Gunung Bromo,

Penginapan Selesa Dan Nyaman Sepanjang Perjalanan Ke Gunung Bromo

Rabu, Oktober 23, 2019 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Baru dapat nak update lagi tentang percutian Maha ke Gunung Bromo bulan lepas punyalah lama. Korang boleh baca post sebelum ini beberapa lokasi pelancongan menarik yang korang boleh pergi bila ada kat daerah Pasuruan ini selain Bromo tu. Post kali ni pulak Maha nak kongsi beberapa tempat penginapan yang korang boleh pilih jika datang bercuti di sana ada yang dekat ada yang jauh sikitlah. 

Ada yang bajet murah dan juga ada yang bajet mewah. Macam biasa korang boleh pilih ikut kemampuan dan juga tujuan utama korang datang bercuti ke sana. Maha cuma senaraikan sahaja apa yang Maha dan tengok sendiri dan juga tinggal sepanjang bercuti di sana. Mungkin korang ada tempat lain yang lebih seronok dan murah. Jom kita lihat senarai yang Maha pernah pergi.

Royal Tretes View Hotel and Convention


Bayangkan pemandangan yang menakjubkan dari Gunung Welirang dan Gunung Arjuno, taman tropika hijau romantis dan suasana yang tenang. Royal Tretes View Hotel & Convetion menawarkan lokasi yang indah serta bilik-bilik yang bergaya dan luas, dan suasana yang tenang. Ini terbukti bila masa Maha sampai sahaja tengok pemandangan luar hotel dari lobi sangat menggkagumkan. Tambah lagi kalau waktu pagi dengan kabus dan juga pemandangan matahari. 






Hotel ini menawarkan lokasi yang menakjubkan yang menghadap pegunungan, di kawasan Tretes yang tenang, di Prigen Jawa Timur. Lebih kurang satu jam perjalanan dari Surabaya. Ruang yang luas digabungkan dengan setiap keselesaan moden di setiap bilik. Kalau korang nak percutian yang indah dan akan menghabiskan masa korang di kamar hotel ini adalah pilihan yang sempurna. Korang boleh lihat detail harga dan promo di laman sesawang mereka https://www.royaltretesview.com.

Inna Tretes Hotel & Resort


Ini juga adalah salah satu hotel yang sangat menarik bagi Maha bukan sahaja bilik tapi juga dekorasi tamannya. Kat sini korang dapat lihat mereka binakan taman Little Kyoto yang berlatarbelakangkan pemandangan gunung yang sangat cantik dan indah. Sesuai untuk bergambar kenang-kenangan. Juga diserikan dengan deruan air terjun daripada sumber mata air pergunungan di salur terus ke hotel dan kolam renang mereka yang luas. Juga kat sini ada satu gua namanya Goa Jepang yang menjadi peninggalan sejarah semasa zaman pemerintahan dan masih boleh dilihat dengan jelas tapi tidak boleh masuk.






INNA Tretes adalah hotel bertaraf tiga bintang yang menawarkan 70 bilik terdiri daripada 2 suite, 34 deluxe dan 34 bilik standard. Persekitaran Tretes yang tenang dan berangin adalah pilihan yang ideal untuk pertemuan intim, seminar dan bengkel. Kemudahan jamuan disediakan untuk menampung sehingga 250 peserta. Ia terletak 2700 kaki di atas paras laut dan dikelilingi oleh keindahan pemandangan semulajadi,iaitu Gunung Welirang dan Gunung Arjuno. Ia hanya mengambil masa satu jam perjalanan dari Surabaya. Kalau nak info lanjut boleh layari laman sesawang mereka http://www.innatretes.com.

Surya Hotel & Cottage 


Hotel ini mempunyai 137 bilik hotel, suite dan kotej, dengan 44 bilik design moden klasik, 94 bilik Surya yang baru diubah suai dan cottages yang direka sebagai bilik minimalis pintar. Sangat selesa untuk pelancong yang datang dengan urusan perniagaan atau percutian bulan madu. Terletak di kawasan resort gunung Pasuruan - Jawa Timur dalam lingkungan 4.2 hektar.






