Buka Puasa,

Perubahan Waktu Makan Di Bulan Puasa Pengaruhi Pengambilan Nutrisi

Jumaat, Mei 01, 2020 Mahamahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Salam Ramadan masih awal lagi Maha nak ucapkan kepada semua hehehe. Macam mana dengan puasa korang setakat ni ok ker. Harap terus kekal sihat dan juga dapat menjalani ibadah ini dengan tenang dan gembira. Almaklumlah bulan puasa ni waktu makan kita juga telah berubah dan maka  mungkin pengambilan nutrisi juga tidak seimbang. Kadang-kadang kita tak bangun pun untuk bersahur. 

Amboi Maha cerita dah macam pakar nutrisi jer wakakaka. Tapi adalah membaca sikit pasal pengambilan makanan sewaktu bulan Ramadan ini. Selalu hari tidak puasa kita akan makan berat waktu sarapan pagi tapi bila masuk bulan puasa ini selera tu kurang sikit terutama sewaktu bangun sahur. Tapi kalau waktu makan nak berbuka tu tak ingat dunia semua menda jadi sedap. Jadi apa yang Maha akan buat sangat mudah dengan mengambil bahan yang memberi banyak khasiat seperti kentang.

Bukan sebarangan kentang yang Maha gunakan tapi Kentang A.S. kerana ia bersifat serba guna dan mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi. Sebab tu Maha ambil pemakanan kentang di waktu bersahur kerana ia membekal sumber kabohidrat yang baik untuk tubuh badan selain daripada kaya dengan Vitamin B6 dan C. Boleh memberi tenaga dan tahan seharian untuk berpuasa. Bukan korang perlu makan kentang sebjik macam tu, boleh masuk dalam masakan macam yang Maha buat ini dalam resipi ini. Korang boleh cuba resipi mudah dan sedap ni.


Resipi Sup Sayur Dengan Kentang A.S.



Bahan utama adalah:
1 biji kentang A.S Russet (dipotong dadu)

Bahan-bahan untuk menumis:
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2-3 tangkai cengkih
3 biji buah pelaga
½ batang lobak merah, dipotong panjang
1 biji tomato, dipotong 4
Bunga kobis
Sawi
300 gram isi ayam, potong kecil

Bahan-bahan untuk dikisar:
1 inci halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu makan minyak masak
Secubit garam

Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumis bahan tumis bersama bahan kisar. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan air, kentang A.S, lobak merah dan isi ayam. Masak hingga empuk.
4. Masukkan sawi, bunga kobis, tomato dan didihkan sebentar. 
5.     Masukkan garam secukup rasa.
6. Sedia dihidangkan enak makan waktu panas bersama nasi putih.

Tu baru resipi untuk sahur, korang boleh buat banyak lagi masakan lain dengan menggunakan kentang ni. Kalau korang rajin cari kat google tentang Kentang A.S, ia sebenarnya tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol. Malah, ia hanya mempunyai hanya 110 kalori dalam setiap hidangan. Jadi ia bukanlah makanan yang menggemukkan seperti mana motis kat luar sana. Korang boleh tengok fakta nutrisi yang Maha kongsikan di bawah ni baru korang tahu. 

Selain daripada khasiatnya, Maha suka masak menggunakan Kentang A.S. ini kerana ia dikeluarkan daripada ladang yang terbaik. Pengusaha ladang kentang ini sangat mejaga tanaman mereka daripada suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, cara pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan Kentang A.S. antara kentang yang terbaik di dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S., memastikan Kentang A.S. selamat dan bermutu tinggi. 

Maha nak kongsikan kepada korang satu lagi resipi yang mudah dan enak menggunakan kentang ini. Ia dicipta oleh pakar diet dari KPJ Damansara iaitu Cik Rushda Adiba Ismail. Beliau berkata bulan puasa ini waktu makan yang singkat menjadi faktor kepada pengambilan nutrisi yang tidak seimbang. Jadi beliau ada kongsikan resipi yang boleh korang cuba waktu berbuka puasa nanti.

Resipi Ubi Kentang A.S. Bakar Berinti Sambal Bilis



Bahan utama mestilah:
4 biji ubi kentang A.S Russet (sederhana besar)

Bahan-bahan untuk inti:
15 tangkai cili kering 
2 biji bawang besar 
4 ulas bawang putih 
50 gram ikan bilis 
2 sudu makan asam jawa
Secubit garam/gula
Garam
Keju Mozarela
Brokoli potong kecil, stim
Minyak masak
Cara memasak:
1. Bersihkan semua kentang A.S dan rebus tanpa dipotong dan tidak perlu dibuang kulit. Rebus hingga empuk.
2. Taburkan garam ke dalam air rebusan.
3. Apabila empuk, angkat dan biarkan sejuk.

Membuat bahagian inti:
4. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih.
5. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar kacau hingga garing.
6. Sementara itu, goreng ikan bilis dalam kuali berasingan.
7. Setelah sambal garing dan pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula. 
8. Masukkan ikan bilis yang digoreng tadi dan gaul rata.
9. Setelah sambal bilis siap,belah ubi kentang A.S dan keluar isi di bahagian tengah.
10. Gaulkan isi kentang A.S tadi dengan sambal ikan bilis.
11. Masukkan gaulan tersebut ke dalam kentang A.S yang dikorek tadi.
12. Taburkan keju mozarela.
13. Bakar selama 5 -10 minit pada suhu 200˚c
14. Hiaskan dengan hirisan brokoli. Sedia dihidang.

