Cuti,

Dari Teluk Intan Sampai Ke Pulau Pangkor Menjejaki Alam Semulajadi Dan Tinggalan Sejarah

Selasa, Disember 31, 2019 Mahamahu 23 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha selalu juga pergi jalan-jalan ke negeri Perak Darul Ridzuan ini, biasanya selalu sampai ke ibu negeri sahaja iaitu Ipoh. Rupanya di Perak ni banyak lagi tempat menarik dan juga keindahan alam semulajadi yang masih terpelihara. Sebelum ni tak tahu tapi bila dah jejak kaki kat sini baru lah tahu banyak yang boleh kita banggakan dengan tanah air kita sendiri.

Maha sebenarnya pergi bersama dengan Tourism Malaysia Wilayah Utara dan juga rakan-rakan media dan blogger lain baru-baru ini. Walaupun masa yang singkat tapi banyak ilmu dan juga pengetahuan yang boleh Maha kongsikan di sini. Daripada Teluk Intan sampai ke Pulau Pangkor kami dibawa menjelajah mengenali lebih dalam tentang dua lokasi ini. Jom Maha kongsikan beberapa tempat menarik yang korang boleh kunjungi bila sampai ke sana.

Memerhati Burung Dan Menangkap Jenggo Di Sungai Perak


Sebenarnya Sungai Perak sepanjang 400 meter adalah sungai kedua terpanjang di semenanjung Malaysia. Kalau korang nak menerokai sepanjang sungai ini terdapat perkhidmatan River Cruise yang disediakan untuk penumpang dan juga kaki pancing. Korang boleh menyertai Jelajah Persisir Sungai Perak yang bermula di jeti bot penambang Pokok Asam, Teluk Intan.


 

Sepanjang perjalanan itu korang boleh melihat banyak perusahaan kapal dan juga boat oleh orang tempatan. Kat sini kebanyakan penduduk kampung adalah nelayan. Selain itu ada juga pelbagai aktiviti orang kampung iaitu seperti menangkap Jenggo. Tahu apa tu Jenggo? Ia adalah sejenis hidupan sungai dalam kategori udang atau lebih dikenali sebagai udang galah yang banyak terdapat di sungai ini. Kalau korang datang untuk memancing udang di sini pun mereka sediakan pakej yang menarik buat kaki pancing. Sebab itu Teluk Intan popular dengan udang galah. 



 

Kemudian perjalanan di teruskan lagi sehingga ke Pulau Bangau di mana ia adalah habitat burung ini yang masih terjaga. Di sini terdapat ratusan burung bangau dari pelbagai saiz ada dan pengunjung boleh mengambil gambar serta memberi burung makan. Kalau korang datang pada bulan Mei korang dapat melihat ratusan telur-telur burung bangau ini menetas. Ternyata ianya keunikan yang tiada di tempat lain. 

Menara Condong Teluk Intan


Tak sah kalau sampai ke Teluk Intan ini korang tak datang ke satu bangunan yang menjadi monumen sejarah di sini sejak tahun 1885 dan berusia lebih daripada 100 tahun. Inilah dia mercu tanda Teluk Intan iaitu Menara Condong. Dulu pada mula pembinaannya ia adalah menara tangki air untuk menampung air bagi penduduk sekitarnya. Kini ia menjadi menara jam untuk pelancong datang bergambar dan juga mengenali menara ini.





Tak tinggi sangat pun menara ini lebih kurang 85 kaki setinggi bangunan tiga tingkat dan mempunyai 110 buah anak tangga. Ramai pelancong suka datang sini kerana ia menjadi menara condong kedua selepas Menara Pisa di Itali. Kalau korang datang pada waktu siang boleh lihat keindahan bangunan yang masih utuh dan juga berkesempatan naik sehingga ke bahagian kunci jam.



Tapi menara ini menjadi lebih tumpuan orang ramai apabila tiba malam menjelang kerana seluruh menara ini diterangi dengan cahaya lampu. Ada masa cahaya berwarna warni menerangi seluruh menara ini tapi masa Maha datang ia bagaikan bangunan keemasan kerana cahaya lampu kuning yang meneranginya. 

Ladang Moccis 


Kat Teluk Intan ini juga ada satu perusahaan ladang yang mana ia diusahakan oleh Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad. Ladang Moccis ini menyediakan banyak kemudahan seperti Homestay yang berpatutan dan juga ada mini zoo di dalamnya. Korang boleh buat aktiviti menarik kalau datang sini dengan menaiki ATV yang disediakan. Di tengah ladang ini mempunyai tasik yang luas menjadi landskap kepada keindahan semulajadi di sini.






