Bandar Baru Bangi,

Kahwin Di Hotel Puri Pujangga UKM Bangi Dapat 2 Dalam 1

Selasa, Disember 17, 2019 Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hujung tahun ni memang masa untuk memenuhi undangan perkahwinan walaupun tengah dalam keadaan banjir sekali pun majlis tetap berlangsung dengan meriah. Maha sendiri pun dapat juga beberapa jemputan perkahwinan hujung tahun ini ada yang dekat dan juga ada yang jauh.

Tapi kalau ada pasangan yang masih tercari-cari tempat untuk melangsungkan perkahwinan dalam keadaan yang selesa dan juga tenang tanpa masalah banjir dan sebagainya mungkin Hotel Puri Pujangga @ UKM Bangi boleh dipertimbangkan. Maha belum lagi ada pasangan tapi teringin tu ada nak kahwin belum jodoh kata orang wakakaka. Bila tengok dewan perkahwinan cantik-cantik dan meriah ni rasa macam nak kahwin cepat jer.




Baru-baru ini Maha dijemput untuk menghadiri 'Wedding Open Day' di hotel tersebut. Saja jer tengok-tengok apa yang mereka tawarkan dalam pakej perkahwinan di sini. Kali ini Hotel Puri Pujangga kerjasama dengan SASES selaku wedding partner menawarkan harga serendah dari RM45nett untuk seorang. Dengan tawaran harga ini pasangan pengantin boleh dapat 2 dalam 1 tau.






Apa yang dimaksudkan 2 dalam 1 tu? Ini yang menarik kalau korang pilih untuk buat majlis yang bermakna di hotel ini, korang akan dapat lokasi perkahwinan yang lengkap termasuk makanan serta juga dapat penginapan sekali. Diberi nama Pakej 'Pujangga Bronze' ini kena order minima untuk 1000pax tetamu. Alang-alang dah buat kenduri kat hotel mesti nak ajak ramai orangkan.

Pakej ini termasuk sekali dengan :
- 10 bilik penginapan 2 hari 1 malam
- 1 bilik 'Bridal Suite' untuk pengantin
- Meja beradab untuk 10 orang
- Sistem Audio dengan 2 mikrofon
- Rostrum
- Pentas untuk pelamin 
- Karpet merah
- 'Food Testing' untuk 10 orang
- Percuma Wi-Fi
- Dewan berhawa dingin
- 'Centrepiee' untuk setiap meja
- 2 VIP Dome
- Pakir percuma untuk tetamu
- Valet parking (2 kereta)

Percuma lagi pasangan pengantin akan dapat
- Dekorasi Pelamin
- Dekorasi meja beradab
- Fotografi
- Door Gifts
- Kek Kahwin
- Busana Pengantin (Sanding)

Mesti keluarga dan juga pasangan pengantin akan utamakan makanan kepada tetamu kat sini tak perlu risau kerana menu utama terbaik di sediakan bagaikan hidangan raja. Antara menu yang boleh dipilih seperti Nasi Minyak/Nasi Briani/Nasi Tomato, Daging Rendang/Briani/Palembang, Ayam Masak Merah/Goreng Berempah/Kuzi, Dalca Sayur, Jelatah, Papadom, Kuih muih, Buah-buahan, Air Sirap Limau, Teh 'O' dan Kopi 'O' Panas





Tu pilihan menu untuk tetamu tapi ada, terdapa juga menu disediakan untuk meja Makan Beradab bagi pengantin. Antara yang ada seperti Nasi Minyak/Nasi Briani/Nasi Tomato. Ayam Panggang, Ikan Siakan 3 Rasa, Udang Masak 'Butter', Koktail Buah, Air Sirap Limau, Teh 'O' dan Kopi 'O' Panas. Semua ni dengan harga yang Maha bagi tahu tadi sebab ia dalam satu pakej.



Bagi pasangan yang ada bajet lebih sikit boleh memilih untuk beberapa pakej lain yang ada ditawarkan disini seperti Pakej 'Pujangga Silver', Pakej 'Pujangga Gold' dan juga Pakej 'Pujangga Diamond'. Setiap pakej ada kelebihan dan juga kelainan sendiri demi memenuhi kehendak tuan rumah dan juga pasangan pengantin. 





