Fast Food,

Papan Tanda ‘Mekdi’ di 16 Restoran McDonald’s Pilihan Rakyat Malaysia

7:00 PG Mahamahu 18 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Sekarang ni kita masih rancak dalam bulan Kemerdekaan dan juga Hari Malaysia. Macam-macam caralah rakyat Malaysia nak menzahirkan rasa cinta dan sayang mereka kepada negara bagi menyemarakkan lagi bulan penuh bermakna ini. Tidak terlepas juga restoran makan kegemaran rakyat Malaysia iaitu McDonald’s dalam memeriahkan lagi bulan kemerdekaan ini.

Namun kali ini lebih menarik dan juga lebih dekat dengan jiwa Malaysia dimana McDonald’s dengan rasminya telah mengubah papan tanda nama bagi enam belas restoran pilihan rakyat Malaysia kepada nama ikonik mereka iaitu Mekdi. Kalau sebelum ni tahun lepas kita pernah tengok papan tanda ini dipasang di restoran pertama McDonald’s Malaysia iaitu Bukit Bintang kini ia telah merebak ke seluruh Malaysia.



Sebab sebelum ini kalau tengok ramai orang bergambar dan juga mengabadikan papan tanda Mekdi kat Bukit Bintang sahaja, tapi tahun ini ditambah menjadi enam belas restoran dengan papan tanda Mekdi dipasang melalui undian restoran pilihan rakyat Malaysia. Korang boleh kunjungi enam belas restoran Mekdi tersebut di lokasi seperti berikut :

1. McDonald’s Bukit Bintang
2. McDonald’s Titiwangsa
3. McDonald’s KLCC
4. McDonald’s Putrajaya, Presint 2
5. McDonald’s Kuala Selangor
6. McDonald’s Greenlane, Penang
7. McDonald’s Jln Gopeng, Ipoh, Perak
8. McDonald’s Stulang Laut, Johor
9. McDonald’s Kulai, Johor
10. McDonald’s Kuala Pilah, Negeri Sembilan
11. McDonald’s Taman Buaya, Malacca
12. McDonald’s Teluk Cempedak, Pahang
13. McDonald’s Kota Bahru, Kelantan
14. McDonald’s Kuala Terengganu, Terengganu
15. McDonald’s Kuching 1, Sarawak
16. McDonald’s Api-Api, Kota Kinabalu, Sabah

Menurut kata Puan Hajjah Melati Abdul Hai Naib Presiden dan Ketia Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia papan tanda ini akan dipasang di enam belas restoran Mekdi ini selama sambutan bulan kemerdekaan. Jadi pengunjung yang berada di seluruh Malaysia boleh bergambar dan juga memuat turun gambar bersama papan tanda Mekdi ini kerana ia akan diturunkan semula selepas sahaja tamat sambutan bulan kemerdekaan nanti. Majlis pelancaran papan tanda Mekdi telah diadakan baru-baru ini di Restoran McDonald’s Pandu Lalu Putrajaya.

Puan Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia



Selain daripada papan tanda baru, Mekdi juga memperkenalkan sentuhan baharu kepada Nasi Lemak McD yang cukup popular sekarang ini. Hidangan ini boleh dinikmati bersama dengan Rendang Ayam atau Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB). Kalau korang tanya Maha paling urhmm sekali mestilah Nasi Lemak dengan Rendang Ayam kombinasi terbaik dan meletop lah rasanya.



Harga untuk Nasi Lemak McD dengan seketul Rendang Ayam boleh didapati dengan harga RM16.99 bersama dengan Teh Ais Limau. Manakala harga bagi Nasi Lemak McD dengan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB) bersama Teh Ais Limau harga RM14.99. Korang dah boleh nikmati semua ni bermula sekarang di semua restoran McDonald’s seluruh Malaysia. 



Tak habis kat situ sahaja, McDonald’s juga memperkenalkan set lengkap termasuk dengan pencuci mulut yang dekat dihati rakyat Malaysia iaitu McFlurry Cendol baharu dan aiskrim berperisa Cendol. Juga ada Pai Jagung untuk menambah lagi kepelbagaiaan juadah hebat sempena dengan bulan kemerdekaan ini. So korang tunggu apa lagi, boleh pergi selain bergambar dan juga boleh cuba menu baharu Mekdi ni pasti akan menjadi memori terindah di bulan kemerdekaan ini.


