Amazing MK,

Serlahkan Kekuatan Diri Sendiri Melalui AMAZING MK

Selasa, Oktober 13, 2020 Mahamahu 15 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Siapa sini yang mahu mempunyai empayar business yang berjaya dan hidup mewah dengan segala-gala yang kita nak boleh dapat. Bila kita tengok ramai usahawan luar sana yang buat perniagaan senang untuk berjaya. Kenapa bila masa kita nak buat ada sahaja halangan yang tak membantu dalam usaha kearah kejayaan itu. Mungkin juga ada yang dah buat perniagaan tapi tak pernah puas dengan apa yang dicapai hanya pada tahap itu sahaja tak boleh nak berkembang lagi.



Kat mana korang rasa silapnya kita dalam membuat perniagaan atau juga menentukan arah hidup kita. Adakah kita kurang ilmu dalam perniagaan atau juga kita ni memang tak boleh berniaga. Sedangkan Rasullullah S.A.W sendiri juga merupakan seorang peniaga terkenal sebelum diangkat menjadi Rasul. Jadi mengapa kita tidak. Dimana silapnya semua ini atau memang kita akan sentiasa berada pada takok lama dan tidak boleh merubah diri.

Sebenarnya tiada yang silap pun tapi kita tak tahu cara sebenar sebelum memulakan sesuatu dalam perniagaan mahupun dalam menentukan kehidupan kita. Paling penting sebenarnya kita kena kenali diri kita sendiri dulu. Maksudnya kenali kekuatan dan kemampuan yang ada dalam diri kita sebelum kita kembangkannya menjadi sesautu yang lebih terserlah. Macam mana nak kenali diri kita adakah dengan hanya mengadap cermin dan tenung baru kita kenal siapa diri kita.



Sebenarnya ada cara paling berkesan dan juga yang ditunjukkan dalam Islam sendiri untuk mengenali kekuatan diri sendiri. Iaitu melalui cap jari. Bukan buat tilik nasib seperti mana amalan kurafat kat luar sana. Ia lebih kepada kajian teknologi yang dibangunkan dengan menggunakan fakta dalam Al Quran dan Hadis. Tenyata pada cap jari kita ini ada saraf dan juga sel-sel yang berhubung terus kepada anggota badan dan juga otak dalam merangsang akan kekuatan dan kelebihan seseorang.

Sebab itulah setiap jari manusia tak ada akan sama antara satu dengan orang lain dan ia menjadi salah satu pengenalan diri paling dipercayai untuk digunakan secara meluas seluruh dunia. Maha tahu akan keunikan cap jari manusia ini tapi tak tahu bahawa daripada cap jari ini juga boleh menentukan kekuatan dan kelebihan seseorang disebalik diri dan personaliti yang dimiliki oleh seseorang itu.

AMAZING SUCCESS


Itulah yang diterapkan dalam seminar Amazing Success. Korang pernah dengar tak pasal seminar ini. Bukan seminar biasa-biasa yang kita tengok orang selalu memekak dan juga buat perlbagai tarian atas pentas untuk menarik minat semata-mata. Amazing Success ini menggunakan teknologi dari negara Indonesia yang dibangunkan untuk mengenali kelebihan diri melalui peralatan yang dipanggil Amazing MK atau pun Mesin Kecerdasan.



Apa itu Mesin Kecerdasan? Ia bukan alat senaman yer tapi ia adalah satu peralatan yang dibangunkan untuk mengambil sepuluh cap jari yang kita ada dan ia akan dirumuskan melalui cara pengiraan yang terlah ditetapkan melalui teknologi yang dikaji dan mengeluarkan keputusan yang ada dalam diri kita melalui mesin tersebut. 



Keputusan daripada Amazing MK ni terbahagi kepada 5 sifat manusia yang telah dikaji iaitu Thinking, Sensing, Intuiting, Feeling dan Insting. Jadi setelah korang mengenali diri dan personaliti yang tersembunyi ini baru korang ditentukan cara dan bagaimana untuk mengembangkannya. Korang akan dikumpulkan mengikut result daripada mesin tesebut untuk memudahkan penyampaian oleh fasilitator yang mahir dan berpengalaman dalam bidang ini. Itu yang menjadikan seminar Amazing Success ini sangat unik dan lain daripada yang lain. Mereka mengajar cara berjaya bukan ikut cara fasilitator tapi mengikut kekuatan dan cara yang ada dalam diri korang sendiri. 

AMAZING MK

Ini kerana sebelum korang masuk atau menyertai seminar ini korang kena buat pengujian melalui Amazing MK dan di situ korang akan dibahagikan mengikut hasil daripada mesin tersebut. Fasilitator akan mengetahui kelebihan dan kekuatan korang melalui result terbut dan disitu mereka akan membimbing korang dengan cara yang lebih berkesan dan juga lebih tepat dengan kekuatan dalam diri korang. Juga daripada result Amazing MK tu korang akan terus mengamalkan segala yang diajari agar ia menjadi kebiasan dan juga cara yang betul untuk mendidik diri berjaya dan terus berjaya.



