Covid-19,

Bersama Menghadapi Saat Sukar Dengan Laporan Skor MyCTOS Secara Percuma

Isnin, April 20, 2020 Mahamahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Setiap hari Maha ikuti perkembangan tentang isu Covid-19 yang melanda negara dan macam-macam ramalan dikeluarkan oleh pakar-pakar tentang keadaan ekonomi negara. Ada pakar yang menyatakan negara kita mungkin memerlukan enam hingga satu tahun untuk memulihkan semula ekonomi. Maha bukan nak takutkan semua orang tapi itu yang kita kena hadapi walaupun kita turut bimbang kepada kesihatan kita dan juga kepada ekonomi kita.


Yer lah kebanyakkan daripada kita terpaksa berhutang dalam menyediakan kemudah untuk kehidupan seperti hutang rumah, hutang kereta, hutang pendidikan dan macam-macam lagi. Bagaimana kita dalam menghadapi isu ekonomi negara yang tak menentu dan mengimbangkan pendapatan serta hutang yang sedia ada. Maha sebagai orang yang berhutang juga bimbang tentang perkara ini namun apa yang boleh kita buat.

Ramai orang masih tak tahu yang kita sebagai pemuitang kena lebih proaktif dalam memantau kredit supaya sentiasa mengikuti perkembangan kewangan peribadi sepanjang tempoh yang rumit ini. Caranya kita perlu berhubung terus dengan pihak pemberi pinjaman untuk membincangkan pilihan-pilihan jangka masa panjang untuk mengurangkan beban kepada kita sendiri.

Juga ada pihak yang tampil dalam memberi khidmat percuma kepada pengguna yang terkesan dengan masalah ini. Seperti CTOS sebagai agensi pelaporan kredit terbesar di Malaysia menyumbangkan sehingga 100,000 orang pertama rakyat Malaysia untuk dapatkan laporan kredit Skor CTOS secara PERCUMA. Semua ini bernilai RM 2.5 juta demi membantu rakyat Malaysia mendapat pencerahan yang lebih jelas atas keadaan kewangan korang sendiri. 

Sekiranya korang ingin dapatkan laporan Skor MyCTOS secara percuma ini boleh buat atas talian sahaja dengan layari laman sesawang mereka www.ctoscredit.com.my. Khidmat semakan secara percuma ini bermula sekarang sehingga 30 April 2020 dilanjutkan kepada 31 Mei 2020. Ia tertakluk kepada beberapa terma dan syarat yang telah ditetapkan. Ini lah peluang untuk korang memantau kredit pinjaman yang ada agar tidak menjadi beban dimasa kritikal ini.

*Masukkan kod promo FREEMCO20 di halaman pembayaran untuk mendapatkan laporan PERCUMA anda.

Selain itu, korang boleh mendapat sokongan untuk mengurangkan potensi kesan negatif akibat wabak ini terhadap kedudukan kredit korang sendiri. Maha cuma sekadar berkongsi perkara ini kerana tahu ramai yang kat luar sana bimbang tentang perkara ini. Sebab Maha sendiri pun bimbang juga tapi itu yang kita kena hadapi dengan sitauasi ini bijak mengatasinya secara profesional. 









14 ulasan:

  1. wah percuma gtu..tq for sharing..dlu ms nk beli umh ada minta report juga kena byr rm 10 tk silap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer kita pun sama memang kena bayar sekarang mereka bagi percuma untuk 100k terawal hehehehe..

      Padam
  2. I baru dah claim, syukur, semuanya ok :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. I pun dah claim nasib baik masih ok lagi hehehehe tapi bimbang juga wakakakak..

      Padam
  3. Pendekatan yang baik, menarik dan mehkan melaluo online..the best part percuma lagi kan .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saat-saat macam ni memang semua yang percuma sangat berguna kena ambil jangan lepaskan hehehehe..

      Padam
  4. kita dah redeem awal bulan ni, syukur skor nya memberangsangkan haha, memang bayar setiap bulan risau kene blacklist

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah bayar boleh juga redem tuk hujung bulan ni print percuma last day 30 April hehehe...

      Padam
  5. Oh bagus jugak ni yea dpt check semua free. Nnt nk bgtau yg lain2 sekali ajak check berjemaah hehee 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes masa tengah free ni kita guna jer hehehehe...

      Padam
  6. Free pun kalau orang susah nak cuba tak tau laa nak cakap..Sis semalam try gak, saja je try kan, padahal surirumah, alhamdulilah line clear heheheh..

    BalasPadam
  7. Thanks for sharing. Teringin nak check CTOS nie tapi tak pernah tau macam mana skang boleh la check CTOS ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang jer klik link tu and nanti daftar kalau belum daftar dan kemudian masa nak print out report tu ada bahagaian bayaran masuk promo kod yang diberikan tu nanti dapat free jer report tu. Tapi seorang boleh claim sekali sahaja promo tu.

      Padam