Baja,

Pernah Jatuh Tersungkur Dr Rozmey Bangkit Dengan Produk Membantu Petani

Rabu, Disember 11, 2019 Mahamahu 18 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Betul kata orang kalau bangun daripada jatuh adalah lebih baik daripada tak rasa jatuh tapi bila terduduk tak mampu bangun. Ini bukan cerita kisah Maha tapi kisah perkongsian usahawan dahulu sangat terkenal dan berjaya. Sebut sahaja nama Dato' Dr Rozmey siapa tidak kenal. Dahulu terkenal dengan pengeluar produk kesihatan dan imej yang lain daripada orang lain. 

Berkesempatan untuk beborak dan juga besama figura yang tidak kenal erti putus asa ini buat kita juga rasa bersemangat untuk berjaya sepertinya. Maha dan juga kawan-kawan berkesempatan untuk makan dan meluangkan masa bersama Dr Rozmey yang kini tampil lebih segar dan berani. Juga membawakan identiti yang tiada siapa sangka beliau adalah Dr Rozmey yang dahulu.

Sembang punya sembang banyak yang Dr kongsikan kepada kami selain daripada kisah silam juga kepada kisah terbaru beliau. Setelah 2 tahun membuat kajian akhirnya kini Dr telah menghasilkan produk terbaru khas untuk membantu petani. DDR Bio Grow adalah produk baja organik kombinasi formula bio dan lautan yang dihasilkan menerusi penyelidikan serta kajian saintifik terknologi terkini.

Kepakaran yang beliau ada digabungkan dengan rakannya seorang pakar kimia dalam polimer maka terhasillah produk baja yang bukan sahaja menambah hasil pengeluaran petani tapi juga mengawal serangan makhluk perosak tanpa memberi kesan sampingan kepada pengguna. Baja ini adalah baja polimer yang diekstrak daripada kulit udang dan cengkerang ketam menerusi teknologi biosains dan fasiliti makmal terkini. Sempat juga Dr memberi perumpamaan kalau kita nak mengatasi masalah haiwan perosak kena atasi daripada habitatnya. 

Baja ini kaya dengan NPK (unsur utama) dan trace element (unsur surih) yang membantu membentuk pertumbuhan akar dan penyerapan nutrien dalam tanah. Ia kaya dengan PGR (Plan Growth Regulator), penggalak dan pembesaran tumbuhan dan memperbaiki hasil tanaman serta meningkatkan hasil tanaman. 

Beliau berkata bahawa baja ini terlah teruji secara terus kepada petani padi di Negeri Kedah dimana makhluk perosak seperti Siput Gondang, Tikus, Ulat Gulung dan banyak lagi perosak kepada pokok padi dapat dihapuskan. Ia juga dapat mengawal pembiakkan rumpai yang menjadi pesaing kepada anak padi.

Sejak mula diperkenalkan di pasaran tempatan pada awal tahun lalu DDR Bio Grow menerima sambutan yang sangat menggalakkan dikalangan petani terutama pesawah. Kebanyakkan petani yang mencuba dan menggunakan baja ini menjadikan hasil pendapatan mereka meningkat sekali ganda daripada biasa dan secara langsung meningkatkan pendapatan mereka juga. 

Maha tak pandai pasal pertanian walaupun anak peneroka Felda tapi bila dengar bahawa niat murni Dr dalam membantu usahatani untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi rasa ia satu perkara yang terpuji. Bukan keuntungan sahaja yang beliau utamakan tapi hasil kepada pengguna yang menjadi keutamaan semasa menghasilkan baja ini. 

Buat masa ini baja ini sesuai untuk penggunaan petani berskala besar dan juga yang membuat secara persendirian. Harga di pasaran pun tidak begitu mahal menurut kata Dr, DDR Bio Grow didatangkan dalam saiz 1 liter RM65 sahaja dan untuk botol 4 liter pada harga RM199 sahaja. Juga boleh digunakan untuk petanian buah-buahan dan juga petanian sayur-sayuran kerana ia selamat dan tiada bahan kimia.

Selain daripada produk baja Dr Rozmey juga ada mengeluarkan produk pewangi dan antibakteria, juga DDR Bioshield untuk makhluk perosak. Kalau korang rasa nak dapatkan info lanjut pasal semua produk ini juga nak mencuba baja keluarakan Dr ini boleh layari laman web beliau dan boleh terus berhubung dengan Dr Rozmey seperti detail di bawah.

