Food Review,

Grilled Butter Chicken Padanan Sempurna Menanti Korang Di The Chicken Rice Shop

Rabu, Disember 02, 2020 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Bukan setakat dalam kehidupan memerlukan pasangan tapi juga dalam menikmati makanan yang enak juga kena padan dengan semua termasuk selera dan juga kesedapannya. Dalam masakan juga pertemuan antara ayam dan mentega dapat menghasilkan satu hidangan yang diperkayakan dengan citarasa yang memikat. Sebab tu kini kembali menu akhir tahun yang paling popular di The Chicken Rice Shop iaitu Grilled Butter Chicken



Pasti ramai yang menanti kembali menu ayam ini dipadankan makan bersama nasi ayam. Maha juga suka chicken butter kat sini kerana ia tak terlalu berlemak sangat dan juga dengan peha ayam tanpa tulang yang diselaputi sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah yang pasti memikat hati rakyat Malaysia. Sekali rasa pasti jatuh cinta macam Maha yang dah memang suka akan menu-menu menarik di TCRS ni.



Set Grill Chicken Butter ni ada dalam banyak set untuk memenuhi keperluan makanan untuk keluarga kecil dan besar. Kalau yang Maha solo ni makan set Meal A iaitu mempunyai Grill Butter Chicken, Pak Choy With Oyster Sauce, Nasi Ayam dan juga Soup of The Day. Set ini sesuai untuk seorang makanan dan isi ayam tu juga sangat besar yer kenyang.



Bagi yang bekerluaga lebih daripada 2 hingga 4 orang boleh ambil Meal B atau Meal C. Kalau yang nak A la Carte untuk ayam mentega juga boleh mereka boleh hantar juga terus kepada korang. Korang juga boleh tambah minum terbaharu mereka iaitu koleksi BoBa. Ada Famous Kuching 3 Layer Tea with BoBa, White Coffee with BoBa, Teh Tarik with BoBa dan juga Hainan Kopi with BoBa. 

Peraduan Penapis Instagram Jadikan GBC Jodoh Anda 


Sekarang ni pula TCRS tengah menganjurkan satu peraduan kepada semua peminat setia makanan mereka iaitu Peraduan Instagram Filter 'Jadikan GBC Jodoh Anda'. Peraduan ini telah bermula dari 16 Nov hingga  20 Dis 2020 ni. Korang mestilah menjadi peminat setia TCRS dengan Follow Facebook, Instagram atau akaun TikTok rasmi mereka. 



Cara penyertaan seperti berikut:
1. Peraduan dijalankan di Instagram Stories, Facebook dan Instagram Feed, dan TikTok
2. Beli Grilled Butter Chicken dari restoran The Chicken Rice Shop, dan ambil gambar.
3. Buka Instagram Stories dan cari penapis "fake video call"
4. Pilih mana-mana penapis "fake video call" dan pilih pilihan "Add Media"
5. Tambahkan foto Grilled Butter Chicken Menggunakan penapis "fake video call", beritahu Grilled Butter Chicken betapa anda menyukainya
6. Muat naik video di Facebook / Instagram Stories atau TikTok (Profil dengan pengikut yang lebih tinggi)
7. Tag @thechickenriceshop dan hashtag #JadikanGBCJodohAnda #TCRS #GrilledButterChicken pada siaran / cerita anda dan pastikan ia dalam tetapan umum.
8.Penyerahan anda tidak boleh mengandungi Ketelanjangan, Perkauman, Seksisme atau Kandungan Sensitif atau Diskriminasi yang lain


Jadi 10 orang pemenang dengan video paling kreatif akan dipilih. Setiap pemenang akan mendapat 1 x e-voucher for Grilled Butter Chicken Meal A. Dapat lagi makan free apa korang tunggu masuk sekarang juga sebelum tarikh tutup. Hehehehe. Mesti menarik dan meriah. Selamat mencuba semua ok semoga korang menang. 

Segala maklumat tentang peraduan dan juga pemenang boleh layari :






0 Pandangan: