Accessory,

Awas! Jangan Guna Bateri Kereta Lebih Dari Tarikh Pembuatan Ini Kesannya

7:00 PG Mahamahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan sekalian. Kalau dihitung daripada tarikh mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama sehingga sekarang ni masuk fasa ketiga dah lebih satu bulan Maha tak pandu kereta. Ye lah mematuhi arahan kerajaan tu. Nak keluar pun untuk sebab yang penting iaitu pergi beli barang keperluan dapur itu pun bawa motor jer. Risau jugalah bila dah terlalu lama kereta tidak dihidupkan dan dipandu mungkin ada sebarang masalah.


Jadi hari ni tekad untuk pergi tengok kereta dengan hidupkan enjin dan bawalah jalan sekeliling kawasan parking rumah ni. Janji kereta dapat bergerak dan juga mengaktifkan pemprosesan peralatan yang sangat penting dalam sebuah kereta iaitu bateri. Selalu orang kata kalau kereta lama tak begerak bateri akan cepat rosak dan mulalah kereta akan susah untuk dihidupkan.

Tapi tu kalau korang gunakan bateri jenama biasa. Nasib baik Maha dah tukar kepada jenama beteri AMARON yang berkualiti dan juga memberi jaminan selamat 36 bulan. Ada ke bateri lain yang boleh beri tempoh jaminan lama macam tu. Paling penting bateri ini Maha beli secara atas talian dan mereka hantar terus ke rumah tak perlu nak pergi keluar cari bengkel kereta. Tambah pula musim PKP ni semua kena buat secara online sahaja.


Maha bukanlah pandai sangat tentang kereta ni tapi sikit-sikit ilmu pasal bateri kereta tu kena ada. Korang tahu tak bateri yang sihat dan bagus adalah bateri kereta yang digunakan dalam jangka masa tidak melebihi dari tempoh tarikh pembuatan agar ia berada dalam kondisi terbaik untuk kereta kesayangan korang. Jadi korang kena periksa atau kalau tak tahu kena tanya kepada penjual tentang tarikh pembuatan bateri yang korang beli. Sebab bateri kereta jenama AMARON yang Maha gunakan itu dijamin baru dan masih berkualiti.


Selain itu juga, kebanyakkan 70% kereta di Malaysia disesuaikan dengan bateri kereta yang berat di antara 10kg +/- (Model 38b20l) atau berat 12kg+/- (Model 46b24). Sebab itu bateri kereta yang berkualiti berkait rapat dengan keberatan dan model kerana ia mempengaruhi Amp-Hour (AH) dan kapasiti simpanan tenaga (RC) yang terkandung dalam bateri tersebut. Teror tak Maha semua ni Maha tanya pada ejen yang hantar bateri hari tu mereka yang bagi tahu.


Tapi basic alat ganti korang kena tahu terutama bateri kereta. Mungkin kalau korang tanya Maha bateri apa yang bagus untuk kegunaan masa yang panjang Maha akan rakemen bateri jenama AMARON ini. Sebab secara logik korang boleh fikir bawah makin lama jaminan sesuatu produk tersebut maksudnya makin bagus kualiti produk yang dihasilkan tu, betul tak. Kalau bateri jaminan setahun selalunya selepas habis tempoh setahun tu ia akan mula memberi tanda masalah betul tak dan masa tu korang mula pening nak tukar baru. Jadi dengan ada jaminan 36 bulan daripada AMARON ni membantu Maha untuk berjimat dimusim PKP ini.

Mana pula nak dapatkan bateri AMARON ni? Macam Maha cakap sebelum ni ia semua dilakukan secara atas talian korang masuk sahaja Facebook rasmi https://www.facebook.com/amarontecxus dan dapatkan senarai peniaga rasmi untuk bateri ini. Nanti korang hubungi mereka dan peniaga ini akan urus penghantaran terus ke rumah. Harga pula sangat berbaloi dengan kualiti yang Maha dapat. Boleh tengok senarai harga yang ada ni mungkin korang boleh buat bajet nanti bila nak tukar bateri baru.

