Bufet Buka Puasa,

Acah Buka Puasa Ala Orang Kaya Di Palm Garden Golf Club Putrajaya

Jumaat, April 09, 2021 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kali ini Maha nak bawakan review sempena dengan Ramadan untuk warga Putrajaya yang berhampiran dengannya. Sebenarny ia berada di kawasan IOI Resort tu jadi situ berada di laluan Selangor dan Putrajaya jadi tak ada masalah untuk korang rentas kat area situ. Kat situ ada banyak hotel dan semua buat Ramadan Review salah satunya adalah Palm Garden Golf Club. Kena hati-hati tau kat situ ada dua Palm Garden satu yang Hotel dan satu lagi Golf Club. Kali ini kita pergi kat kelab golf dulu.



Tempat orang have-have makan kalau dalam drama Melayu lah. Orang kaya jer mesti nak main golf hehehe tak faham. Tapi kat situ pun mereka buat Bufet Buka Puasa dengan tema 'Citarasa Nusantara'. Pastinya banyak lah makanan dari wilayah nusantara ini. Kat sini korang wajib cuba Mee Kari mereka memang terbaik sedap gilerrr.. Sampai ada yang datang bertambah berkali-kali. Katanya kuah yang cukup pekatnya dan juga isi dalam yang pelbagai buatkan Mee Kari sini terbaik. 







Selain itu juga ada makanan tradisi Melayu seperti lauk pauk Ayam Goreng Berempah, Daging Masak Hitam, Telur Dadar Peria, Kari Ikan Bawal, Gulai Daging Tetel, Ayam Pencen Masak Lemak Cili Api dan macam-macam lagi lah. Menu yang ada ini lebih daripada 80 jenis dan setiap hari mereka akan bertukar-tukar untuk memberi kepuasa setiap kepada pengunjung yang datang sepanjang sebulan puasa. 









Kat tepi juga mereka ada sediakan beberapa gerai khas sepanjang bufet buka puasa ini nanti yang menyediakan beberapa juadah gerai tepi jalan seperti Kueh Teow Goreng, Roti John dan juga Roti Canai. Kat sini aunty perempuan yang terbar roti canainya rasa sangat sedap lembut dan rangup diluar walaupun dah lama masak betul tu tak tipu. Apalah rahsia aunty tu buat sampai macam tu sedap roti canai dia.





Bahagian luar kafe juga mereka ada sediakan warung goreng-goreng, Seperti Burung Puyuh goreng, Ikan Keli goreng, Keropok Lekor, Hati Ayam, Pedal Ayam dan banyak lagi lagi lah. Bufet kat sini diadakah di R5VE Cafe yang terletak dengan pemandangan Padang Golf yang cantik bersih dan luas sangat. Nak pergi main tak padai tengok jer lah orang main dari tingkat kafe tu hehehehe.







Harga untuk Bufet Buka Puasa kat sini sangat berbaloi tau hanya RM88.00 nett untuk dewasa, RM44.00 nett untuk warga emas umur 55 tahun ke atas dan juga RM52.80 nett untuk kanak-kanak (ketinggian 90-120cm). Tu untuk harga biasa tapi kalau korang beli sekarang ada early bird promo lak dapat harga jauh lebih murah iaitu hanya RM70.00 dan juga pada ahli club golf situ dapat 50% diskaun lagi ok lah untung juga.








Bufet kat sini akan bermula pada 15 April ini hingga pada 12 Mei 2021 nanti dari jam 6.00 p.m hingga 10.00 p.m. Boleh lah pada pemain golf tu main 2 3 lubang lagi sebelum waktu berbuka hehehe. 

Sebarang tempahan awal atau juga pertanyaan hubungi :
Telefon: 03 8213 6366
Whatsapp: 011 3794 9394








0 Pandangan: