Buffet Ramadhan,

Dorsett Hotel Malaysia Membawakan 4 Lokasi Hotel Di Lembah Klang Untuk Berbuka Puasa

Isnin, April 12, 2021 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Dalam menyambut bulan suci Ramadan, Dorsett Hotel di Malaysia yang ada empat lokasi berbeza iaitu Dorsett Grand Subang, Dorsett Hartamas, Dorsett Putrajaya dan Dorsett Kuala Lumpur telah hadir dengan pengalaman makan-makan tempatan yang tersendiri untuk memastikan perayaan yang menggembirakan ini dapat diraikan bersama.




Dorsett Grand Subang


Kita mulakan dengan Dorsett Grand Subang. Bufet Ramadan di sini akan bermua dari 16 April hingga 12 Mei 2021. Membawa tema 'Santapan Mubarak' akan tersedia di restoran The Emperor dengan harga RM98.00 bersih seorang dewasa. Manakala bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas dengan harga RM88.00 bersih setiap orang. 



Juadah yang terdapat di ini adalah daripada Kerabu Manga Berkacang, Sup Ekor Lembu, Sup Ayam Herba Cina, Nasi Briyani atau Nasi Putih disajikan dengan Ayam Goreng Berempah, Dhalca Tetel, Rendang Daging, Siakap Ala Thai dan Sambal Udang. Hidangan pencuci mulut yang tidak dapat ditolak seperti Bubur Cha-cha, Kuih-muih Melayu (Kuih Talam, Apam Gula Hangus, Ondeh-Ondeh dan Tapai) serta ada Buah Kurma.





Bagi lebih banyak pilihan menu, Santapan Barokah adalah pilihan ideal dengan 5 menu set Dome berbeza, masing-masing berharga RM78.00 bersih seorang dewasa. Bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun dan warga emas, 60 tahun ke atas dengan harga RM68.00 bersih setiap orang. Tempahan / pesanan awal diperlukan. Makan malam disediakan untuk Santapan Mubarak dan Santapan Barokah dengan tempahan awal bagi setiap meja terhad untuk 6 orang sahaja. 

Tempahan dan pertanyaan untuk buka puasa di Dorsett Grand Subang hubungi:
Tel : +603 5031 6060
E-mail : bookfnb.subang@dorsetthotels.com

Dorsett Kuala Lumpur


Nak rasai pengalaman iftar yang luar biasa, Dorsett Kuala Lumpur mempersembahkan 'Citarasa Bazaar' yang menampilkan lebih dari 100 makanan istimewa yang sedap setiap malam termasuk banyak variasi makanan berasaskan daging sebagai hero. Masakan seperti Sup Ekor, Rendang Daging, Daging Salai Masak Lemak dan juga Kerabu Daging dan banyak lagi di gerai 'Ox-licious'






Citarasa Bazaar berharga RM80.00 bersih untuk orang dewasa dengan potongan 30% untuk kanak-kanak berumur antara 3 hingga 11 tahun dan warga emas, 60 tahun ke atas.

Tempahan Citarasa Bazaar di Dorsett Kuala Lumpur hubungi:
Tel :  +603 2716 1010
WhatsApp : +6012 674 3509 / +6012 628 0551

Dorsett Hartamas


Begerak pula ke Dorsett Hartamas diketuai oleh Chef Ahmad mengambil tugas dengan keistimewaan 'Rasa Rasa Briyani'. Tersedia dari 13 April hingga 10 Mei 2021. Rasa Rasa Briyani menawarkan pilihan Set Briyani Ayam berharga RM68.00 bersih (2 orang). Manakala untuk Set Briyani Daging Domba atau Daging Lembu pada harga RM88.00 bersih (2 orang). Semua set termasuk Dalca Sayur, Acar Rampai, Papadom, Telur Rebus, Buah Kurma, 2 jenis kuih tempatan, Puding Jelly, Koktail Buah-buahan, Bubur Kacang Hijau dan Selasih




Tersedia untuk makan malam dan dibawa pulang / penghantaran. Voucher early bird boleh didapati dengan potongan harga RM10 dari mana-mana tarikh 22 Mac hingga 13 April 2021. Penginapan dan percutian yang sangat diperlukan, Semarak d'Hartamas mungkin hanya berharga RM336 bersih untuk pengalaman menginap 2 malam termasuk minuman selamat datang di Chakri, Sahur (pilihan Nasi Lemak, bubur atau sarapan Amerika dengan koleksi sendiri di Table Talk dari jam 4 pagi hingga 5 pagi) dan pilihan Iftar Rasa-Rasa Briyani di Table Talk. 




Semarak d'Hartamas boleh ditempah dari 1 April hingga 10 Mei dengan tempoh penginapan dari 13 April hingga 10 Mei 2021. Bagi kumpulan makan 30 orang dan ke atas, menu khusus disediakan dari RM68.00 bersih setiap orang dan seterusnya.

Tempahan dan maklumat lanjut buka puasa di Dorsett Hartamas hubungi 
Tel : +603 6209 8888
E-mail : sales.hartamas@dorsetthotels.com

Dorsett Putrajaya


Buffet Ramadan di Dorsett Putrajaya Bismillah telah membuat kemunculan semula dari 14 April hingga 9 Mei 2021 dan menawarkan pilihan makanan istimewa tempatan dan makanan wajib tradisional dengan hanya RM99.00 bersih untuk Dewasa dan RM58.00 bersih untuk warga emas 60 tahun ke atas; dan kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun. 







Jadilah 1000 yang pertama untuk membeli baucar early bird @ RM78.00nett bagi dewasa dan nikmati penjimatan hebat pada bulan Ramadan ini. 

Tempah tempat atau membeli baucar Dorsett Putrajaya hubungi :
Tel : +603 88892 8388 
Email : putrajaya@dorsetthotels.com






0 Pandangan: