Ayam Goreng,

Ting Tong Ayam Goreng Rangup Sampai Kegigitan Terakhir

Jumaat, Disember 04, 2020 Mahamahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Musim pandemik ni ramai orang terjejas dari segi pendapatan malah juga untuk menyara kehidupan. Makan ramai yang mencari pelbagai alternatif dalam meneruskan kelangsungan hidup untuk diri dan keluarga. Ramai yang telah beralih kepada peniagaan kecil-kecilan dengan membuka gerai pelbagai jualan tak kisah apa sahaja yang penting mampu memberi rezeki yang halal.



Begitu juga dengan pengusaha Ting Tong Ayam Goreng yang Maha dan pergi makan baru-baru ini. Kerana minat dan juga cinta pada masakan dan makanan mendorong pasangan suami isteri Puan Yentie dan En Rosdi Lew mengorak langkah berani membuka gerai ayam goreng. Bukan calang-calang tau ayam goreng mereka ni ada banyak keisitmewaan kalau nak banding dengan yang sedia ada sekarang.




Sebab beliau begitu teliti dan juga begitu menekankan tentang kesegaran ayam makan produk daging ayam yang diperolehi setiap hari digerai ini adalah yang segar baru sahaja di sembelih. Beliau juga menjaga kehormatan bagi peminat makanan terutama orang Islam yang mementingkan akan kebersihan dan Halal. Maka segala bekalan daging ayam diambil terus daripada penyembelihan Halal yang mempunyai sijil pengesahan Jakim.

Puan Yentie dan En Rosdi Lew Pengasas Ting Tong Ayam Goreng


Selain itu juga bagi memberi kelainan dalam hasil ayam goreng yang beliau niagakan makan beliau sendiri menggunakan resipi perapan tepung gorengan daripada 10 bahan utama turun temurun keluarga beliau. Sebab itu bila korang datang makan kat sini tidak akan jumpa lagi rasa ayam goreng seperti ini ditempat lain kerana ia adalah eksklusif Ting Tong Ayam Goreng. Sebab tu Maha suka gilerrr bila pertama kali makan ayam goreng kat sini ia langsung tidak memuakkan malah buat kita nak nikmati semua yang ada.



Pelanggan kat sini dihidangkan ayam goreng yang baru sahaja digoreng dan terus dihidangkan bukan yang telah lama digoreng. Ini kata beliau adalah strategi bagi mengekalkan rasa dan juga kerangupan ayam goreng tersebut. Juga dari segi minyak gorengan pun beliau tidak gunakan ia berulang-ulang kali demi menjaga kualiti hasil gorengan yang seakan kemas-emasan.



Korang boleh tengok sendirilah hasil ayam goreng yang dibuat kat sini memang sempurna cantik dan semestinya sedap. Bukan setakat oran dewasa yang suka kanak-kanak pun suka makan ayam goreng mereka. Ia kurang berminyak dan juga tetap rangup diluar dan berjus isi di dalamnya. Puas hati makan kat sini dengan harga yang mampu beli oleh semua peringkat masyarakat. 



Kat gerai Ting Tong Ayam Goreng ni ada lebih kurang 10 jenis gorengan daripada bahagian-bahagian daging ayam, tauhu dan juga kepada kentang goreng. Bahagian ayam goreng tu ada yang menjadi kegemaran ramai orang iaitu Peha Ayam, Ayam Thigh, Kepak Ayam, Leher Ayam, Pedal Ayam, Rangka Ayam, Kulit Ayam dan juga Kaki Ayam





Jadi bahagian mana korang suka semua ada boleh pilih dengan harga sangat berpatutan. Kalau korang tanya Maha mana bahagian yang paling suka adalah Kulit Ayam dan juga Pedal Ayam hehehe boleh makan begitu sahaja dicicah dengan sos pulak lagi best. Penting korang kena datang ker gerai mereka dan makan di situ sebab ia lebih rasa puas. Kalau korang nak order online pun boleh mereka ada khidmat penghantaran terus kepada anda melalui Grab Food, Food Panda dan MyGO.





Tapi Maha sarang sangat untuk korang datang makan kat gerai mereka yang terletak di 3 kawasan strategik iaitu di AB Coner Wangsa Maju, Medan Niada Lake Field Sungai Besi dan juga kat Abang Besar Cheras. Nanti terbaru mereka akan buka pula kat Melawati. Tak silap Maha gerai mereka buka setiap hari keculi hari Isnin dari pukul 3.30 petang hingga 11.30 malam sahaja. 




Mereka juga nak membuka peluang perniagaan kepada mana-mana rakan-rakan yang terjejas sebab Covid-19 ni dengan meniaga Ting Tong Ayam Goreng. Mereka akan sediakan segalanya termasuk juga dengan menyimpan bahan mentah. Kalau rasa nak ceburi bidang perniagaan ini boleh terus hubungi Puan Yenty di talian 012-2597711

Tau boleh hubungi lelaui sosoal media








14 ulasan:

  1. Menarik.. Kalau LeYa nak try bukak dekat PD, Ting Tong Ayam Goreng ni mesti boleh kan..he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh Leya memang digalakkan sangat mereka ada sediakan segalanya untuk usahawan nak buka cawangan contact no ownernya tu ok..

      Padam
  2. Menarik la..tgok ramai up ayam goreng tu ha..dh la fav akak ayam goreng...mesti sedap ni kan...zaman-zaman pkpb ni meniaga ayam goreng macam ni pun bagus...

    BalasPadam
  3. Comel je nama brand diorang. Sekarang ni memang tengah famous ayam goreng macam ni kan?! Boleh terasa rangup dia tengok gambar Maha ni. Nyummm!

    BalasPadam
  4. Ya Ampunnnn ujian apakah ini! nampak shoooo shedappp! i ken feel the bau! hahahaaha nanti nak cuba lah tq letopan!

    BalasPadam
  5. Sukanya tengok ayam goreng macam ni. Warna dia nampak menyelerakan, kulit nampak crispy and mesti juicy kan

    BalasPadam
  6. Wowwww best nye boleh la membantu sapa yang berhasrat nak berniaga ayam tingtong lepas ni.. Ayam nya pon nampak sedap kalau dekat ni memang fafa terjah dah kedai ni

    BalasPadam
  7. Bestnya tgk ting tong ayam goreng ni. Dah la diorang ambik berat tentang kesegaran. Ayam yang baru disembelih setiap hari. Bukan yang frozen.

    BalasPadam
  8. Tengok ting tong ayam goreng ni sedap je! Kalau free Jen akan dropby dengan BF ye.. dia tentu suka!

    BalasPadam
  9. Uiksss terliur kte tengok ayam goreng ni. Tgk ramai yang review kedai ni..teringin tp jauh dgn kte

    BalasPadam
  10. Those chicken so dammnnn Deliciouuuuuuussssss. Ya Allah bestnya ayam gioreng crispy camtuh makan time panas pana s debng sos

    BalasPadam
  11. Murah harganya, pelabagi pilihan dan paling best bila masak time tu jugak an..wahhh bestnyaaa nak cuba makan

    BalasPadam
  12. Tengok warna ayam goreng dia... lain daripada yang lain o... selalunya golden brown gelap, yang ni shining bright.. perghh! tempting bethol..

    BalasPadam
  13. the price is so worth it! suka sangat makan ayam goreng. tengok pun air liur dah keluar. apa lagi kalau dapat bau bau wangi tu

    BalasPadam