Food Review,

Lima Minit Sahaja Siap Untuk Dinikmati Makanan Sejuk Beku Jenama LengQuas

Isnin, Januari 04, 2021 Mahamahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak lupa kepada kawan-kawan sekalian. Selalunya berama minit di perlukan masa untuk buat persediaan dan juga memasak satu hidangan tradisional seperti Asam Pedas Daging atau juga Daging Masak Dendeng. Kalau tak silap Maha yang pernah masak memang perlukan lebih kurang 30minit. Nak sediakan bahan lagi dan juga nak memasak kalau salah lengkah dah jadi masakkan lain pula.



Itu yang menjadi dilema dalam diri seorang bujang macam Maha ni kerana hari-hari nak pergi beli makanan kat luar harga boleh tahan sekarang ni. Jadi nak kena berjimat cermat dan juga menggunakan cara paling mudah tapi tetap sedap menikmati hidangan kampung ni. Sebab itu lah sekarang ni Maha dah mula beralih kepada produk makanan sejuk beku jenama LengQuas



Korang boleh tengok sendiri peti sejuk Maha penuh dengan produk keluaran KOPETRO Food Sdn. Bhd. Kalau korang tanya KOPETRO Food tu syarikat dari mana? Ia adalah syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad yang telah ditibuhkan sejak tahun 1980. Mempunyai lebih daripada 17,000 anggota yang terdiri daripada kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. Jadi ia adalah syarikat tempatan dan juga diyakini.



Jenama LengQuas ni pun Maha kenal sejak PKP tahun lepas dimana masa tu nak keluar beli makan susah jadi order sahaja online dan mereka sediakan penghantaran terus ke rumah. Banyak produk makanan sejuk beku dan yang terbaru lima menu tradisional seperti Daging Lemak Kuning, Kari Daging Berkentang, Asam Pedas Daging, Kuah Kacang dan Daging Dendeng. Selain itu juga ada dua menu luar bagi membawa jenama ini ke peringkat antarabangsa seperti Beef Stew dan Chicken Herb Glaze







Kalau korang tanya Maha yang mana paling sedap antara semua masakan ini Maha akan pilih Kari Daging dan juga Daging Dendeng. Kari Daging mereka dalam tu bukan sahaja ada daging tapi ada juga kentang yang lembut serta kuahnya cukup rasa lemak peda dan juga enaknya. Daging Dendeng tu agak kering sikit mungki sesuai bagi mereka yang suka cara masakan macam tu. 




Paling penting produk mereka ni senang untuk disedia. Kalau bujang yang sibuk macam Maha ni walaupun kerja dari rumah tetap kena mengadap laptop dan juga tidak lepas dengan telefon ditangan agak susah juga nak memasak. Jadi dengan ada produk macam ni hanya perlukan 5 minit sahaja untuk dipanas dalam Microwave. Korang hanya perlu tebuk beberapa lubang pada lapisan penutup atas dan masuk dalam ketuhar dan panas selama lima minit pada suhu yang paling tinggi sekali. 



Jangan bimbang pada yang tak ada ketuhar tu boleh juga masak dengan menggunakan kuali biasa atas dapur gas. Korang hanya keluarkan makanan dari bungkusan dan panas dalam kuali pada api sederhana selama 4-5 minit. Nak simpan produk ni pun senang dalam peti sejuk beku pada suhu -18°C bertahan lama tau. Produk keluaran LengQuas juga telah berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia




Kalau sekarang ni korang yang nak beli produk LengQuas ni ada promoso 10% diskaun. Setiap pembelian 3 pek dan ke atas korang layak untuk dapat diskaun ini. Korang boleh beli dengan layari https://lengquas2u.orderla.my/rte-lengquas dan pilih menu masakan mana yang korang hendak. Kemudian masukkan maklumat diri dan kod promo LENGQUAS10. Promo ini hanya sampai 31 Januari 2021 sahaja jadi terbut sekarng. 




