Felda,

Tunaikan Haji Dengan Pakej Rawdah Dari Felda Travel Lebih Terjamin Dan Mesra Warga Emas

Ahad, Mac 22, 2020 Mahamahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada asemua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian.

"Ya Allah, Berilah kurnia-Mu untuk mengunjungi rumah-Mu yang Agung dan Rasul-Mu yang mulia, di tahun ini dan setiap tahun, dengan keadaan sebaik-baiknya."

Doa yang kita boleh amalkan sekiranya berniat dijemput oleh-Nya menunaikan Haji atau Umrah. Semua ini impian sebagai seorang umat Islam untuk dapat menjejak kaki ke Makah menunaikan Haji. Kita sendiri pun nak melihat orang tersayang berkesempatan menunaikai rukun Islam ke lima ini. Sepertimana kita ketahui yang setiap negara diberikan kuota untuk rakyat mereka menunaikan Haji, begitu juga dengan Malaysia yang hanya ada kuota 31,600 orang sahaja untuk tahun ini.

Tak mustahil untuk mendapat ruang mengerjakan Haji dengan melalui Pakej Rawdah bagi Haji tahun 2020 dari Felda Travel. Ini kerana bagi mereka yang tengah merayu berpeluang tinggi sehingga 90% untuk dapat menunaikannya dengan pakej premium ini. Ramai yang telah menunaikan Haji dengan Felda Travel kerana ia bukan sahaja khas untuk warga Felda tapi semua orang boleh menggunakan perkhidmat mereka. Tujuh perkara kenapa Felda Travel ini menjadi pilihan orang ramai untuk menunaikan Haji dan Umrah.

1. Peluang untuk anda menunaikan haji sangat tinggi meskipun anda dalam status rayuan (Pada tahun lepas, semua jemaah rayuan dari Felda Travel untuk pakej ini dapat menunaikan haji). Paling penting anda telah mendaftar haji sejak tahun 2015 ke bawah. Insha Aallah pihak Felda Travel akan membantu supaya anda dapat menunaikan haji tahun ini.

2. Pembimbing yang berpengalaman dalam ibadah Haji, dimana jemaah akan dibimbing oleh Prof. Dr Mohamad Khadafi Rofie, seorang pembimbing ibadah Haji bertauliah yang cukup berpengalaman membawakan jemaah Haji Malaysia. Jadi jemaah tak perlu risau tentang masalah hukum dan ibadah sepanjang menunaikan Haji di sana.

3. Hotel berdekatan dan sajian makanan terbaik. Jemaah akan menginap di hotel 5 bintang iaitu Safwah Royal Orchid Hotel. Hotel ini bersambung dengan dataran Masjidil Haram dan ia memudahkan jemaah berulang alik ke masjid dengan selesa untuk beribadah. Hotel ni menjadi pilihan untuk rakyat Malaysia kerana terdapatnya food court yang menempatkan Restoran Felda D’Saji.

4. Tiada transit hotel di Aziziah kerana Jemaah akan terus menginap di hotel Mekah, bukannya transit dahulu di kawasan Aziziah sehingga 15 Zulhijah seperti pakej-pakej lain. Ramai yang tak tahu perkara ni, tapi ada pakej yang harganya mungkin lebih murah kerana jemaah dibawa transit menginap di Aziziah dahulu untuk jimatkan kos sebab harga hotel di Mekah sangat mahal ketika waktu kemuncak haji (25 Zulkaedah - 15 Zulhijjah). Jemaah hanya dibawa berpindah ke hotel di Mekah selepas 15 Zulhijah. Memang dapat jimatkan kos, tapi jemaah mungkin tidak dapat pergi ke Masjidil Haram setiap hari kerana kawasan Aziziah jaraknya 4.5km dari Masjidil Haram dan jalan sangat jem ketika musim haji.

5. Penerbangan yang selesa dimana jemaah dapat terbang terus ke Jeddah dengan menaiki penerbangan Business Class Saudia Airlines. Harga pakej ini termasuk tiket penerbangan Business Class.

