Beras Perang,

Minuman Dari Beras Perang Apakah Khasiatnya Masih Sama Dan Bagaimana Rasanya

Jumaat, November 13, 2020 Mahamahu 15 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Ada orang kata bagi orang yang ada penyakit kencing manis adalah digalakkan untuk mengamalkan makan beras perang bagi menggantikan beras putih. Kalau macam Maha sendiri memang tak boleh nak masuk dengan beras perang ni. Almaklumlah dari kecil dibiasakan dengan makan beras putih. Jadi bagaimana cara untuk Maha terus kekal sihat dengan khasiat dan vitamin daripada beras perang ini.



Sekarang zaman makin moden dan teknologi mampu menghasilkan satu ciptaan yang bagus bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit tapi juga pada yang baru belajar untuk mengamalkan makanan sihat. Maka pengusaha Minuman Kopi Beras Perang telah berusaha mengeluarkan dan memasarkan jenama Mayang yang mana objektifnya adalah untuk menjadi pelopor pengeluar produk minuman berasaskan beras perang.



Jadi lepas ni lebih mudah orang seperti Maha untuk nikmati khasiat beras perang melalui minuman. Walaupun dalam bentuk minuman khasiat dan juga manfaat kesihatan beras perang sebahagian besarnya masih sama seperti yang asal. Sebenarnya serat beras perang membantu merendahkan paras kolestrol, menggerakkan sisa melalui saluran penghadaman, menggalakkan kekenyangan dan boleh membantu mencegah pembentukan gumpulan darah.




Kajian menunjukkan bahawa individu yang makan lebih banyak bijirin penuh seperti beras perang mempunyai kurang berat badan berbanding daripada mereka yang makan bijirin penuh dengan kuantiti yang sedikit. Di antara lain faedah kesihatan umum untuk tubuh badan adalah mengawal diabetes, aktiviti antioksidan, mencegah obesity, mengelakkan Alzheimer dan meningkatkan kesihatan jantung.




Betulkan apa yang Maha baca bahawa khasiat sangat banyak tapi sayang kalau Maha tak dapat nikmatinya. Dengan ada minuman macam ni lebih mudah untuk Maha amalkan meminum setiap hari pagi, sewaktu bekerja atau juga minum petang. 

Puan Zainab Binti Sidek Pengarah Urusan Era D Mansion Sdn Bhd 



Era D Mansion Sdn Bhd melalui Pengarah Urusannya iaitu Puan Zainab Binti Sidek telah mengeluarkan dua jenis produk minuman yang bagus dan berkhasiat berasakan beras perang. Dua perisa Minuman Beras Perang Mayang, iaitu, Kopie Perang bagi pengemar kopi dan juga perisa My Berry Drink yang diformulasikan bersama beras perang dan buah berry. 



Maha pertama kali mencuba minuman ni memang rasa susah nak terima kerana rasanya tapi sebab ia adalah minuman yang senang diambil jadi Maha terus tekat untuk mendapatkan khasiatnya. Paling mudah nak sediakan minuman ini kerana ia dalam bentuk sachet yang mudah dibawa. Buka sahaja sachet tu dan isi dalam cawan kemudian masukkan air panas dan kacaukan untuk rasa yang lebih segar. Sebab tu ia sesuai di ambil bila-bila masa jer waktu pagi atau juga waktu bekerja.




Minuman Kopie Perang hanya berharga RM25.00 dan minuman MY Berry RM27.50 bagi setiap satu pek yang mengandungi 10 sachet didalamnya. Ia juga diperakui Halal Jakim. Kalau korang tanya mana nak beli Produk Minuman Beras Perang jenama Mayang ni, Maha akan cadangkan dibeli terus melalui rakaniaga Mayang diseluruh Negara. Sekarang ni musim pandemik korang juga boleh beli di kedai atas talian seperti Facebook, Lazada dan Shopee.



Ditambah teruk lagi ramai yang hilang sumber pendapatan dan pekerjaan kerana covid, jadi jika berminat untuk menjana pendapatan sampingan dan masa sama mengekalkan kesihatan boleh hubungi mereka sekarang. Tak silap Maha mereka ada menyediakan pelan perniagaan yang dapat membantu menjana ekonomi keluarga dalam keadaan genting dan sukar ini. Ada peluang tak salah mencuba selalunya perkara baik dikongsi ada manfaatnya kepada kita dan semua orang. Boleh tak macam tu!!

Sebarang pertanyaan dan juga maklumat lanjut boleh hubungi di sini :






15 ulasan:

  1. such great info you have there. thank you for sharing. I have a great time reading it!

    BalasPadam
  2. azni peminat kopi... tapi tak dapat bayangkan kopi beras perang ni rasa mcm mana

    BalasPadam
  3. Sal dah la suka kopi. Bila baca review Maha cam teruja lak nak try. Recommend please...hehehe. Teruja nak tau part rasanya tu

    BalasPadam
  4. It looks so good!I am so going to try this! Thanks for sharing! I love coffee~

    BalasPadam
  5. Setahu Marsha beras perang ni memang untuk turunkan bacaan kolestrol. Orang diabetik pun sesuai makan beras perang. Kalau kopi ni boleh ke orang diabetik amalkan?

    BalasPadam
  6. wah nampak best pulak minuman ni. first dengar nama kopi ni. bolehkah nanti cuba. packaging pun menarik! :)

    BalasPadam
  7. Bagus ada kopi beras perang tu, tambah2 lagi untuk yg ketagih kopi mcm saya ni. At least, sambil hilangkan ketagih, boleh juga jaga kesihatan.

    BalasPadam
  8. Yang coffee addicted cam Sisyat ni kena test sekali kopi perang ni..khasiat banyak kan sebab dari beras perang.😊

    BalasPadam
  9. Pernah minum minuman beras perang sebelum ni. Sedap juga, rasa kenyang yang lama. Nanti nak cuba jenama yang ini pula. Siap ada perisa sedap tu.

    BalasPadam
  10. Start abah diagnosed kencing manis dan kolesterol, memang satu rumah LH makam beras perang. Mula-mula tu rasa pelik tapi lama-lama ok aje bila dah boleh adapt. Bila dekat luar nak makan nasi putih pula jadi pelik. Haha.

    BalasPadam
  11. Wahh banyak khasiatnya ye.. awasss pasni kalo jumpe awak tak slim ye haha

    BalasPadam
  12. Macam rasa tak boleh hadam plak kopi tapi guna beras perang, sesuatu yang agak unik bagi Sis yang peminat kopi ni.. memang kena cuba ni, kot mana tau kan, minum-minum ehhh terkurus plak hahahaha

    BalasPadam
  13. Menarik juga flavor kopi beras perang ni.. something yang i tak pernah try sebelum ni.. Berry drink tue pun nampak tempting dan sedap... boleh la try nanti..

    BalasPadam
  14. tengok pada pembukusan tu pun tertarik je rasa nak membeli.. mesti sedap kan Maha? TB suka juga minum berkhasiat macam ni.. nak pulak ada perisa berries2 ni.. nyum2.. hehehe

    BalasPadam
  15. pertama kali rasa kopi berasaskan beras perang, minuman beri pun sama...mmg pelik tapi sedapppp!

    BalasPadam