Buffet,

Hanya RM60 Sahaja Untuk Bufet Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina Di SDCC

Selasa, November 05, 2019 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Walaupun masih tahun 2019 tapi promosi untuk Tahun Baru Cina sekarang tengah rancak tambah-tambah lagi dari China Treasures Restaurant di Sime Darby Convention Centre. Mana tidaknya bermula November tahun ni mereka dah tawarkan harga untuk bufet makan malam Tahun Baru Cina serendah RM60 untuk seorang.

Mana nak dapat murah macam ni dan paling penting korang dah boleh rancang awal untuk nikmati masakan Chinese yang hanya setahun sekali jer kita dapat cuba. Yer lah hanya pada tahun baru macam ni lah baru kita dapat jumpa Yee Sang. Maha suka akan Yee Sang sebab dalam tu banyak bahan dan pelbagai rasa menarik.




Kat SDCC ini pun ada menyediakan Yee Sang with Wakame Salad & Chuka Hotate. Ditambah lagi beberapa menu lain yang menarik di sini seperti Double Boiled Chicken Soup with Dried Scallop Morel Mushroom & Cordyceps Flower, Braised Whole Chicken with Soy Sauce & Chinese Spices in 'Teochew' Style, Steamed Grouper with Ginger, Chili & Garlic Soy Sauce, Deep Fried Prawn with Spicy Chili Garlic Sauce, Braised Hairy Cucumber with Chicken Paste, Baby Abalone & Dried Scallop Sauce, Steamed Rice in ' Traditional Old China' Style, Double-boiled Snow Fungus, Yacon Root and Lotus Seed with Dried Longan Meat





Banyak betul menu yang ada ni semua di sediakan sekiranya korang mengambil set untuk meja makan yang bermula serendah RM498 nett bagi meja 5 orang. Korang boleh tengok sendiri harga yang ada dalam jadual Maha sediakan ini.


Bagi bufet seperti yang Maha nyatakan tadi harganya pun akan bermula jualan baucer dari bulan November sehingga Januari. Ini kerana bufet ini hanya untuk satu hari sahaja iaitu pada 24 January 2020 bermula dari pukul 6.00 petang hingga 10.00 malam. Korang boleh lihat harga yang ditawarkan dalam jadual di bawah. 


Kalau korang rasa nak buat tempahan makan Tahun Baru China nanti boleh lah cuba kat sini memang menarik menu asli mereka dan dijamin Halal. Maha dan cuba boleh kata setiap tahun ada sahaja yang terbaru di sini. 

Tempahan dan juga pertanyaan hubungi :
Tel : 03-2089 3788
        03-2089 3688
Email : chinatreasures.sdcc@simedarby.com 
             enquiries.sdcc@simedarby.com






1 ulasan:

  1. Extraordinary post, you have pointed out some amazing focuses, I also trust this is an exceptionally radiant site. Pikdo is an Instagram Online Viewer that you can easily browse users, location, followers, hashtags, popular contents, statistics and much more.

    BalasPadam