Senarai harga bateri AMARON mengikut model yang terdapat dipasaran
AMARON 38B20L – RM250.00
AMARON 46B24R/L – RM295.00
AMARON 46B24RS/LS – RM295.00
AMARON 555111050 (DIN55R) – RM390.00
AMARON 555112050 (DIN55) – RM390.00
AMARON 555155050 (DIN55LH) – RM390.00
AMARON 566112061 (DIN66) – RM510.00
AMARON 565106590 (DIN65) – RM616.00
AMARON 574102069 (DIN74) – RM550.00
AMARON 580122073 (DIN80) – RM680.00
AMARON 600109090 (DIN100) – RM730.00









17 ulasan:

  1. tak pandai bab kereta ni..hahah..nice sharing. bagus ni

    BalasPadam
  2. Selalunya husband yang akan check & tukar bila dah sampai masanya. Kadang tu ngeri jugak, buatnye die buat perangai dlm perjalanan ke.. naye la sisyat sebav x de ilmu pasal bateri ni 😅

    BalasPadam
  3. Amboi amboi Maha...dia tayang kereta dah tu. Ke dah beli lettew?. Bab bateri ni akak serahkan kat suami je lah. Dia lebih arif. Nanti akak promo Amaron kat dia. Hehe

    BalasPadam
  4. tak pernah jumpa lagi battery kereta warranty lama camtu. terbaiklah amaron.

    BalasPadam
  5. Bolelah cuba nie..klu ada jaminan sampai 36 bulan..biasa pada k mid bateri tahan 2 tahun aje

    BalasPadam
  6. Thank you for sharing this information. My car needs a new battery now. Huhuhu........

    BalasPadam
  7. Secara jujur memang tak ambil tahu sangat pasal kereta ini. Tapi sejak kebelakangan ini usaha juga untuk tahu buat pengetahuan diri sendiri.

    BalasPadam
  8. Wah bergayanya dia dengan kereta baru. Mmg menarik jangka hayat bateri yg ditawarkan

    BalasPadam
  9. Selama ni baru tahu bateri tak boleh guna lebih dari 8 bulan ya.huhuhu.. Maklumlah tahu drive kereta saja tak pernah ambil tahu pasal bateri. Lepas baca entry baru sedar kepentingan penjagaan bateri ni

    BalasPadam
  10. baru tahu rupanya takleh guna dah lebih dari 8 bulan pembuatan ya. thanks info

    BalasPadam
  11. Terima kasih kongsi berkaitan ilmu bateri dan kereta, sebagai seorang wanita memang kena ambil tahu sedikit sebanyak pasal ni.. atleast jika suami tak ada, ilmu yang ada boleh membantu dan tak mudah di tipu nnt

    BalasPadam
  12. Memang berbaloi dari segi mutu kualiti dan penjimatan harganya..Sis memang guna Amaron sebagai pilihan bateri kereta...sebab mudah juga nak dapatkannya di area rumah Sis sini..

    BalasPadam
  13. Biasanya 12 bulan je kan?
    hi hi hi tak pandai naw nak komen bab kereta ni. Tahu drive. Then sampai time inform husband. Suruh dia je cek pe patut ha ha ha...

    BalasPadam
  14. Bab2 jereta mmg xtau sbb urusan org lelaki kat umah tp kena gak bgtau kat dorang ni psl bateri kereta

    BalasPadam
  15. Haaa boleh la cuba brand bateri kereta ni, bateri iols pun nak expired soon ni bagus juga bateri ni tahan lama sikit kan

    BalasPadam
  16. Thanks for sharing! Although Vee memang tak tau apa2 tentang kereta! Thanks!

    BalasPadam
  17. Informasi yang menguak Situs Poker Online Tepercaya dan Banyak Bonusnya , penasaran ? yuk bisa simak
    Situs Poker Idn

    Poker online Idn 2020

    BalasPadam