121 Residences,

Apakah Ciri Utama Untuk Pemilihan Rumah Idaman Seperti 121 Residences

Rabu, Disember 04, 2019 Mahamahu 12 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Semua orang akan ada rumah idaman sendiri kerana itu adalah aset pelaburan paling strategik untuk jangka masa panjang. Sekarang ni nak dapatkan rumah satu yang mencabar bukan sahaja kerana faktor kewangan tapi juga lokasi yang perlu di pertimbangkan. Alhamdulillah Maha juga dulu mengalaman situasi seperti ini dimana rumah strategik dan juga berbaloi dengan pelaburan yang korang keluarkan.

Maha bukan pakar dalam hartanah tapi kalau kita nak buat pilihan perkara paling penting adalah kita kena pergi melawat sendiri pejabat atau tapak pemeran perumahan dari developer. Macam yang Maha buat baru-baru ini pergi sendiri ker Glomac Damansara untuk melihat beberapa projek perumahan yang tengah mereka bangunkan perancangan masa depan. Di antara yang menarik perhatian Maha adalah 121 Residences yang terletak di Bandar Utama. 

Keselesaan 121 RESIDENCES


Menariknya rumah ni Maha suka kerana beberapa faktor yang kita kena titik berat dalam pemilihan lokasi perumahan.

1) Berhampiran dengan LRT 3 
- Mengikut plan tu rumah ni hanya terletak kurang dari 400meter sahaja dengan stesen LRT Kayu Ara yang dalam proses pembinaan. 
2) Berada ditengah-tengah Bandar PJ dan Damansara 
- Ini paling penting siapa yang bekerja berhampiran kawasan PJ dan Damansara lokasi rumah ini sangat strategik dengan tempat korang. Juga berhampiran dengan pusat beli belah utama seperti 1Utama, Centrepoint, Glo Damansara dan juga The Curve. 
3) Berhampiran dengan kemudan utama seperti hospital dan sekolah
- Ini juga penting kerana perumahan ini berada dekat dengan kemudahan utama seperti Hospital Pakar KPJ Damansara dan Thomson Hospital Kota Damansara. Manakala institut pendidik yang berhampiran seperti Sekolah Antarabangsa British Kuala Lumpur dan Kolej Universiti First City.




121 Residences ini terdiri daripada 2 block bangunan yang satu tu Tower A telah dilancarkan bulan Ogos tak silap Maha. Cuma sekarang mereka tengah buka untuk pembelian Tower B yang mempunyai 389 unit setinggi 33 tingkat. Masa Maha tengok tu tertarik dengan unit 3 bilik tidur dan 2 bilik air seluas 750kaki persegi. Ada juga unit untuk orang bujang iaitu 2 bilik dan 1 bilik mandi seluas 450kaki persegi.





Rumah sangat cantik tak terlalu kecik dan juga tak terlalu besar. Sesuai untuk yang bekeluarga kecil atau yang baru mendirikan rumah tangga yang mahukan rumah sendiri. Harga untuk rumah saiz 450sqft tu hanya RM318k manakala yang besar pula RM450k sahaja. Paling menariknya korang yang minat boleh buat tempahan sekarang serendah RM5000 sahaja. Kemudian dapat lagi MOT, Stamp Duty serta Yuran Pengeluaran Undang-undang SPA secara PERCUMA. 



Sini mereka menekan 3 unsur utama dalam pembinaan rumah yang dipanggil konsep 'CO' iaitu Connect, Comfort dan Community. COMFORT digunakan untuk menggambarkan bahagian dalam pembangunan. CONNECT merujuk kepada sambungan luaran iaitu kemudahan akses ke bandar. COMMUNITY merujuk kepada ruang dan kemudahan bersama yang akan menggalakkan interaksi dan kehidupan sosial dalam 121 Residences ini. Keseluruhan pembinaan ni akan siap dalam tahun 2023 tapi sekarang dah mula pembinaan.

PLAZA KELANA JAYA


Ni masanya nak tambah harta dan juga aset korang pada yang mampu miliki lebih rumah. Bagi yang baru nak beli Maha rasa ini pilihan terbaik. Mereka juga ada projek Plaza Kelana Jaya iaitu pejabat dan service apartment. Kalau korang lalu kat tepi LDP akan nampak signboard pembinaan projek ini. Dijangka siap dalam tahun 2022 nanti jadi boleh juga buat tempahan sekarang.  



