Baju Melayu,

Balik Kampung Sale Untuk Pemakai Bersaiz Besar Di Bob Rock Apparel

Isnin, Julai 27, 2020 Mahamahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Terus terang Maha cakapkan ini adalah salah satu butik tempat Maha untuk cari baju mahu pun seluar kerana saiz yang ada kat sini sangat sesuai dengan bentuk badan Maha yang comel ni wakakakaka. Sejak pertama kali beli kat butik ni terus jatuh cinta dan juga memang kalau nak cari pakaian daripada Baju Melayu, Kurta, Baju Kemeja atau Batik, butik ni lah yang Maha pergi.

Butik mana yang Maha maksudkan ianya adalah Bob Rock Apparel yang terletak di Plaza Shah Alam Selangor. Mungkin agak jauh sikitlah bagi orang KL nak pergi sana cari baju tapi bagi Maha sangat berbaloi kerana akan dapat pakaian yang dikehendaki dan juga sangat puas hati. Boleh beli sekali baju dan seluar tiga empat pasang sekali. 



Paling kecil yang ada kat sini adalah saiz XL sehingga kepada 6XL tau memang bagus. Jangan malu dengan saiz yang kita ada kerana itu anugerah kita kena gayakan agar orang tak pandang rendah pada orang comel-comel macam kita ni hehehe. Kebanyakkan pakaian kat sini adalah rekaan khas dan juga kain berasaskan Signature Oxford Cotton dengan bereksperimen pelbagai warna dan design yang berani.



Pakaian kat sini bukan sahaja sesuai untuk orang lelaki orang perempuan pun ada juga tau. Ia kena dengan potongan badan orang asia yang bersaiz besar. Macam yang Maha gayakan ini iaitu baju Bahamas Foresta Shirt. Ada tiga warna yang menarik iaitu hijau macam yang Maha pekenakan ini dan juga biru. Selesa lembut jer kainnya boleh lah bawa pergi acara yang casual sikit hehehe.




Selain tu juga ada koleksi yang menawan hati Maha seperti Bahamas Sketch Shirt dan Bahamas Batik Shirt. Kalau untuk kemeja Maha suka juga kat sini antara koleksi terbaru mereka iaitu Kemeja Lestari dan Kemeja Arjuna. Boleh pakai pergi kerja atau kenduri kahwin sangat sesuai. Tapi buat masa ni yang ada hanya berlengan pendek sahaja. 

Balik Kampung Sale 


Promosi sempena dengan Hari Raya Qurban yang akan datang tak berapa lama lagi ni butik Bob Rock Apparel juga mengadakan promosi istimewa. Balik Kampung Sale ini telah bermula daripada 24 Julai hingga 2 Ogos 2020 ni. Promo ini adalah sekiranya lagi banyak korang berbelanja, lagi jimat, macam mana tu? 

Kalau korang beli mana-mana pakaian 2 helai akan dapat diskaun 5%, manakala kalau beli 3 helai akan dapat diskaun 10% dan juga kalau beli 5 helai & lebih akan dapat diskaun 15%. Nak lagi murah korang daftar di website Bob Rock hari ini dan akan terima Kod Diskaun Tambahan sebanyak 10% melalui emel yang telah didaftarkan. So kat situ dan ada lagi diskaun tau memang menarik gilerr.




Cuma promo ni tak terpakai kepada pakaian yang telah ada diskaun dan juga kepada aksesori tambahan. Maha hari minggu lepas terus rembat 3 sekali baju memang puas hati. Pulak tu nak raya ni nak cari Baju Melayu atau Kurta pun ada kat sini. Sekarang ni tengah ada kurta design baru iaitu Kurta Yunus dengan 3 warna pilihan dan juga Kurta Idris Relax Fit dengan dua warna pilihan serta Kurta Adam V2 Relax Fit Short Sleeve.




Jadi tak susahlah orang yang saiz gebu dan comel macam Maha ni nak cari pakaian dan bergaya walaupun saiz besar. Memang membantu lah ada butik macam ni tak pening nak tempah makan masa lama hanya pergi cari saiz puas hati dan beli. Layan staff mereka pun sangat bagus dan sangat membantu kalau kita perlukan penerangan serta nak dapatkan pakaian yang sesuai. Ramah lah staff mereka korang boleh pergi sendiri dan tengok macam mana mereka melayan semua pelanggan yang datang. 

Maklumat lanjut boleh dapatkan di sini:
Tel : 03-5513 3588 / 011-1009 1302
Email : bobrocklovelily@gmail.com
Alamat : BOB ROCK LOVELILY
               Lot F15, Level 1
               Plaza Shah Alam (Plaza Masalam)
               Jln Tengku Ampuan Zabedah E9/E
               40100 Shah Alam, Selangor








17 ulasan:

  1. It is good that there are still boutique who is thinking about plus size people. Well done.

    BalasPadam
  2. Diantara butik plus size yang Ruby suka. Masa keje Shah Alam, memang jadi PS untuk kawan-kawan plusize. Hehehe. Nanti nak pi visit lg. Cantik betul koleksi kali ni.

    BalasPadam
  3. wahhhh nice semua pilihan baju dia.. boleh la suggest dekat kawan kawan dengan sedara mara

    BalasPadam
  4. Wow......menarik nyer fashion2 Di Bob Rock Apparel nie. First time I heard of this brand . Thank you for sharing.

    BalasPadam
  5. nicelah kedai macam ni. kesian juga mereka yang bersaiz besar, susah nak pilih baju

    BalasPadam
  6. Bagus ada butik khas pakaian size plus ni. Lagi2 pompuan susah nak cari design lawa2 ni.

    BalasPadam
  7. cun sangat lah ada kedai pakaian bersaiz besar macam ni sebab susah sangat nak cari sebab rata-rata kedai ada saiz kecil je. Design pun lawa!

    BalasPadam
  8. Menarik juga koleksi Bob Rock ni... Cantik designnya... Sempoilah... Nama brand pun catchy dan mudah diingati gitu... #syabas #tahniah

    BalasPadam
  9. Geramlaaa nengok semuanya, saiz kita plak tu..memang nak singgah juga ni kalau pergi Shah Alam, nak kena cari gak kedainya...

    BalasPadam
  10. Banyak baju.menarik kat sini... And harga dia pun sangat berpatutan

    BalasPadam
  11. Bagus snagat ada juga baju utk orang size besar ni kan.. Takda la diaorg terpinga2 mana nak cari baju.. Boleh share ni, mungkin tak rami tau tempat ni

    BalasPadam
  12. Wow smart tu bajunya Maha.. Memang bergaya kalau balik kampung nanti. Harga kat kedai ni pun nampak berpatutan dan yang penting designnya cantik-cantik

    BalasPadam
  13. Biasa singgah kedai ni dekat plaza masalam seksyen 9 Shah Alam tu. Senang sgt nk cari. Tgk kedai ni selalu penuh org. Yelah nk cari size besar, tk semua kedai ada. Kalau korang cari extra size, walk in terus sini

    BalasPadam
  14. Wow cantik2 juga design nya baju dari bob apparel ni ye. Bole la beli utk suami nnt.

    BalasPadam
  15. cantik semua design baju. and banyak pilihan. best best nanti blh singgah and beli

    BalasPadam
  16. Sekarang ni mrk yang plus size dah mudah membeli baju sbb dah banyak kedai begini.

    BalasPadam
  17. Wah best juga kedai ni banyak pilihan and stylo baju bersaiz besar

    BalasPadam