Bazaar Ramadhan,

e-Bazar PLATS Normal Baharu Menikmati Juadah Ramadan Di Musim Pendamik

Ahad, Mei 03, 2020 Mahamahu 16 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Ramadan tahu ni sangat berlainan dan juga sangat unik bagi Maha. Ini kerana selalunya bila tiba Ramadan kita akan sibuk untuk senaraikan bazar Ramadan mana nak dikunjungi. Juga juadah apa yang nak dibeli sehingga cukup lah 30 hari puasa. Sebab itu bulan mulia ni sangat Maha nantikan dan juga tak sabar untuk meraikannya.

Tapi tahun ini seluruh rakyat Malaysia kena beralih kepada Normal Baharu. Ini semua kerana pendamik yang melanda negara sekarang ini. Menjadikan banyak perkara berubah termasuk juga bazar Ramadan yang selalu banyak dimerata tempat kini terpaksa tidak diadakan lagi. Maha sendiri pun rasa tahun ni emosi puasa tu lain sangat. Yer lah tak dapat pergi bazar Ramadan dan juga tak dapat lihat macam-macam makanan viral.

Kali ni semua orang mula beralih kepada konsep e-bazar iaitu bazar atas talian. Tiada lagi sesak-sesak dan juga menghabiskan masa kat luar semua dibuat dirumah dan secara online. Sekarang ni dah ada platform e-bazar baru yang dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI). Namanya PLATS atau ‘Platform Selangor’. Maha kongsikan sikit pasal PLAT ini ia berlainan daripada e-bazar yang ada sebelum ini.

Juadah Yang Boleh Diperolehi Di Platform PLATS


Sangat banyak juadah yang ada disediakan dalam platform ini. Maha sendiri masa layari laman PLATS ni memang rambang mata nak beli tak tahu yang mana satu. Ada makanan tradisional yang sangat popular di bazar Ramadan seperti Nasi Ambeng, Nasi Kerabu, Nasi Lemak, Nasi Kari Kambing, Ayam Percik dan macam-macam lagi.



Tu baru kat bahagian masakan tradisional kalau pergi pula pada juadah western ada pula Lamb Chop, Nachos, Chicken Wing, Roti John dan banyak lagi membuak nafsu nak membeli ni hehehe.



Tengok juadah pencuci mulut pula jangan ceritalah memang pelbagai menu disediakan seperti Bubur Jagung, Bubur Cha-Cha, Cendol, Karipap, Murtabak, Seri Muka dan juga pelbagai jenis kuih-muih tradisional semua ada. Sekarang ni cuma kena sediakan duit sahaja untuk bayar secara atas talian kerana tiada COD (cash-on-delivery).

Keutamaan PLATS


PLATS mengguna kaedah konsep e-Kitchen yang hanya berfungsi sebagai platform bagi pengumpulan pesanan tempahan atas talian sahaja. Tiada sebarang fizikal bazar dan pembelian secara terus atau walk in juga tidak dibenarkan. Apa yang Maha baca lagi semua e-Kitchen akan mematuhi jarak sosial yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan amalan kebersihan yang ketat. Juga para peniaga perlu mendapatkan suntikan Pelalian Tifoid seperti yang digariskan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Begitu dijaga sekali kualiti dan juga peniaga yang ada didalam platform ini bukan calang-calang peniaga hanya mereka yang betul serius untuk berniaga di e-bazar ini. Bagus inisiatif ini kerana ia dapat membantu peniaga bazar Ramadan yang terkesan akibat larangan berniaga di bazar yang terbuka. Buat masa ini e-Kitchen telah beroperasi di enam lokasi seluruh Selangor iaitu Bangi, Shah Alam, Salak Tinggi, Semenyih, Bandar Utama dan Ampang. Mereka juga akan mensasarkan untuk buka lagi enam lokasi dimasa akan datang bagi memenuhi keperluan seluruh rakyat Selangor.

Macam yang Maha bagitahu tadi bahawa platform ini tiada walk-in untuk pembelian semua tempahan makanan akan dihantar terus kepada pelanggan sehingga ke depan rumah oleh rakan penghantaran seperti Grab, Mr. Speedy, Zepto Express dan MatDespatch. So mudah lah hanya buat pembelian atas talian dan bayar nanti makanan akan sampai.

Cara Pembelian Dalam Platform PLATS

Bagi memudahkan orang yang tidak biasa membeli menggunakan atas talian ini PLATS menyediakan laman sesawang yang sangat selamat dan mesra pengguna. Korang hanya perlu layari laman web https://www.plats.com.my melalui laptop atau telefon pintar. Kemudian pilih lokasi e-Kitchen yang berhampiran dengan korang. Contoh kalau korang duduk area Bandar Baru Bangi boleh pilih menu jualan yang ada di e-Kitchen Seksyen 7 Bangi.

