Indonesia,

Misi Belajar Memasak Kulinar Popular Jogja Sangat Unik - Episod 3

Rabu, Disember 18, 2019 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok hari tu dah tulis pasal rumah makan atau restoran yang popular di sekitar Jogja yang Maha sempat pergi bersama kawan-kawan. Kemudian Maha share lak beberapa perusahaan tempatan Jogja yang boleh dijadikan ole-ole untuk dibawa pulang. So kali ini seperti mana Maha janjikan nak kongsi kepada korang beberapa resipi makanan Jogja yang menjadikan mereka begitu istimewa.

Kali ini Maha dan kawan-kawan blogger yang pergi trip bersama Tourism Indonesia diajar untuk buat makanan yang kita tengok macam biasa tapi bila rasa memang sangat luar biasa. Macam menurut kata chef profesional di salah sebuah hotel yang kami menginap bahawa Jogja ini cukup popular dengan makanan yang manis-manis. Hampir kebanyakan masakan mereka menggunakan kecap atau kicap. Jom kita belajar masakan yang Maha sempat masak ketika berada di sana.

MEE GORENG JAWA



Ni kalau tengok rupa macam Maggi Goreng kalau kat Malaysia. Sebab ia menggunakan mee telur orang sana panggil tapi kita mee segera. Rasa pedas dan manis yang seimbang kalau nak lebih pedas boleh ditambah cabe yang lebih dalam bumbunya. 

Bahan-bahan utama 
1 bungkus kecil Mee Telur
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji Kemiri (Buah Keras)
1 batang Wortel (Lobak Merah
3 batang Cabe (Cili Padi)
Sedikit daun Sawi 
Garam, Royco (serbuk pati ayam), Kecap Manis, Merica (Lada Sulah) secukupnya

Cara memasak
1) Rebus mee telur sehingga lembut dan selepas tu toskan airnya.
2) Tumbuk sehingga hancur bumbu iaitu buah keras, bawang putih dan bawang merah
3) Masukkan sikit minyak masak dan tumis semua bumbu tersebut sehingga naik bau wangi
4) Tumbuk pula cabe dan masukkan kemudiannya.
5) Lepas tu masukkan mee yang telah direbus gaul sekata
6) Sayur tadi iaitu lobak merah, sawi dipotong pendek kemudian dimasukkan dan masak sehingga layu
7) Akhirnya masukkan royco, kecap, merica dan garam secukupnya.



Siap untuk dihidangkan makan panas-panas pun sangat enak. Kalau makan selalu waktu sarapan pagi atau juga minum petang serta makan malam selalunya. Kalau kita kat Malaysia suka masukkan telur macam mee goreng mamak atau juga kita akan perahkan limau. Tapi kat sini mereka makan begitu sahaja memang sangat sedap.

TAHU MERCON



Ini sebenarnya cukup popular di sini mereka makan sebagai cicipan atau minum petang. Kalau kat Malaysia kita popular dengan Tauhu Bergedil kan. Ia lebih kurang juga macam tu tapi dalamnya di gunakan inti cabe merah yang pedas. Sebab tu bila gigit dalam mulut ia bagaikan meletop kepedasan cili tu sebeb tu namanya Tahu Mercon.

Bahan-bahan utama
300 gram Tahu Putih
3 ulas Bawang Putih
5 biji Cabe (Cili Padi)
Sedikit Ragi dan Garam secukup rasa

Cara memasak
1) Hancurkan tahu putih dengan meramasnya sehingga betul-betul hancur
2) Masukkan bawang putih, ragi dan juga garam kemudian gaul sekata
3) Sesudah tu gempal menjadi bulat dan ditengahnya masukkan cili padi yang telah ditumbuk halus
4) Kemudian goreng dalam minyak masak sehingga keperangan




Sangat mudah dan juga sangat sedap giler. Dah la kat dalam tauhu tu pedas ada cili orang kat sini mereka akan makan Tahu Mercon ni dengan sambal kicap untuk menambah kesedapan lagi. Awas kalau makan kena hati-hati kalau terkena bahagian yang banyak cili memang korang akan menganga kepedasan hehehe.

AYAM GORENG KALASAN DAN SAMBAL GORENG KRECEK



Ini pula ada dua menu masakan yang selalu makan bersama dengan nasi putih. Ayam goreng kalasan dan juga sambal goreng krecek ni memang gadingan serasi. Orang kat sini juga suka makan pedas-pedas kerana mereka lebihkan cabenya. Jom kita belajar memasak resipi ini daripada chef.

Bahan utama Ayam Goreng Kalasan
1. Air Kelapa
2. Bawang putih
3. Ketumbar
4. Lengkuas
5. Kunyit
6. Jahe (Halia)
7. Daun salam
8. Daging Ayam
9. Kecap Manis
10. Gula Jawa

Cara memasak
1) Masukkan air kelapa dan panaskan dalam periuk
2) Kemudian masukkan daging ayam masak sekejap
3) Masukkan pula daun salam, halia yang telah ditumbuk, bawang putih ditumbuk, ketumbar, lengkuas dan kunyi dipotong kecil
4) Kacau sekata dan masukkan kecap manis serta gula jawa dan masak sehingga ayam betul-betul masak
5) Keluarkan ayam daripada air rebusan tadi dan gorengkannya dalam minyak panas sehingga warna keperangan



Bahan utama Sambal Goreng Krecek 
1. Bawang besar
2. Bawang kecil
3. Bawang putih
4. Lengkuas 
5. Kacang Hitam
6. Cabe Merah
7. Santan pekat dan Garam secukupnya
8. Kerupuk Kulit Sapi (Keropok Kulit Lembu)

Cara memasak 
1) Tumis bawang merah sehingga naik bau dalam minyak masak
2) Masukkan bumbu yang telah digiling iaitu bawang putih, bawang besar, bawang kecil dan lengkuas
3) Tumis sehingga sedikit masak dan masukkan cili merah giling. Kena masak sehingga cilinya masak yer.
4) Lepas tu masukkan kacang hitam yang telah direbus
5) Masukkan santan pekat dan dikacau selalu supaya tidak berketul
6) Akhir sekali baru masukkan Kerupuk Kulit Sapi masak sehingga kering




Memang puas makan dua menu yang Maha belajar semasa berada di Jogja ni. Bagi Maha mereka banyak menggunakan cabe dalam masakan dan cabe mereka sangat pedas yer nak banding dengan Malaysia. Kalau korang berkelapangan boleh belajar kulinar Indonesia ini memang menarik dan ilmu baru. Ok sampai sini sahaja kisah jelajah kulinar di Jogja memang satu pengalaman best dan seronok. Terima kasih sekali lagi kepada Tourism Indonesia dan semua yang menjemput Maha ke sini. Harap dapat ketemu lagi nanti yer.

#jogjaistimewa #jogjaculinary #ftmyborobudur #wonderfulborobudur #wonderfulindonesia







1 ulasan:

  1. Keep up the fantastic piece of work, I read few blog posts on this web site and I believe that your site is real interesting and has lots of great information. Every router and modem has login credentials and a default IP address that allows you to access the settings. 192.168.l.254 is one such IP address used to access settings of routers like TP-Link, 2Wire, ADSL routers, 3Corn routers and Westel ADSL moderns to name a few.

    BalasPadam