Whatsapp : Bit.ly/ddrwstablet
Tel : 012 5688446 







18 ulasan:

  1. Moga business Dr Rozmey akan lebih maju dan cemerlang di masa akan datang . Jatuh bangun dalam perniagaan adalah perkara biasa cuma kita jangan putus asa. Pasti suatu hari nanti akan membuahkan hasil. Not bad juga ya produk keluaran kalini sebab baja memang orang akan cari lebih lagi dalam bidang pertanian.

    BalasPadam
  2. Dah lain la fesyen Dr Rozmey ni sebab dulu pakai kot dengan tie. Penampilan sekarang jauh lebih santai. Moga Dr Rozmey berjaya kali ini.

    BalasPadam
  3. Semoga Dr Rozmey terus maju dan berjaya..Ingat gak dulu Dr buat produk kesihatan. Jauh jugak Dr bertukar bidang ya .. Moga2 dapat sambutan hebat utk produk baru Dr.

    BalasPadam
  4. Ingat dulu ada keluar ubat gigi ke homopathy supplement ntah .Patut la lama tak dengar pasal produk dia. Nampak menarik product baru ni. Boleh la beli nanti.

    BalasPadam
  5. Yelah, gagal sekali tak bermakna gagal berkali2 hehe... Bagus la dia keluarkan produk untuk bantuk petani-petani! Saya pun ada bercucuk tanam, tapi kat belakang rumah je la :p hehe

    BalasPadam
  6. lama tak dengar pasal Dr Rozmey.. masih kacak macam dulu ye dia sekarang ni. ingat lagi iklan dalam metro memang muka dia sahaja satu page

    BalasPadam
  7. Wah. Tukar bidang terus dari kosmetik ke pertanian. Ada dgr cerita menang kes baru2 ni. Moga ada kejayaan besar utk usahawan kita

    BalasPadam
  8. Semoga Dr.Rozmey terus maju dan berjaya. Wahh nampak nya sudah tukar bidang terus dari cosmetic ke pertanian. Moga ada kejayaan besar dan sambutan hebat untuk produk baru

    BalasPadam
  9. Terbaik.. produk terbukti boleh menghasilkan keluaran tanaman yang lebih.. Tahniah.. bangun semula dengan kejayaan.. moga lebih cemerlang membantu petani..

    BalasPadam
  10. aik? jual baja plak :) hi hi...
    pe pun, janji halal kan. wajib berusaha.
    bagus bersemangat gini. jgn putus asa.
    benda lama jadik kan iktibar :)

    BalasPadam
  11. Mesti seronok dengar sharing orang bisnes ni.. moga bisnes dr.rozmey terus berjaya.

    BalasPadam
  12. Wahh baja..bagus dr romzey ni tak pernah rasa mengalah tp terus bangkit berjuang

    BalasPadam
  13. Doc Rozmey memang bnyk ujian.tapi ramai yg tak tahu. Sbb dia bukn jenis riak, bnyak bantuan dia berikan dari hasil yg dia raih dari jualan dahulu smpai skrg. Anak yatim ramai yg menarik rasa syukur Dan gembira jika hamba ALLAH ini singgah Dan hulur bantuan. Di dalam Dan luar negara.. Dengan masjid lagi yg didirikan buat saudara kita yg Di luar negara yg sempit Dan x mampu me diri kan Rumah Allah. Bantuan lembu2 untuk Raya Korban. Pada Mereka..
    ALLAHUAKHBAR.. Teruskan niat murni mu Doc. Rozmey

    BalasPadam
  14. Teringat dulu viral produk keluaran Dr Rozmey. Lepastu trademark rambut die hehe. Lama die senyap kan. Semoga beliau terus success. Tahniah sebab tak penah give up

    BalasPadam
  15. Tahniah Dr Rozmey.. rupanya diam diam ada produk baru.. bangga tengok ada usahawan melayu yang tak pernah puts asa semoga sukses dunia akhirat untuk bantu orang lain

    BalasPadam
  16. Memang masih ingat lagi Dr Rozmey ni.. tapi tak ingat produk apa.. hehehe.. sekarang ada produk baru pulak ye.. bagusnya.. tak terus mengalah walau pernah tersungkur

    BalasPadam
  17. teringat pulak masa zaman dr rozmey ni di atas. tahniah sebab berjaya bangkit kembali

    BalasPadam
  18. lama tak dengar citer doktor ni. rupanya ada projek baru. All the best dr rozmey

    BalasPadam