Korang mesti kena pergi mini zoo yang ada di sini kerana ia menempatkan pelbagai spisis haiwan seperti Kucing Hutan, Rusa, Burung, Kambing Biri-biri, Itik dan juga Arnab. Homestay dalam kawasan ini dikenali sebagai Changkat Jong yang mengadap tasik. Korang boleh buat pelbagai aktiviti di tasik ini seperti berkayak dan memancing.

Jeti Marina Island Pulau Pangkor


Selepas habis sahaja aktiviti di Teluk Intan kami terus pergi ke Jeti Marina Island untuk terus penjelajahan ke Pulau Pangkor pula. Jeti ini telah banyak perubahan dan sangat selesa untuk pelancong atau pengunjung ke Pulau Pangkor. Kat sini disediakan feri setiap 15 minit untuk pengunjung ke Pulau Pangkor Bebas Cukai menjelang tahun 2020 nanti. Makin ramai lah orang akan ke sana untuk mendapatkan pelbagai barang yang murahkan.






Kampung Penyu (Pusat Konservasi Penyu)


Pulau Pangkor juga ada pusat dimana mereka membiakkan penyu untuk mengekalkan ekosistem di sini. Dikenali sebagai Kampung Penyu di sini dibiakkan penyu spesies Agar dan Lipas. Pulau ini menjadi lokasi pendaratan penyu yang popular dan kini makin terancam dan usaha pemulihan dan pemeliharaan giat di jalankan di sini. Sini korang dapat kenali dan juga berinteraksi dengan penyu yang ada dan juga mengetahui bagaimana proses pemeliharaan khazanah paling berharga di pulau ini. 






Bayaran yang dikenakan untuk masuk ker pusar konservasi ini hanya RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Di sini sarang telur penyu disediakan dan akan dibiar sehingga telur menetas dan anak penyu berusia 1 bulan baru dilepaskan ke luat dalam untuk habitat sebenar. Usaha ini sangat penting dalam mengekalkan Pulau Pangkor sebagai destinasi pendaratan penyu dan tidak akan pupus kerana ancaman daripada manusia. 

Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor


Ini juga adalah lambang kemegahan Islam di sini dengan terbinanya sebuah masjid terapung yang digelar Masjid Al-Badr Seribu Selawat. Masjid ini bukan saja menjadi tempat beribadat, masjid terapung di Kampung Teluk Gedong ini juga menjadi salah satu lokasi kunjungan wajib pelancong dalam dan luar negara. Ia mula dibina pada 7 Mac 2014 dan siap Oktober 2017 menggunakan unsur kesenian beridentitikan Perak dalam setiap hiasan dengan keluasan 1708.8 meter.







Bila korang masuk ke dalam masjid ini terdapat begitu banyak ukiran kaligrafi ayat suci Al Quran di dinding masjid ini. Sebab itu ia digelar Masjid Seribu Selawat. Didalam masjid ini juga terdapatnya ukiran bunga yang menyerikan setiap ruang di masjid ini diilhamkan daripada bunga tekat atau lebih dikenali sebagai bunga Perak yang juga bunga warisan dan simbol bagi negeri Perak.

Kota Belanda Pangkor


Ini pun satu lagi tinggalan sejarah yang korang wajib pergi bila sampai ke Pulau Pangkor, iaitu Kota Belanda. Ia adalah merupakan monument peninggalan zaman pemerintahan Belanda di Tanah Melayu pada tahun 1670. Kalau korang tengok ia tidak lah besar mana kerana bangunan ini adalah tempat Belanda menyimpan hasil biji timah yang diperolehi di Negeri Perak pada satu masa dahulu.





Sekarang ia diwartakan sebagai tapak bersejarah dan menjadi tumpuan pelancong yang datang ker Pangkor ini untuk bergambar kenang-kenagan. Orang kampung di situ juga ada bercerita bahawa terdapatkan Batu Bersurat Belanda yang dipahat oleh askar Belanda sebagai tanda mereka pernah berada di situ pada masa dahulu.

Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan Pak Su


Sebelum pulang dari bercuti korang mesti nak mencari ole-ole istimewa Pangkor untuk dibawa pulang bersamakan. Satu tempat yang korang boleh dapat semua produk perikanan adalah di Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan Pak Su. Ini kerana Pangkor bergitu terkenal dengan produk dan hasil laut jadi kat sini memang semuanya ada.




Di antara produk laut yang popular di sini adalah Ikan Bilis Mata Biru, Sate Ikan dan Sotong Kering Bergula. Semua dihasilkan produk dihasilkan di sini daripada bahan mentah dengan menjaga kualiti dan juga memastikan ia adalah produk yang Halal. Jadi korang kena beli semua ini untuk di bawa pulang dan dihadiahkan kepada keluarga atau juga kawan-kawan.