Walaupun banyak perniagaan terjejas kerana disebabkan oleh pandemik Covid-19, McDonald’s tetap masih teguh dan akan terus mengembangkan sayapnya dimana bakal membuka lebih banyak sehingga 450 restoran menjelang tahun 2025 nanti. Juga McDonald’s akan meneruskan pengembangan bakat dan kemahiran tenaga kerjanya dan akan menambah lagi seramai 10,000 tenaga kerja bagi memenuhi permintaan yang akan datang nanti.



Maha dah sempat bergambar dengan papan tanda Mekdi dan juga telah menikmati menu baharu mereka. Korang bila lagi jangan tunggu kerana ia bagi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan dan cuti ni boleh bawa keluarga pergi ke restoran Mekdi. Nanti korang tinggal komen kat sini kalau dah cuba menu baru McDonald’s ni ok. Kalau upload gambar bersama papan tanda Mekdi tu tag lah Maha sekali hehehe. Selamat bercuti dan selamat menjamu selera semua.


#Mekdi 
#McDonaldsMalaysia 
#NasiLemakMcD





18 ulasan:

  1. yay, jom kita support local product pulak after this .. tingkat kan ekonomi

    BalasPadam
  2. Menarik bila rebranding dengan nama "MEKDI".. sangat sesuai nama tue dan sangat dekat di hati seluruh rakyat Malaysia kan.. :)

    BalasPadam
  3. Yesss, sebutan Mekdi lebih dekat dihati sebab memang dari dulu pun duk sebut gitu. Jarang la sebut penuh. Tapi kenapa signboard tu hanya untuk bulan kemerdekaan je?? Alangkah bagusnya kalau permanent

    BalasPadam
  4. wahh rasa best plak tukar jadi mekdi. baru rasa macam malaysian local restaurant haha

    BalasPadam
  5. uihhh nampak gaya macam nak suh pi hunting signboard mekdi pulak ...tapi menarik jugak kan kalau dikekalkan...barulah nampak identiti Malaysia yang berbilang kaum ini ...

    BalasPadam
  6. Nama macam ni lebih catchy dan komersial. Suka tengok dan dengar bika disebut

    BalasPadam
  7. Dah tukar ke Mekdi ya. So hipster. org pun kalau sebut selalunya mekdi mekdi, padahal ejaan mcd. ada baiknya dia tukar senang haha

    BalasPadam
  8. Memang ye pun kannn, kalau biasa nak makan McD kita akan sebut 'Mekdi', so sesuai sangatlah bila di tukarnya nama tu... Aishh kecur plak nasi lemak dia tu...

    BalasPadam
  9. hihi saya pun biasa sebut mekdi. sesuailah dengan lokaliti kita

    BalasPadam
  10. Terbaek kan! I dah ambil gambar kat Putrajaya and Bukit Bintang outlet. The nasi lemak McD with rendang ayam sambal dia memang powerrr!

    BalasPadam
  11. Yes. Nanti nak pergi yang Putrajaya nyer and try mcflurry cendol tu. Yang nasi lemak rendang Rawlins dah try dah

    BalasPadam
  12. Jom pergi makan mekdi sekarang. Nak dapat Cendol McFlurry...tapi memang susah lar.

    BalasPadam
  13. Mekdi sebutan org Malaysia tu baru betul, dah ada McFlurry Cendol nti blhlah cuba

    BalasPadam
  14. Yeah, kita pun nak selfie kat sign board mekdi ni, unik kan. Malaysia sangat

    BalasPadam
  15. Kat muar takde plak. Cuma nampak staff dorang je pakai baju mekdi. Huhu

    BalasPadam
  16. Haaaa jom mekdi.. Hihi kita Malaysian ni abes semua benda di rojakkan dah..

    BalasPadam
  17. Haritu baru pergi Mekdi. Sini takde Mekdi. Nanti turun Jb boleh la nikmati hidangan yang lain..

    BalasPadam