Selain daripada pelamin dalam dewan kat Hotel Puri Pujangga @ UKM Bangi ini juga ada menawarkan untuk perkahwinan ala 'Garden'. Di mana mereka akan menyediakan dekorasi diluar kawasan dewan yang sangat selesa dan cantik. Nak buat majlis akad nikah boleh, resepsi boleh, atau juga majlis lain sangat sesuai di kelilingi kehijauan dan juga angin sepoi-sepoi bahasa. Maha bila tengok rasa macam nak kahwin esok juga hehehe sebab tu duk berangan duduk kat pelamin tu.


Untunglah siapa yang ada perancangan nak kahwin tahun depan boleh start booking sekarang. Datang terus ke hotel ini untuk sesi rundingan lanjut dan juga boleh booking untuk sesi food testing supaya semua orang berpuas hati. Maha kalau dah ada pasangan pun nak buat kenduri kat sini tak jauh dari KL dan juga sesuai untuk orang area Bangi, Kajang, Serdang atau Putrajaya nak buat majlis di sini.

Sebarang pertanyaan lanjut dan juga infomasi boleh hubungi mereka di sini:
Tel : 03-8927 4128
        03-8922 2891
        03-8926 2443
Email : sales@puripujangga.com.my









19 ulasan:

  1. wah ada ala garden juga...adik ipar dlu majlis buat kt sini gk la

    BalasPadam
  2. wahhhh Garden Wedding is available now.. nowadays ramai yg suka konsep ni kan...

    BalasPadam
  3. Yeh! My friend pernah buat her wedding here. The setting is lovely. Simple but good. Something I like for myself too.

    BalasPadam
  4. Boleh dh ni mahamahu buat majlis lagi dkt sini 😅. Dpt 10 bilik hotel tu yang puas hati

    BalasPadam
  5. cantik betul lah tempat dia tu. pelamin pun cantik. makanan semua sedap dan bilik hotel pulak. superb!

    BalasPadam
  6. Hamboi Maha, dok d singahsana nampaknyer :)
    Posting ni lah ekk mengundang byk tahniah di fb :)
    ha ha ha...

    BalasPadam
  7. Perghhh....!! Macam menarik bebenor kahwin dekat tempat yang macam nie... cer kekome yang kahwin dekat sini, jemput teman mai makan nasi minyak korang...

    BalasPadam
  8. Sis nak order pakej perkahwinan ala 'Garden' la. Ok jugak tu pakej sekali dengan 10 bilik penginapan. Bolehlah kita melenjan kat hotel depa lepas penat majlis atau yang datang dari jauh kan.

    BalasPadam
  9. cantiknya lokasi perkahwinan ni...terutama yang garden tu..meletop uolls...kalau ada bajet mmg best buat majlis perkahwinan macam ni kan...

    BalasPadam
  10. senang buat dekat sini..tertarik denagn bahgain luar tu..cantik gila..dewan pun nampak luas..suka la tengok dekorasi dia

    BalasPadam
  11. cantiknye tempat wedding ala garden. boleh berangan ala princess fairy. Kita dah kawin, aniversary boleh try pulak nanti. ada voucher tak.. ekeke

    BalasPadam
  12. Ingat maha nak langsung tadi. Kalau langsung jgn lupa jemput tau. Buat kat sini..cantik bebenor yg garden wedding tu. Terasa nak naik sekali lagi pulak..hahaha

    BalasPadam
  13. Maha mahu kahwin tak di hotel ni? Jangan lupa jenput nampak grand lokasi dan cara penyediaannya..

    BalasPadam
  14. Cukup lengkap pakej yang disediakan , cuma pilih je ikut bajet . Suka tengok yang ala taman tu , dalam gambar sure cantik tapi kalau hujan...basah la , hehehe . Boleh rekmen pada kengkawan yang tengah cari lokasi

    BalasPadam
  15. Sekarang nie mmg ramai sukakan konsep perkahwinan dlm taman ya sbb rata2 semua menawarkan pakej sebegitu. Mmg cantik dan menarik tp risau tang cuaca je

    BalasPadam
  16. Apa?? Maha nak kawen dah? Hehe k gurau je. Gayanya macam maha tengah survey untuk majlis sendiri je tu kannnn

    BalasPadam
  17. kalau tengok dari segi lokasi dan kemudahan yang adal dalm pakej tu memang menarik. kira boleh memudahkan pasangan dan keluarga utk urusan perkahwinan

    BalasPadam
  18. wah lokasi pun elok je. dewan pun cun sangat. kemudahan yang semua pengantin perlukan.

    BalasPadam
  19. Wah menarik ni.. tapi dah kahwin dah.. kut2 kalau nak kahwin lagi, mungkin boleh consider kat sini? Hahaha gurau2

    BalasPadam