So habis perjalanan Maha bersama kawan-kawan ke Teluk Intan dan juga Pulau Pangkor. Sebenarnya banyak lagi lokasi yang menarik kat sana mungkin tak sempat nak pergi semua sekali. Apa pun Maha nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Tourism Malaysia Wilayah Utara kerana menjemput Maha untuk sertai FAM Trip kali ini. Moga lepas ni banyak lagi tempat dapat Maha pergi di negara sendiri untuk di ketengahkan kepada pembaca semua ok. Selamat bercuti dan meriahkan Visit Malaysia 2020 yang akan tiba tak lama lagi.







23 ulasan:

  1. Banyak juga ye tempat menarik kat Perak yang kte boleh lawati

    BalasPadam
  2. Wahh cantik-cantik gambar Abang Maha ambil. Rindu pula dengan Pangkor kan. Semua tempat ni pun tenang je rasanya. Macam nak pergi lagi lepas baca entri Abang Maha ni!

    BalasPadam
  3. kenapa comelll sangat binatang2 tu semuaaa! and cantik gambar bangunan ! macam kat luar negara la. tak pernah pergi lagi tempat2 ni, macam nak try pergi je.

    BalasPadam
  4. bnyk jugak tempat menarik kt perak ni. kena pergi jgk nnti ni. cantik2 gambar tu

    BalasPadam
  5. Dah lama sebenarnya Kak fas tidak pergi ke Pukau Pangkor walau pun orang Perak haha sampai dah afa Masjid baharu kat situ.. insyaAllah jika ada masa nak ke sana lagi laa..

    BalasPadam
  6. Ha..ikan bilis mata biru memang favorite la. Kat rumah ni memang ada je stok..hehhee

    BalasPadam
  7. Perak memng banyak tempat menarik..menara condong, pulau pangkor nad pernah pergi..tapi ada sesetengah tempat yang maha pergi nad tak pergi lagi macam penyu tu..rindu pangkor

    BalasPadam
  8. Wahhhhh bestnyaaa. Thanks for sharing. Bestnya tempat tmpat yg di suggest tu. InsyaAllah kalau smpai teluk intan, huda singgah situ.

    BalasPadam
  9. Marina yang duk perak ni pon tak pernah pergi pulau bangau. Macam best je

    BalasPadam
  10. Bestnya Maha !! Ingatkan apa lah Jenggo tu. rupanya udang galah. Halahh halahhh halahhh. Ingatkan sejenis cicak ke apa. Hahaha

    BalasPadam
  11. Bestnya.. Dah lama xpi ke Pangkor.. Udang galah tuuuu buat masak lemak sedapnya kannnnnn

    BalasPadam
  12. syok juga travel camni. menarik yang pembuatan hasil laut tu, selalu ingatkan bangsa asing yang buat. ni rupanya ada produk muslim.

    BalasPadam
  13. cantiknya gambar2.. lama tak pi pangkor. mcm2 makanan laut ada

    BalasPadam
  14. dlu i prnh dduk di teluk intan selama 4 tahun. cantik dan aman tmptnya. thanks for sharing, perak deserves more attention from the world!

    BalasPadam
  15. Bestnya, lama dah tak jenjalan macam ni. Ke pangkor pun rasanya last pergi masa zaman belajar dulu. Lama sangat dah tu

    BalasPadam
  16. Mouse mommy suka tengok fotografi mahamahu, down to life! Alam semulajadi, cara hidup dan jugak gambar bandar, sejarah dan sebagainya.

    BalasPadam
  17. wah ralit tau kita baca perkongsian ni. memang best betul. Macam-macam aktiviti ya.

    BalasPadam
  18. Antara cara2 yang anda perlu tahu untuk kira zakat pendapatan

    BalasPadam
  19. Cara-cara Permohonan pelajar ke timur tengah secara mudah melalui online.
    Senarai Program asasi untuk jurusan sains yang ditawarkan oleh ipta.
    Veterinar malaysia

    BalasPadam
  20. "Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ini lah masanya nak bersama keluarga dan juga sanak-saudara yang jauh untuk makan beramai-ramai sempena dengan Tahun Baru Cina. Almaklumlah waktu tu semua orang cuti jadi semua boleh jumpa bersama dan makan buffet yang ada di UTARA Hotel Armada Petaling Jaya. Jangan risau kerana kafe ini ada sijil Halal JAKIM dan makan lah tanpa was-was."
    new york uncontested divorce instructions

    new york state divorce mediation

    BalasPadam