Hurrrmm rasa lapar pula bila tengok resipi masakan yang mudah dan sedap ni. Orang bujang macam Maha sangat sesuai untuk cuba resipi macam ni senang hehehe. Pakar diet tersebut juga ada berkongsikan antara beberapa tips pemakanan yang korang boleh amalkan sewaktu bulan puasa ini. Di antaranya adalah :

  • Kekal hidrasi sepanjang tempoh 13 jam berpuasa. Minum air masak secukupnya semasa bersahur dan Iftar. Cadangan hidangan adalah minum segelas air masak setiap jam sebelum tidur. 
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan amat digalakkan ketika bersahur dan Iftar kerana dapat membekalkan serat dan dapat mengelakkan masalah sembelit.
  • Tidak lupa juga pengambilan sumber protein seperti ikan, ayam, telur, daging, soya, susu dan produk tenusu.
  • Bersahur setiap hari dan digalakkan melewatkan bersahur sebelum masuk waktu Imsak. Pilihan makanan sahur yang dicadangkan daripada sumber karbohidrat kompleks seperti beras perang, roti bijirin penuh, kentang, oats dan lain-lain.  

Harap tips yang dikongsikan oleh beliau ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada Maha dan juga korang yang membaca post ni. Maha cuma kongsikan sahaja sebagai panduan kerana setiap tahun kita akan berpuasa. Tahun depan pun boleh amalkan tips berguna ini jadi tak salah kalau Maha kongsikan. Kalau korang nak ketahui lebih lanjut tentang Kentang A.S ni, layarilah laman web www.uspotatogoodness.com.my. Selamat berpuasa dan juga selamat mencuba resipi yang Maha kongsikan.








17 ulasan:

  1. Tak pernah beli Kentang US ni, selalu beli Kentang biasa je. Boleh try ikut resipi kentang bakar tu nampak sedap.

    BalasPadam
  2. ada gaya pakar nutrisi hehe...suka juga mkn kentang..tq share resepi ni..bole cuba nanti utk berbuka puasa

    BalasPadam
  3. Wow. Yang resipi kedua tu menarik perhatian betul. Boleh try ni.

    BalasPadam
  4. Dua-dua resepi tu nampak menyelerakan sungguh. Senang dan mudah pun ya nak buatnya...tak de kentang US, guna aje kentang biasa kann...boleh try nanti..

    BalasPadam
  5. kentang berinti tu nampak sedap dan menarik untuk dimakan, terutama anak-anak sebab kekadang kalau masak menu baru nak bagi dia makan tu, ya ampun susah sangat, akak nak cuba jugalah menu ni untuk berbuka

    BalasPadam
  6. Ok. Petang kang nak cari bahan kat Jaya Grocer - harapnya menjadi la cubaan Rawlins nak ikut resipi nie

    BalasPadam
  7. Sekali tengok resipi kentang No. 2 dah macam kuih cara berlauk pulak ye?. Banyak resipi boleh buat dengan kentang ni. Bergedil ke, kentang bercili ke, banyak la....

    BalasPadam
  8. Sedap-sedap resepi kentang diatas nanti nak buatlah macam resepi tu, kebetulan habis pulak stok kentang nak cari kentang yang ni lah nanti.

    BalasPadam
  9. Ha... boleh cuba nanti. Stok kentang pun ada ni. Nampak sedap je resipi ni. Salam Ramadan and stay safe.

    BalasPadam
  10. Kentang US banyak khasiat ye. Tengok resepi yang last tu macam sedap je..Makan kentang dalam tu dengan inti dalam dia..aummm..Nanti cari kentang US

    BalasPadam
  11. Ramai dah mula suka dan bertukar ke Kentang US ni. memang banyak kelebihan dia. dan apa yang penting ianya memang sedap, gebu. Nak masak pun tak leceh. berbaloi-baloi lah.

    BalasPadam
  12. sedap juga ni, hari tu ada buat begedil. ni tengaok gambar ni dapat idea boleh buat mashed potato dll kan. sedapnya

    BalasPadam
  13. Kentang US memang mengenyangkan. Khasiat pun banyak. Kentang US ni tengok luarannya pun cantik je kan. Kalau potong bentuk jari jemari salleh buat fries sedap.. Hahahaha

    BalasPadam
  14. Kentang memang feveret Atul, kalau makan kentang, tak makan nasi pun takpe. hehe Cakap pasal kentang US ni memang sedap dari kentang biasa tu. Tapi bila tengok kentang bakar inti sambal bilis tu, menyelerakan sungguhla

    BalasPadam
  15. Russet potato ni sedap kalau buat baked and goreng...kalau buat sup, za x berapa gemar.. Nnt dia jadi mcm kelat skit

    BalasPadam
  16. Fav ni.. wajib ada stok kat rumah.. dan kentang mmg mengenyangkan

    BalasPadam
  17. Sedapnye rupanya. Biar aku savekan post nie utk aku try petang nti.

    BalasPadam