Lepas tu korang klik butang ‘Tempah Di Sini’ dah mula buat tempahan menu apa yang nak dibeli. Nanti peniaga akan menerima tempahan dan membuat persediaan tempahan yang korang dah pilih tadi. Lepas tu tempahan korang akan dihantar terus oleh perkhidmatan penghantaran yang disediakan sampai ke depan rumah korang. Tempahan boleh dibuat seawal jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang. Penghantaran pula akan bermula dari pukul 3.30 petang hingga 7.00 malam sahaja.

Bagusnya lagi semua penghantar akan membuat penghantaran korang melalui penghantaran tanpa sentuh. Mengekalkan jarak yang bersesuaian ketika menghantar atau meletakkan pada tempat yang sesuai dan korang akan mengambil makanan tersebut dari jarak yang selamat. Jadi kat situ penjarakan sangat dijaga dan Maha sangat yakin dengan SOP yang telah disediakan dalam platform ini.

Sekarang ni korang masih boleh menikmati juadah enak untuk berbuka puasa dan dalam masa sama menjaga keselamatan korang dengan pembelian atas talian ini. Secara langsung juga ia membuka ruang kepada peniaga yang hanya bergantung kepada jualan musim Ramadan untuk mencari rezeki lebih. Walaupun bazar Ramadan telah dilarang tapi PLATS ada untuk membantu peniaga yang terjejas ini.

Moga usaha murni MBI untuk meneruskan Normal Baharu dalam dunia peniagaan atas talian membuka mata semua orang di mana ada usaha di situ ada jalan. Diharapkan platform PLATS ini akan diteruskan walaupun selepas habis bulan Ramadan. Hari-hari lah Maha akan beli menggunakan PLATS ni kerana satu hari dah satu menu, puasa ada 30 hari separuh menu dalam platform habis Maha cuba semuanya hehehe. Korang pun boleh juga beli kat situ mudah, cepat dan selamat. Selamat berpuasa semua dan kita kena #StopCovid19.

Info lanjut tentang PLATS boleh layari laman sosial media:
                 https://www.instagram.com/mbiselangor









16 ulasan:

  1. Ye... penjualan secara atas talian ini lebih jimat, selamat dan cepat. Selain itu, dapat juga membantu golongan peniaga mendapatkan sumber pendapatan mereka. Terbaik Selangor! Semoga ia terus dimanfaatkan oleh semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestkan sekarang ni kalau rumah ada dekat2 boleh beli hehehehe nak juga lah order Roti Jala tu Liya belaja kita wakakakaka

      Padam
  2. pasti ramai rindu bazar ramadhan tp apakan daya thn ni tkde spt thn2 sudah...tp ada alternatif lain org ramai bole beli thru online kn..tq share website PLATS e-kitchen..mcm2 menu leh order tu

    BalasPadam
  3. Berkali-kali Sis ko tenung itu murtabak Maha oii...senangnya nak makan hanya guna apps macam ni, apa je rasa nak makan semua ada...aishhh kalaulah kat Johor ada...

    BalasPadam
  4. meriah betul puasa tahun ni banyak e-bazaar, means lebih banyak pilihan nak membeli yeayyy

    BalasPadam
  5. Ada dekat rumah Rawlins. Yeay!! Nak beli roti john dan pelbagai kuih muih - rindu nak berbuka dengan kuih-muih

    BalasPadam
  6. Mudah sgt skrg ni kan. Semua dihujung jari je..janji poket penuh..hehehe. sis pun skrg malas nk masak beli je. Nanti boleh le guna apps ni

    BalasPadam
  7. Why why tell me Why? Kenapa area rumah Nina tak dapat join sama. Sian kita tau, Ya Ampun... murtabak tu buat kita tergoda tau

    BalasPadam
  8. bagus sebenarnya e-bazar ni? dapat menolong menaikkan ekonomi pengusaha kecik-kecilan. kalau dekat memang tak masak la mommy tiap hari. ahahaha

    BalasPadam
  9. Ada pelbagai juadah ditawarkan di sini memang sangat menarik.. tiba2 rindu murtabak bazaar

    BalasPadam
  10. Good platform with variety of food. I want to try it too

    BalasPadam
  11. molek la gini.
    selangor negeri sibuk. lelebih now dah start keje mcm biasa.
    platform trusted gini, supported by kerajaan negeri, memudahkan org nak berbuka.
    hmmmmm menu nyer mengaum sgt la Maha. sedap!!!

    BalasPadam
  12. wahhhh menarik! betul sapa kata tak dapat menikmati bazaar ramadhan? Tak dapat pergi, kita dapat beli secara online. Huda pun one of person yang sometimes beli online je haha

    BalasPadam
  13. Bestnya tengok ebazar plats ni.. Sebab mcm2 boleh order untuk berbuka puasa.. Siapa kata kalau xde bazar ramadhan peniaga xde pendapatan? Ada cara byk sperti ini kan?

    BalasPadam
  14. semuanya sedap-sedap belaka. bagus ada platform begini. peniaga boleh luaskan jualan di dalam e-dagang.

    BalasPadam
  15. seronoknya tengok juadah ramadhan di eBazar ni.. nak order pun senang.. just terus klik je

    BalasPadam