Ayam Geprek,

Korang Mampu Tahan Kepedasan Tahap 15 Sambal Embe Di Geprek Bensu

Selasa, Januari 28, 2020 Mahamahu 8 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang rasa korang cukup kuat untuk makan sambal yang pedas tahap gaban. Kalau korang rasa korang mampu tahan  tidak mengalami sakit perut cirit-birit lepas makan pedas dan tidak berpeluh korang kena cuba satu yang baru saja Maha makan kali ini. Restoran Geprek Bensu adalah satu restoran yang cukup popular bagi rakyat Indonesia kerana mengetengahkan Ayam Geprek.

Ayam Geprek ini berbeza dengan Ayam Penyet tau. Ayam Geprek adalah hidangan dalam bentuk ayam goreng yang digoreng garing dengan rempah dan disadurkan sambal di atasnya. Itu yang dibawakan oleh restoran ini. Sekarang ni korang tak perlu terbang sampai ke negara jiran untuk cuba semua itu kerana restoran ini telah membuka cawangan pertamanya di Bukit Bintang Kuala Lumpur.


Maha mulanya tak tahu pun pasal restoran ini tapi bila diperkenalkan oleh rakan dari Indonesia yang restoran ini cukup popular di sana jadi terus rasa nak mencuba. Restoran ini adalah pemilik seorang selebriti dan pengacara popular di Indonesia iaitu Ruben Onsu. Sebeb itu nama restoran ini ada perkataan 'Bensu' yang diambil daripada nama beliau sendiri. Kalau kat sana mereka telah ada lebih daripada 134 cawangan restoran dan kat Malaysia adalah cawangan yang pertama luar Indonesia.


Ingat sambal kat sini sama jer macam sambal ayam penyet biasa tapi bila dah rasa memang lain sangat. Bukan sahaja kelainan daripada rempah yang digunakan untuk menggoreng ayam ini sehingga betul-betul garing tapi juga kelebihan yang terletak pada Sambal Embe nya. Sambal ini lain daripada sambal yang ada di Malaysia mungkin kerana menggunakan cili yang diimport dari Indonesia. Sebab sebelum ini Maha pernah cuba masakan sambal di Jokja memang pedas lain macam.

Sambal di sini korang boleh pilih untuk tahap kepedasan daripada 0 hingga ke 15 yang paling pedas tahap berapi. Kalau tak percaya hari tu Maha pergi cuba sendiri makan kat restoran ini dan pilih tahap kepedasan 10. Bila suap jer ayam dan sambal tu terus rasa berapi dalam mulut ini dan terpacul habis semua peluh jantan wakakaka. Tak cukup satu cawan Teh O Ais yang disediakan siap kena kunyah ais batu baru rasa lega sikit. Lepas makan kalau guna tangan pastikan basuh bersih dan jangan pegang mata lepas makan guna tangan nanti menangis korang menahannya.

Hari Maha datang tu mungkin tarikh tak berapa baik kot kerana masa tu ramai sangat pelanggan yang berbaris menunggu untuk mengambil order sampai keluar restoran. Maha terpaksa berdiri selama lebih 40 minit tunggu untuk dapat makanan. Yer lah restoran baru buka tak silap baru sahaja dirasmikan pada 10 Jan 2020 hari tu. Jadi memang ramai lah warga Indonesia yang ada di Malaysia rindu nak dapatkan makanan kegemaran mereka ini.

Lagi malang hari tu baru sahaja pukul 1.30 tengah hari kebanyakan menu telah habis dan yang ada hanyalah Ayam Geprek dan juga nasi putih bersama dengan Teh O Ais. Jadi hari tu terpaksalah order Geprek Bensu Package With Sambal Embe dan juga Geprek Bensu Package With Salted Egg. Tak dapat nak cuba Geprek Bensu Noodle, Tempe Geprek, Jamur Geprek, Bakso Geprek dan menu special di cawangan Malaysia ini iaitu Geprek Bensu Nasi Lemak. Semua tak dapat cuba hari tu dah habis bukan rezeki kot sebab ramai sangat orang.


Mungkin boleh ditambah baik dari segi service kat restoran tu masa menunggu yang lama dan juga kakitangan kerana nampak macam masih tidak terurus dan teratur. Dah lah panas bahagian bawah restoran tu sian tengok keluarga yang datang bawa anak kecil terpaksa tunggu lama berkipas lagi. 
Tapi apa pun tak puas nak makan hari tu sebab nasi sikit sangat tak padan dengan Ayam Grepek yang di berikan. Tengok memang ramai warga Indonesia suka makan kat sini sebab mungkin populariti restoran ini kot kat sana. Kalau korang rasa korang cukup berani dengan kepedasan sambal kat sini boleh lah datang dan ambil kepedasan tahap 15 baru betul berani hehehe. Nanti korang komen kat sini kepedasannya macam mana ok.

Alamat restoran : 
Grepek Bensu Bukit Bintang
Jl. Bukit Bintang No. 73, 
Bukit Bintang, Kuala Lumpur 55100
Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam







8 ulasan:

  1. Menariknya.
    Harap lepas ni bertambah la cawangan di negeri2 lain pulaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap macam tu lah hehehehe baru nak masuk Malaysia...

      Padam
  2. Muka Bensu tu macam muka YB Maszlee lah hahaha dah lama nak try ayam geprek ni tapi cuak jugak tengok level pedas dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wakakakak itu lucu hehehe... Level 15 paling pedas berapi..

      Padam
  3. Lupa plak saya suruh maha Minum susu strawberi lepas makan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Knp tak bg tahu menggelupur kejap dalam kedai tu kepedasan wakakaka...

      Padam
  4. sbb masa pi media review n n jumpa owner dia suruh kitorg minum susu strawberi untuk hilang pedas level 10 ni

    BalasPadam
  5. woahhh enak sekali , jadipengen coba nih
    yuk baca artikel berikut
    PAKET DATA GRATIS

    BalasPadam