6. Khemah berdekatan dimana jemaah dapat beribadah dengan lebih selesa di khemah khas yang disediakan ketika di Mina, dengan jarak kurang daripada 800 meter untuk melontar. Sangat bagus kepada jemaah yang mempunyai masalah sakit kaki dan lutut sebab jemaah akan berulang-alik Melontar Jamrah sehingga 4 hari.

7. Lebih fokus dengan kumpulan kecil. Tahun ini pihal Felda Travel telah hadkan jemaah Pakej Rawdah untuk 45 orang. Ia memadai untuk pengangkutan satu bas dan memastikan jemaah mendapat kualiti perkhidmatan dan bimbingan ibadah haji yang terbaik.

Kalau korang ada keluarga atau sedara-mara yang mahu mendapatkan peluang mengerjakan Haji bagi tahun 2020, ini adalah masanya. Slot ini sangat terhad dan ia dibuka pendaftaran sehingga 25 Mac 2020 sahaja tanpa pembayaran pendahuluan. Semoga niat murni anda membantu ahli keluarga mengerjakan Haji mendapat keberkatan dan juga anda dimudahkan peluang juga untuk menunaikan Haji dikemudian hari. Sama-sama kita dioakan agar semua jemaah yang dijemput menunaikan Haji mendapat Haji yang mabrur dan diterima disisi-Nya.

Sebarang pertanyaan lanjut atau pendaftaran Pakej Rawdah boleh menghubungi talian :
Tel : 019-201 0843
        03-2789 1133
Whatsapp : 019-279 0022








14 ulasan:

  1. Alhamdulilah, pakej yang sangat berbaloi buat jemaah yang nak ke Haji. Jom kita doa sesama moga diperluaskan rezeki dan kita amik pakej ni pergi Umrah/Haji sesama jom Maha..

    BalasPadam
  2. Although I don't go to these event but hopefully people who need this package will find it helpful!

    BalasPadam
  3. Pakej sangat selesa. Moga dipermudahkan akak dan family untuk berkunjung ke tanah suci lagi untuk menunaikan haji.....Aaminn.

    BalasPadam
  4. Oh I see a lot of my Muslim friends promote this recently. It's good to practice this, good one bro!

    BalasPadam
  5. teringat masa pergi umrah dulu tahun 2013 rindu nak ke sana lagi tapi kena kumpul duit lagi la hehe

    BalasPadam
  6. teringinnya nak pergi umrah dan jejakkan kaki ke sana. in shaa Allah satu hari nanti. sementara sekarang ni bolehlah kumpul duit dahulu. :) thanks atas info ni

    BalasPadam
  7. Harap-harap nanti bersempatan nak tunaikan haji dengan pakej dari Felda Travel. Nampak selesa sangat. Boleh fokus ibadat. Hehehe

    BalasPadam
  8. umrah. hajj.
    ni memang dlm wishlist utama aida, maha. tunggu seru! :)
    when it is once in a lifetime, mesti nak cari ejensi yg bagus and trusted!
    biar kita selamat gi balik, dan di sana pun dipermudahkan...

    BalasPadam
  9. sebaknya tengok post gambar org ke Tanah Suci menunaikan haji/umrah dengan keadaan sekarang nih.. hopefully kita semua berkesempatan utk ke tanah suci satu hari nanti.. boleh la pakai Felda travel ni...berpatutan dan dipercayai

    BalasPadam
  10. Bagus ada pendedahan macam ni. At least dah tak risau dah kalau nak pilih mana-mana agent travel yang berdaftar.

    BalasPadam
  11. wahh bagusnya pakej rawdah ni! zul suka sangat pakej yang ditawarkan Felda Travel ni sebab memudahkan urusan beribadah.

    BalasPadam
  12. Semoga ada rezeki jemaah haji pergi menunaikan haji tahun nie. Sukalah tengok pakej Rawdah tu. mmg premium dan nampak selesa betul utk jemaah kerjakan haji

    BalasPadam
  13. thanks info ni. kalau ada rezeki haji tahun ni boleh guna ni kan. tak sure tahun ni dpaat buat haji or not kan

    BalasPadam
  14. Thanks for sharing this info, semoga semua dipermudahkan.

    BalasPadam