Reka bentuk hotel ni menarik dan kalau korang perasan di bahagian luar hotel di binakan replika Candi. Hotel ni konsep modern dan juga lebih menarik serta selesa dengan dekorasi yang simple. Kalau rasa nak cuba menginap kat sini boleh lah layari laman sesawang mereka https://www.suryahotelprigen.com.

Taman Dayu Golf Club & Resort


Taman Dayu Golf Club dibuka pada tahun 1995, kelab golf yang mesra keluarga dan terletak di kaki bukit hijau Gunung Welirang. Kelan golf ini adalah sebahagian daripada resort bersepadu yang merangkumi 600 hektar tanah utama termasuk perumahan dan juga banglo. Ini adalah sesuai untuk mereka kaki golf yang memang suka akan sukan ini dan juga percutian mewah dan bergaya.







Taman Dayu menggabungkan kehijauan tropika dan prestij antarabangsa dalam suasana pemandangan yang indah, pada ketinggian 300 hingga 800 meter yang segar dan sejuk di lereng Prigen. Maha cuma singgah jer lah sini tak mampu nak bermalam kat sini hehehe tapi kalau korang nak nikmati ala bintang atau orang koporat boleh lah layari laman sesawang mereka https://www.tamandayu.com.

Ancala Inn Bromo


Tempat penginapan Ancala Inn adalah tempat tidur dan sarapan yang sangat berdekatan pergunungan Bromo. Hotel ini adalah sangat murah untuk kaki pendaki yang hanya datang untuk naik ke gunung. Bilik selesa walaupun tak besar mana tapi boleh lah untuk sekadar merehatkan diri diwaktu malam selepas penat mendaki. Kesejukan semulajadi di sini tidak memerlukan sebarang kipas dan air mandian sangat sejuk yer.



Kalau menginap di sini korang boleh nikmati pemandangan kampung di sekeliling dan juga gunung ganang, kemudian berjalan ke pasar tradisional dan menatap malam berbintang. Manariknya hadapan bilik hotel ada taman sayur-sayuran yang diusahakan oleh pekerja hotel ini. Sebab sini kawasan sejuk jadi memang sangat menjadi tanaman mereka. Dari sini lah kami semua hari tu tinggal sebelum menaiki jep khas ke Gunung Bromo. Kena bangun awal pagi pukul 3.00 pagi waktu Indonesia untuk bergerak ke sana.




Jangan dibandingkan Ancala dengan hotel-hotel lain yang Maha ceritakan kat atas tadi. Cuma sini lebih dekat dan juga dapat berehat dengan selesa pun dah ok. Mungkin bajet rendah boleh lah bermalam di sini dalam lingkungan harga lebih kurang RM94 sahaja satu malam. Boleh booking kat laman sesawang mereka di http://ancalabromo.com.

Jadi ini adalah beberapa penginapan yang menarik sekiranya korang melalui daerah Pasuruan untuk sampai ke Gunung Bromo ni. Ada yang mahal ada yang bajet dan ada juga yang cantik mengutamakan hiasan dekorasi atau juga keselesaan bilik. Masih ada banyak lagi tempat lain yang korang pernah tinggal boleh kongsikan diruangan komen di bawah. Mana tahu ia membantu kawan-kawan lain yang juga mencari tempat penginapan jika nak bercuti ke sana. Selamat bercuti dan selamat berjalan-jalan.








4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ala kita pergi yang dekat jer hehehe best lagi Tatie jauh2 huhuhu nak ikut...

      Padam
  2. Best tengok ramai kawan pegi sana. Huhu. Rindu nak travel 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kat sana rasa macam nak pergi lagi hehehe...

      Padam