California Raisins,

Tips Yang Boleh Diamalkan Untuk Menyediakan Juadah Sihat di Hari Raya

Jumaat, Mei 22, 2020 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Tahun ni kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan suasan yang berbeza daripada normal biasa memandangkan kita masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Semua aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang biasa dilakukan perlu dihadkan bagi mencegah wabak COVID-19 terus merebak.

Sebenarnya ada hikmah daripada semua ini kerana ia memberi peluang kepada kita untuk cuba memasak dan menyediakan makanan sendiri di rumah. Bagi Maha ini pertama kali raya sendiri dan menyediakan juadah Hari Raya yang selalu emak sediakan di pagi raya. Ini masanya Maha nak menyediakan juadah sihat di Hari Raya. Ada beberapa tips yang boleh kita gunakan ketika menyediakan masakan pagi raya seperti :

Gunakan daging yang dibuang lemak dan ayam yang telah dibuang kulit.
Gunakan susu rendah lemak
Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut raya dan kek.
Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam kuih-muih, kek dan puding.
Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan kismis.

Kebanyakan dari kita cuba mengurangkan pengambilan gula tetapi dalam masa yang sama ingin kekalkan rasa kemanisan biskut dan kuih raya. Sebagai alternatif, kismis boleh digunakan bagi menggantikan gula kerana ia manis secara semulajadi dan tiada gula tambahan.
Photo Dietitian Adiba - KPJ Damansara

Kismis California sesuai digunakan untuk penyediaan pencuci mulut, biskut dan kuih raya. Kismis California mudah didapati di pasaran untuk kegunaan dalam resepi masakan.  Tambahan pula, Kismis California dikeringkan di bawah matahari dan rasa manis buah kering ini terbit secara semulajadi. Ini menjadikan kismis California snek berkhasiat yang sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur.

Harga Kismis California berpatutan dan mudah didapati di pasar raya dalam bungkusan makanan ringan dan senang dibawa. Mungkin Syawal ini Maha boleh menyediakan biskut Raya, pencuci mulut atau hidangan utama dengan menggunakan Kismis California. Ia boleh menggantikan penggunaan gula. Kat sini ada dua resepi ringkas yang Maha dah cuba menggunakan Kismis California iaitu Puding Roti Kismis CALIFORNIA Dengan Sos Kastard. 

Bahan-Bahan
A) Puding Roti:
60 gm Kismis California
8 keping roti putih
500ml susu rendah lemak
2 biji telur,saiz sederhana
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil esen vanila

B) Sos Kastard
•       300ml susu rendah lemak
•       1 sudu kecil gula
2 sudu besar tepung kastard

Bahan tambahan:
1 sudu kecil mentega untuk gris permukaan loyang

Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan oven 10 minit pada suhu 180°c.
2. Satukan susu rendah lemak, 30 gm Kismis California, telur, gula dan esen vanila dalam satu bekas. 
3. Koyakkan roti atau boleh potong 4. Kemudian rendam roti ke dalam campuran tadi. Pastikan semua bahagian roti terendam dan meresap bahan cecair tadi.
4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris mentega. Taburkan baki kismis, 30 gm ke atas adunan puding roti. Biarkan dalam 10 minit.
5. Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit.
6. Untuk sos kastard, campurkan semua bahan B ke dalam periuk dan kacau hingga menjadi pekat. Gunakan api kecil.
7. Puding roti boleh dipotong dan tuang sos kastard ke atas puding roti.

Resipi kedua Salad Sayur Bersama Kismis CALIFORNIA

Bahan-Bahan
60 gm Kismis California
Daun salad (merah dan hijau)
Ceri tomato
Lobak merah, hiris panjang
Sos salad (thousand island dressing)

Cara-cara penyediaan:
1. Basuh dan toskan daun salad, kemudian potong kecil.
2. Dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan-bahan. Gaul rata bersama sos salad dan sedia dihidang.
3. Sesuai dinikmati sebagai snek (sejukkan dahulu) atau boleh dihidang bersama hidangan utama semasa perayaan. 

Kalau korang nak tahun maklumat lanjut mengenai fakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, boleh layari laman web  raisins.org dan caraisins.com Maha pun selalu melawati laman sesawang ini untuk cuba resipi terbaru dan menarik. Ada yang tak pernah kita rasa mungkin ini masanya menikmati lain daripada yang lain. Selamat mencuba semua ok.








1 ulasan: