#AirAsiaMAKNA,

Duduk Rumah Pun Masih Boleh Makan Sedap Melalui Penghantaran D'Salai By FELDA D'Saji

6:56 PTG Mahamahu 13 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia berkuat kuasa semalam 18 Mac hingga 31 Mac 2020 bagi membendung penyebaran wabak Covid-19 ramai yang mengeluh. Bukan apa selalunya dapat pergi makan sedap-sedap kat restoran mahal atau kat kedai makan yang korang suka tapi sekarang kena bungkus.

Bagi yang bujang macam Maha ni memang rasa nak masak tu tak berbaloi langsung sebab duduk berdua sahaja kalau masak mesti kena banyak nanti membazir pulak. Nak masak sedap-sedap tak pandai pastu nak kena keluar beli barang untuk memasak lagi satu hal. Jadi sekarang ni korang tak perlu nak fikir semua tu kerana makanan akan datang kepada korang.


Tak percaya sekarang ni D'Salai By Felda D'Saji menyediakan khidmat penghantaran makanan terus kepada anda di rumah. Makanan yang ditawarkan untuk setiap waktu iaitu makan sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam. Macam mana nak tempah? Ada dua platform yang disediakan untuk korang buat tempahan iaitu melalui aplikasi Food Panda dan juga aplikasi BungkusIt. Korang muat turun sahaja dua aplikasi ni dan cari lah D'Salai nanti kat situ korang boleh pilih menu yang korang suka. 



Bukan kaleng-kaleng menu makanan yang disediakan kat sini. Korang tengok untuk sarapan pagi yang bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 10.00 pagi ada macam-macam menu tempatan yang lazat. Korang boleh pilih daripada Set Nasi Lemak, Set Mee Kari, Set Lempeng Kelapa, Set Mee Hoon Sup dan Set Lontong. Harga pun berpatutan bermula dari RM5 sahaja tidak termasuk kos penghantaran. Korang rasa tak untung walaupun duduk bekurung dalam rumah tetap boleh makan sedap-sedap yer.

Tu baru sarapan kita tengok pulak menu makan tengah hari yang boleh ditempah bermula pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang dan juga makan malam bermula dari pukul 3.00 petang hingga 7.00 malam. Di antara set yang boleh korang pilih di sini seperti Set Itik Salai, Set Daging Salai, Set Sup Kambing dan juga Set Ayam Bumbu. Ya Allah sedapnya ada daging salai harga pun berpatutan bermula dari RM10 sahaja tak termasuk penghantaran memang terbaik. 


Kalau korang yang berada berdekatan dengan D'Salai Anjung Felda, Jalan Semarak Kuala Lumpur korang boleh pergi sahaja sana terus bungkus lagi jimat. Bagi pakej penghantaran ini terhad mengikut jajahan seperti pengguna aplikasi Food Panda hanya 5km-10km sahaja dari restoran. Manakala kalau aplikasi BungkusIt pula lebih kurang 15km-20km dari restoran. So memang tempahan ini khas untuk orang Kuala Lumpur sahaja lah hehehe.


Tunggu apa lagi promosi ini hanya dalam tempoh perintah kawalan pegerakkan ini sahaja. Lepas ni kita tak tahu lagi kalau dilanjutkan munkin akan diteruskan lagi. Kalau korang tak ada dua aplikasi tersebut masih boleh buat tempahan juga melalui Whatsapp ker nombor hotline mereka dengan detail seperti di bawah ni.

Whatsapp D’Saji Delivery HOTLINE: 019-662 2525

Maklumat Tempahan
Nama : 
No tel :  
Tarikh : 
Masa :
Menu :






13 ulasan:

  1. Iyerr duduk rumah boleh makan sedap-sedap, sapa yang baru duduk rumah tu, haaa baru tau nikmatnya duduk rumah hahaaha..
    Kalaulah Saji ni ada di Johor, gemok gak Sis ko ni...

    BalasPadam
  2. Bagus sekarang ni mcm2 jenis makanan dan hidangan dah diusahakan untuk dapat join untuk boleh delivery kan. Untungla lagi2 area Klang Valley yg mostly mmg semua delivery ada masuk. Mcm kat area rumah Qeela ni, satu delivery dari foodpanda, grab, bungkusit lah apelah semua takde masuk, sgt mengecewakan sbb bukan area ceruk pon, dekat je dgn area yg diorg ada masuk tu. Even mcm mcd, kfc, pizza pon ade dekat2 area sini tp still semua xde delivery, so mmg option yg ada just pick up kat sana je.

    BalasPadam
  3. Dia punya tajuk. Haha mentang2 la kami masak sendiri tak sedap. Untung orang sana dapat order je

    BalasPadam
  4. wahhh menarik ni, boleh la order lepas ni..bila tengok gambor buat iena jadi lapar :)

    BalasPadam
  5. aduhai craving nak makan daging salai....

    BalasPadam
  6. Kalau Felda D'Saji yanv punya masakan. Memang sedap gilerr. Food delivery ni ada minimum order ke? Dulu, zaman keje ofis ada tempah utk sepejabat. Ni musim COVID-19 2 lauk aje bleh ke?

    BalasPadam
  7. halah halahhhhh nape la za tak duk KL .. boleh la makan sedap2 .. itik salai favourite pulak... uwaaaa untung korang mcm2 delivery ada... hihih

    BalasPadam
  8. Ramai sgat share pasal dsalai felda ni. Tengok pon dah tempting. Kalau dekat kl dah lama order ni haha

    BalasPadam
  9. wa nice service by D’Saji Delivery . Hope everyone stay at home and be safe la. Keep fighthing!

    BalasPadam
  10. Frust betul lah..kenapalah diorg tak buat penghantaran di area Pj. Nampak gaya dok umah masak sendiri je le

    BalasPadam
  11. ala jauh pualk dari rumah.. sekarang ni memang tak keluar rumah langsung. ingat nak order je dari foodpanda.. :(

    BalasPadam
  12. The offer is tempting , but unfortunately they don't deliver to my place ! Sob sob !

    BalasPadam
  13. Bagus ada perlhidmatan seperti ini dalam keadaan kuarantin skrg nie. Nak kluar rumah pon takut. Bolehlah order je. Terus sampai rumah

    BalasPadam