Amazing Success ini bukan sahaja fokus kepada seminar untuk usahawan atau peniagaan sahaja mereka ada banyak sebenarnya cabang. Tapi yang paling kerap dan juga rakyat Malaysia cari sekarang ini adalah membina peniagaan, pengurusan kewangan dan juga saham. Almaklumlah sekarang ni kita diapit dengan kesempitan dalam keadaan pendamik yang melanda membuatkan ramai orang hilang pekerjaan dan mula nampak untuk berniaga dan juga mencari peluang lain dalam diri sendiri.

Di situ lah mereka Amazing Success ini membantu rakyat Malaysia berjaya. Walaupun cara ini masih terlalu baru di Malaysia tapi ia telah terbukti berkesan dalam membimbing ramai rakyat Malaysia untuk yakin diri dan menggunakan cara betul untuk berjaya. Sehingga hari ini sebanyak tiga kali seminar telah dijalankan di tiga lokasi berlainan iaitu di Desaru Johor, Puchong Selangor dan Kulai Johor. Seminar mereka selalu akan diadakan selama 2 hari 1 malam. Kalau korang nak tahu lebih lanjut dimana lagi seminar yang akan diadakan dan masa yang ditetapkan boleh layari laman Facebook Page Amazing Success.



Maha belum lagi mengikuti kelas seminar mereka kerana baru sahaja tahu pasal program ini. Rasa teruja juga untuk menyertai dan juga mengetahui bagaimana ia berjalan dan apakah kekuatan diri Maha melalui ujian peralatan Amazing MK ni. Ia terbuka kepada semua orang tak kira usia atau juga jantina serta bangsa. Yang penting kita nak mengubah diri kita dan mencari kekuatan yang ada dalam diri. Tunggu nanti Maha akan update banyak lagi tentang program ini ini bila dah join seminar mereka dalam masa terdekat nanti ok.


Image by MichaelGaida from Pixabay





15 ulasan:

  1. Tak sabar nak ketahui apa kelebihan dan kekurangan diri dari kelas ini. Jangan lupa ajak Rawlins ye.

    BalasPadam
  2. seminar ni nampak interesting ,nak tau lebih lanjut lagi. moga moga mahamahu teruskan topic seminar kekuatan diri ni, sbb nak tau hasil

    BalasPadam
  3. LH jadi tertanya pula apa kelebihan diri LH. LH di kategori yang mana agaknya.

    BalasPadam
  4. Wow panjang lebar ulasan awak. Awak duta MK kan? Haha sy dengar ada kelas yg awak join so sy nak join gak la sebab awak idola saya haha

    BalasPadam
  5. Nanti share ye mahamahu pasal seminar ni. Nak tahu juga apa kelebihan diri sendiri..hehe

    BalasPadam
  6. Baguslah ada kelas macam ni, menarik perhatian pada mereka yang ingin menyertai dan tercari-cari ... moga bermanfaat pada semua

    BalasPadam
  7. Nanti bila dah pegi seminar ni, jangan lupa tulis review ya? :-)

    BalasPadam
  8. Kalau untuk kebaikkan tak apa pun jika nampak macam menilik, supaya kita tau kelemahan kita so kita boleh usaha nak memajukan diri kann.. Bagus laaa, kalau ada buat kat Johor bileh gak join sekali...

    BalasPadam
  9. Menariknya. Guna result dari jari je pun dh boleh nilai kelebihan dan kelemahan kita. So that boleh lah fokus utk perbaiki diri kan.

    BalasPadam
  10. Best juga seminar dari Amazing MK ni.. part paling penting kita dapat mengenali diri kita melalui cap jari dan focus on our strength jer lepas ni...

    BalasPadam
  11. Baru tau pasl seminar ni.. Siap boleh tau ye diri kita melalui cap jari. Hebatvsangat ni..

    BalasPadam
  12. Pernah beberapa kali juga dengar tentang seminar Amazing MK ni. Menarik juga ya approach yg digunakan. Lebih drpd digunakan dlm bisnes, peserta pun dapat lebih memahami dan mencari kekuatan diri sendiri!

    BalasPadam
  13. Sesiapa yang berniaga eloklah ambi peluang pergi ke semibar macam ini untuk belajar..

    BalasPadam
  14. Seminar macam ni bagus utk peningkatan diri dan prestasi.. kann

    BalasPadam
  15. Join seminar mcm ni mmg bagus utk memajukan diri dlm apa bidang pun terutamanya yg berkaitan dgn bisness

    BalasPadam