Buka Puasa,

Bawa Balik Juadah Ramadan Ta'pau Selera Kampung Dari Vivatel Kuala Lumpur

Ahad, Mei 03, 2020 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan dan peluang untuk terus merasai Ramadan tahun ini walaupun dalam serba berjaga-jaga terutama dengan serangan pendamik Covid-19. Semua orang terkawal pergerakkan dan tak kurang juga Maha yang banyak habis masa kat rumah. Tapi bila time nak berbuka puasa tu sibuk lah mencari juadah. Lokasi yang selalu menjadi jualan bazar Ramadan pun dan tak boleh buka sekarang ni. So buat tempahan melalui call atau whatsapp sahaja lah.

Nasib Vivatel Kuala Lumpur ada menyediakan juadah berbuka istimewa Ramadan Ta'pau Selera Kampung. Nama pun dah tapau jadi kena pergi ambil sendiri kat sana untuk take away. Jangan risau korang boleh buat tempahan awal sehari sebelum untuk mendapatkan semua juadah yang disediakan. Vivatel Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Loke Yew dekat sebelah Viva Home Shopping Mall. Kalau korang nak buka hari ni dah boleh buat tempahan seawal jam 10.00 pagi dan petang pukul 5.00 dah boleh ambil. Bayaran pula adalah secara tunai sahaja. 

Apa menu yang disediakan oleh chef mereka? Jom kita tengok memang banyak dan sendiri pun tak tahu mana satu nak cuba dulu. Kalau korang nak order yang Individual Meal ada banyak pilihan daripada harga serendah RM18 hingga ke RM20. Korang boleh pilih antara Ayam Percik, Daging Salai Lemak Cili Padi, Pais Pari Bakar Air Asam, Sup Tulang Rawan Urat Keting, Sup Kambing Berempah dan Udang Sambal Petai. Semua lauk ni didatangkan sekali dengan nasi putih, acar sayur timun dan karot, sambal belacan dan juga kuah lauk tersebut.


Ada lagi korang boleh pilih antara set yang sedia ada seperti Nasi Ulam Raja, Ayam Penyet Minah, Briyani Warisan Kambing dan juga Briyani Warisan Ayam. Ini semua memang datang satu set dengan nasi dan juga papadom serta dengan acar sayur tadi. Maha telah cuba mereka punya Udang Sambal Petai yang udangnya saiz besar bukan kecik-kecik juga petainya banyak giler. Juga Briyani ayam dan kambing tu sangat sedap pekat dan kena dengan selera untuk berbuka puasa.
Udang Sambal Petai - RM20.00

Briyani Warisan Kambing - RM20.00

Briyani Warisan Ayam - RM20.00

Kalau korang dengan keluarga besar dan ramai nak masak tak cukup masa boleh juga order mereka punya Value Family Meal. Ada dua kombo iaitu Combo 1 yang bernilai RM130 sahaja yang boleh makan untuk 5 orang. Dalam kombo 1 ni ada lauk seperti Kari Kepala Ikan Merah, Kubis Putih Goreng Kunyit, Sos Soya dan Cili Hijau serta ada Nasi Putih dan Papadom. Manakala untuk Combo 2 pula berharga RM155 untuk 5 orang makan ada lauk western iaitu Peha Kambing Panggang, Tradisional Coleslaw, Roasted Potato dan juga Black Pepper Sauce.


Ikut lah korang selera apa nak makan waktu berbuka ini janji tak membazirkan hehehe. Semua menu ini disediakan sendiri oleh Executive Chef di Retro Cafe mereka. Promosi ini bermula 27 April hari tu dan sehingga 22 May 2020 ni sahaja untuk bulan Ramadan dan juga musim PKP ni. Jadi korang tak ada kesempatan masak nak cuba menu baru taraf hotel boleh order kat sini. Cara order hanya melalui call atau whatsapp sahaja mereka sebelum waktunya. 

Tempahan boleh dibuat melalui nombor:
Tel : 03-9205 8888
Whatsapp : 013-228 8840




2 ulasan:

  1. Aduiiii. Nape la menu dia sangat menyelerakan rupa dia? nak2 sambal udang petai tu. Fav iza tu. kalau la dekat ni dah order dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambal udang terbaik dah la udang besar2 belaka hehehehe...

      Padam