Sini pun ada 2 jenis rumah iaitu 1 + 1 bilik iaitu 2 bilik tidur dan 1 bilik air bersama 1 tab mandi dengan keluasan 450sqft dari RM380k dan 3 bilik 2 bilik mandi dengan keluasan 750sqft dari RM580k. Sini korang boleh buat tempahan dengan serendah RM1000  untuk yang bumi-lot dan RM5000 untuk bukan bumi-lot. Kemudian ada juga MOT, Stamp Duty serta Yuran Pengeluaran Undang-undang SPA secara PERCUMA. 

Sertai TRIPLE BOOST YEAR END BONANZA


Kalau korang tak ada masa nak datang sekarang korang boleh datang pada Ahad ini di pejabat mereka Glomac Damansara. Ini kerana pada tanggal tersebut meraka adakan Triple Boost Year End Bonanza. Sempena dengan sambutan ulang tahun ke 30 Glomac meraka akan berikan diskaun istimewa dan pemberian hadiah kepada pelanggan yang datang sana. Jadi dah dapat rumah lebih murah masa tu.

TRIPLE BOOST YEAR END BONANZA
Tarikh : 8 Disember 2019 (Ahad)
Waktu : 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Lokasi : Menara Glomac, Glomac Damansara, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur


Mereka juga nak bagi kepada korang yang datang buat tempahan rumah menggunakan Boost e-dompet pada acara tersebut akan dapat cashback segara RM50 lagi tau jimat dan untung ok. Juga ada acara perkongsian ilmu dari pakar hartanah kalau korang kenal Khalil Adis, Perunding Harta Antarabangsa jam 12.00 tengah hari dan juga Jason Lu, Ketua Strategi - The Makeover Guys pada jam 3.00 petang. 

Korang datang pada hari tersebut tak balik lapar kerana mereka sediakan hidangan ringan, Teh Bubble percuma, aiskrim percuma, permainan dan pelbagai aktiviti menarik untuk korang menang hadiah istimewa. Kalau nak tahu kena datang mereka punya acara sehari tu. Sambil tengok rumah juga boleh isi masa cuti korang ada juga aktiviti menarik bawa anak-anak sekali pun boleh. 

Kalau rasa nak datang tu boleh register online di sini https://bit.ly/33ymw7N atau dapatkan info lanjut kat laman web https://www.glomac.com.my.




  




12 ulasan:

  1. Bila nampak plan rumah ni, teringat dulu2 suka sangat tengok pelan dalaman rumah. Menarik. Pastu berangan nak design camni camtu haha.

    Btw, Nampak menarik sangat 121 residences ni, lokasi strategik, facilities pun mudah dapat. Terbaik!

    BalasPadam
  2. wahhh Maha plan nak beli sebijik ke, bagusnya sy dah xle beli umah tlg iklankan utk kwan2 boleh lah

    BalasPadam
  3. cantiknya rumah Glomac. suka kalu rumah ada fasiliti menarik, dah la dekat kemudahan. mesti bagus buat investmnent

    BalasPadam
  4. Cantiknya design2 rumah cenggini.. Yg penting dekat dgn lrt.. Leh la AM rekomen kat sepupu AM.. Dia tgh dok cari rumah yg bersesuaian

    BalasPadam
  5. Kalau tak kerana baru je start membayar rumah, Rawlins pun teringin nak apply nie. Saiznya yang bertepatan dengan status diri yang single dan kemudahan yang banyak memang menepati kriteria rumah idaman.

    BalasPadam
  6. Bestkan mencari rumah di Glomac. Detail semua info mereka bagi. Untuk kawasan damansara rumah 450 kaki persegi dan harga 318 k keatas. Memang berbaloi-baloi.

    BalasPadam
  7. Cantik interior design rumah dia. Bestnye rumah dekat dengan facilities.

    BalasPadam
  8. Design lawa, lokasi strategik pula tu..banyak kemudahan tersedia. Sapa yang beli ni memang untung la.

    BalasPadam
  9. Design dia lawa lh Maha. Selesa pon selesa. Facilities pon mantap. Dekat dgn pelbagai tempat. Pokoknya sangat strategik perumahan nie. Bolehlah nanti nak ke showroom mereka dan tengok sendiri rumah di sana

    BalasPadam
  10. cantiknya ! mek suka dengan design and deco apartment. rasa urban, tak rasa sarat. kiranya just nice untuk mata mek. tapi tu lah, apartment. huhu.

    BalasPadam
  11. I have read your blog it is very helpful for me. I want to say thanks to you. I have bookmark your site for future updates. Gramho is an Instagram account analyzer and viewer. Our algorithm gives you the possibility of analyzing your or other person's Instagram account statistics.

    BalasPadam