Bagi yang terjejas pendapatan akibat pandemik ini atau juga hilang pekerjaan boleh juga ambil peluang dimana KOPETRO Food menawarkan fasiliti perkhidmatan pengeluaran makanan dan membuka peluang perniagaan kepada Pengusaha industri kecil dan sederhana untuk bekerjasama dengan mereka. Pemillik perusahaan kecil dan sederhana yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjasama dengan KOPETRO Food dalam membangunkan produk makanan mereka atau ingin menjadi ejen LengQuas boleh hubungi mereka seperti di bawah. 

Korang nak dapat info lanjut tentang produk LengQuas dan juga menjadi ejen mereka layari :
Hotline : 017-319 5764










20 ulasan:

  1. Aduhai banyak nya pilihan! Sesuai sangat untuk orang bujang macam saya ni. Hehe. Kalau bawak travel pun mesti best. Konfem rambang mata nak pilih mana satu untuk makan dulu!

    BalasPadam
  2. Wow.........this is a good instant food. I'm sure a lot of bachelor girls will like it. Thank you for sharing your review, Maha.

    BalasPadam
  3. Banyak juga pilihan. Senang la lepas ni..panaskan je and dah boleh makan..hehe

    BalasPadam
  4. senanglah kalau beli, panaskan 5minit ja, lauk pun banyak. nak try asam pedas

    BalasPadam
  5. Wow cuma lima minit sahaja dah boleh makan makanan yang lazat-lazat belaka? Memang baik lar cara penyediaan sebegini kan? Mudah dan senang.

    BalasPadam
  6. senang ada makanan dalam pek macam ni..kalau lapar panaskan sahaja memang mudah dan pantas

    BalasPadam
  7. Ala. Rawlins nak makan lagi daging dengan nasi panas. Sedapnya! Ajak Rawlins lagi please!

    BalasPadam
  8. Senangnya sekarang ni.. especially bagi yang bujang, atau yang tak sempat nak masak everything from scratch, this is a great option. A cheaper alternative to eating out.

    BalasPadam
  9. Serious ni makanan yang Nell perlu ada dalam fridge... senang betul boleh hangatkan jer dan makan terus dari skipping meals kan... Boleh try ni...

    BalasPadam
  10. senang ada inovasi mcm ni, memudahkan dan cepat untuk masak. Maklumlah sekarang ni banyak benda instant.

    BalasPadam
  11. Wah semua pun nampak sedap and senang nak prepare, takde masa nak masak boleh lah heat up and makan.

    BalasPadam
  12. Nampak sedap dan kaw ingredients tu, tak rugi beli pak gini. Kadang-kadang memang tak konfiden nak beli, sebab tak tau sedap ke tak. Terima kasih intro kan ya.

    BalasPadam
  13. Kak Nina need this! Sesekali tak sempat masak memang kena ada stock instant food gini. Banyak lak pilihan. Bagus ni bawak travel. Mudah

    BalasPadam
  14. so many delicious flavors and cant believe they can all be ready to eat in just 5 minutes. so easy and convenient, never have to worry about being hungry again!

    BalasPadam
  15. Unik betul brand produk !! Senang nak ingat dan yang paling penting bagi yang bekerja tu kena la cuba . Kalau tak sure bekejar nak masuk dapur masak kan. Will try it !

    BalasPadam
  16. Wow bestnya. Yang dah kawin ni pun kalau mood malas masak senang guna ni je. Banyak pilihan juga nanti nak try la

    BalasPadam
  17. Wah... mcm2 ada sng jer nak masak dah tersedia org keja lg mudah

    BalasPadam
  18. member akak dah cuba katanya paling sedap yang asam pedas , tapi rasanya semua pun sedap...chicken glaze tu pulak sesuai untuk kids. Boleh beli untuk jadikan stok makanan masa malas masak.

    BalasPadam
  19. wah saya suka sangat2 produk macam ni, memudahkan kerja,tambah2 macam diela ni yang bekerja dan ada anak kecil... tq for sharing.

    BalasPadam
  20. wow! so nice lah. kalau macam ni boleh lah borong bagi penuh peti macam Maha juga. mudah kerja setiap hari untuk anak bujang ni tinggal panaskan je. nak try Daging Masak Lemak tu lah nanti

    BalasPadam