Dinner,

Hotel Maya Kuala Lumpur Membuka Restoran Untuk Menikmati Juadah Enak Dengan Normal Baharu

Isnin, Jun 22, 2020 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah setelah lebih kurang 3 bulan kita menghadapi situasi yang sangat genting dan juga diluar kebiasaan dengan PKP kini kita telah masuk kepada fasa yang lebih menenangkan. Ye lah kerajaan pun telah umumkan PKPP sekarang ni dimana hampir semua sektor industri telah mula beroperasi termasuk juga bidang perhotelan.

Salah satu yang terkesan teruk akibat dengan pendemik ini adalah sektor pelancongan dan perhotelan. Ada setengah sektor langsung tidak dapat beroperasi dan terus gulung tikar. Namun masih ada yang mampu bersaing dan juga terus hidup dalam normal baharu ini termasuk juga Hotel Maya Kuala Lumpur. Salah satu hotel yang terletak di tengah Kota Kuala Lumpur.

Kini Hotel Maya telah mula membuka restoran yang ada didalamnya untuk menyambut kedatangan tetamu menikmati juadah yang enak dan cara dan inovasi baharu. Kalau korang biasa datang hotel ni terdapat beberapa restoran popular mereka seperti Japanese and Cantonese Restaurant, Still Waters, Maya Brasserie dan Ramah Tamah Restaurant.



Namun kali ini demi mengikut prosedure dan SOP yang ditetapkan kerajaan mereka akur dan juga melaksanakan semua itu seperti penjarakan sosial, menyediakan pencuci tangan, dan juga peralatan yang lebih selamat. Tidak kurang juga melakukan nyah kuman pada semua restoran dan juga perkakasan mereka sebelum memulakan operasi. 



Terdapat pelbagai pilihan Menu Set termasuk makanan Malaysia, makanan Barat dan Jepun. Mereka juga menggalakkan untuk tetamu menempah Menu Set kerana menampilkan kelainan baharu. Menu Set dicipta khas untuk pengunjung yang datang makan lebih dari 2 orang diantaranya adalah seperti Japanese Breaded Tiger Prawns; Stewed Australian Ribeye with Miso Paste, Braised Hot & Sour Szechuan Soup, Braised Duck with Ginger and Fresh Shiitake Mushroom, Creamy Chicken with Curry Leaves and Homemades plum Sauce & Shredded Young Mango dan Supreme Spicy Soya Sauce Tiger Prawns



Ada juga pencuci mulut yang enak seperti Chilled Sea Coconut with Longan and Lemon Syrup, Double Boiled Dried Pear with Chrysanthemum, Sea Bird's Nest, White Fungus dan Dried Longan. Terdapat tiga pilihan Menu Set yang berbeza bermula dari RM60 untuk dua orang dan tambahan RM20 untuk setiap orang seterusnya. 


Bagi yang nak cuba menu Ala Carte dari masakan Malaysia sangat sesuai untuk mencuba seperti Nasi Kerabu dengan Ayam Goreng Berempah, Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah, Nasi Goreng Sayur Zaitun, Work Fried Shell-less Tiger Prawns dengan Butter dan Golden Oat dan Butter Squid dengan Salted Egg Yolk. Harga pula bermula dari RM8 dan seterusnya. Makan malam hanya tersedia pada hari kerja (kecuali Cuti Umum) dari jam 11 pagi hingga 8 malam (pesanan terakhir pada 7 malam).

Hotel ni juga menawarkan Maya Meals Home untuk korang yang lebih selesa menikmati juadalah dengan memilih menu yang sama tetapi di rumah sendiri. Ni semua korang boleh tempah melalui atas talian di laman hotelmayakl.beepit.com. Penghantaran percuma untuk minimum RM60 dalam radius 5KM dan minimum RM80 dalam radius 10KM dari hotel. Bukan itu sahaja, nikmati pulangan tunai kedai 10% untuk pesanan dan yang seterusnya. Tempahan ni boleh buat setiap hari dari jam 11 pagi hingga 8 malam.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Talian : 03-2711 8866
Email : info@hotelmaya.com.my







0 Pandangan: