luar dan lembut di dalam. Tapi bagi yang suka makanan nasi paling popular di Indonesia korang boleh ambil Nasi Tumpeng Ayam Bakar Percik Bali. Ini satu set nasi lengkap ada keropok, ada protein dari ayam, acar dan juga tempe goreng perhhh.

Terung Raos Khas Bandung (RM11.90)

Nasi Tumpeng Ayam Bakar Percik Bali (RM25.90)


Kalau datang makan sahaja tak ada minuman tak sah jugakan. Kat sini mesti akan adanya jus Alpukat atau kita panggil Avocado. Kat sana sangat popular yer Es Alpukat yang menggunakan 100% buah Avocado bersama dengan coklat garnish. Dapat hirup dalam cuaca panas memang terasa kat tekak tu kesegaran dan kesedapan jus aslinya. Juga minuman yang menjadi pilihan ramai dan juga popular di sini adalah Jus Alpukat Teristimewa IndoAsli. Ia menggabungkan jus alpukat dengan aiskrim dan jem.

Es Alpukat (RM13.90)

Soda Serai (RM6.90)

Jus Alpukat Teristimewa IndoAsli (RM12.90)


Bagi yang suka akan minuman detox ini adalah pilihannya iaitu Soda Serai. Kalau lepas minum akan banyak kentut kot heheheh. Akhir sekali kenalah tutup dengan pencuci mulut istimewa iaitu Jeli Dalam Telur. Ada jeli yang dimasukkan dalam dua kulit telur dan dibiarkan beku. Bersama hidangan ini ada dua scoop aiskrim. Satu lagu pencuci mulut yang tiada kat tempat lain iaitu Popia Pisang. Ini dimana dalam kulit popiah dicampur dengan cheese dan coklat. Kita kalau kat Malaysia lebih popular dengan Banana Cheese ini pun macam lebih kurang lah.

Popia Pisang (RM12.90)

Jeli Dalam Telur (RM8.90)


So semua menu yang Maha tulis kat dalam ni adalah menu baru dan jua diperbaharui untuk menarik minat ramai. Yer lah kalau nak buat makanan dari negara jiran kena pastikan bahan yang dibekalkan dari sumber yang Halal dan di sembelih sempurna. Juga Maha suka adalah Jus Alpukat kerana kat Malaysia minuman seperti ini susah nak cari sebab bukan pilihan orang-orang kita, tapi sekali cuba mesti nak lagi. Confirm!



Jadi tunggu apa lagi jom kita serbu Restoran Indonesia yang buka mengikut waktu mall itu beroperasi. Dekorasi dalam restoran pun menarik bak kata pepatah Bahasa Inggeris ‘Less is Better’. Simple tapi nampak ketenangan di situ juga ada unsur nusantara bagi menghidupkan suasana dalam restoran. Korang dah cuba nanti boleh tinggal komen kat sini ok. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

*Menu baru dari IndoAsli kini eksklusif di IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya dan akan datang tidak lama lagi di IndoAsli Central i-City, Shah Alam

Info lanjut layari lama sosial IndoAsli:










11 ulasan:

  1. Orang indonesia ni masakan dia kadang2 kreatif. Sis nak cumi jimbaran dan ayam sate tu. Eh ikan Talapia tu nampak yummy.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Sedapnya masakan Indonesian. Ruby suka makanan Indonesia. Pedas di ummpphhh dan flavourful. Nanti nak cuba lah. Nyummy!!!

    BalasPadam
  4. kite pun dah makan. memang sedap! terliur pula tengok gambar-gambar ni. nanti ada rezeki nak beli juga lah

    BalasPadam
  5. Rawlins suka betul minuman dia semua. Paling teringin nak makan lagi adalah tahu telur

    BalasPadam
  6. Sedapkan makanan kat IndoAsli ni.. seakan kita makan kat Indonesia, serious rindu la nak pergi Indonesia, jalan jalan cari makan.. apakah daya kan skrg tengah pandemic, nasib ada kedai ni..

    BalasPadam
  7. wah terliur pulak tengok gambar makanan cantik cantik..mesti sedap ni.Menarik menu menu dia.Dessert tu pun nampak menggoda haha..Nanti boleh cuba makan kt sini

    BalasPadam
  8. Sukanya maha dapat makan kat sini kehkeh. Macam2 jenis hidangan Indonesia ada ditawarkan. Mmg menarik

    BalasPadam
  9. Mengundang betul ekk pepagi masuk sini, semua nampak sedap.. tak tau ada kat sini, next time tengaok anak kat sana boleh singgah makan sini..

    BalasPadam
  10. nampak sedap betul menu-menu dekat sini.nanti nak cuba sendiri lah. dekat je dengan rumah nie. thanks Maha share loaksi makan nie

    BalasPadam
  11. boleh lupa diri kalau makan sini.. semua nampak sedap terutama rendang.. air minuman nampak sangat menyegarkan..

    BalasPadam