Boba,

Korea No.1 Teh Premium HEUK HWA DANG Kini Di Malaysia

Isnin, Oktober 07, 2019 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Restoran minuman popular Korea Premium Tea & Dessert House di Hongdae iaitu Heuk Hwa Dang akhirnya tiba di Malaysia. Kini kalau korang selalu tengok drama Korea mereka selalu minum teh and kopi tu boleh nikmati di Malaysia juga. Cawangan pertama telah dibuka secara rasmi pada 24 Ogos 2019 yang terletak di Jalan SS 15/8a Subang Jaya

Selain  sebagai jenama Korea yang unik, Heuk Hwa Dang menarik banyak penggunanya apabila ia mula melancarkan pilihan pelbagai yang memenuhi yang disukai rakyat Malaysia. Paling popular adalah Brown Sugar Pearl Milk pengguna juga boleh menikmati minuman lain seperti Rose Bubble Milk Tea, Matcha Bubble Milk Tea, Kopi, Ice Cream, Nougat Crackers dan teh premium lain dalam reatoran yang direka sangat selesa.




Walaupun ia datang ke Malaysia dari Korea Selatan,  restoran ini masih mengekalkan rasa tulen yang dimiliki oleh Heuk Hwa Dang. Oleh itu, hampir 90% bahan mentah di kedai adalah dari Korea sendiri. Mereka juga menghasilkan biji Boba sendiri agar dapat kekalkan rasa dan juga kualiti setiap kali peminat datang berkunjung dan nikmati semua jenis minuman mereka. 



Maha sempat hadir pada majlis pembukaan restoran ini yang diadakan dengan penuh simbolik persembahan tarian lagu Korean "It's You" yang dibintangi oleh penyanyi beatbox Malaysia semasa pelancaran.  Di sebalik cerita "It's You" mencerminkan pemikiran jenama kepada pengguna It's You, Huek Hwa Dang akhirnya akan membawa budaya Korea dan pengalaman minum terbaik semata-mata untuk korang! Bersempena dengan pembukaan rasmi Heuk Hwa Dang, outlet itu mengumumkan tawaran istimewa promosi krim ice RM 1 pada hari pembukaan. 





Jadi kepada peminat minuman Korea dan juga Boba boleh lah try nak cuba kat sini. Bagi Maha rasanya lain kerana ia tidak terlalu manis nak banding dengan jenama teh dan kopi Boba yang dah banyak kat Malaysia sekarang ini. Ini cukup nice dan juga korang boleh dapat dengan rasa yang tersendiri seperti mana yang Maha minum hari tu iaitu Brown Sugar Bubble Milk Tea. 




Kalau nak dapatkan info lanjut pasal menu dan harga boleh ker sosial media meraka :
Alamat : HEUK HWA DANG
               No 57, Jalan SS 15/8a, SS 15
               47500 Subang Jaya Selangor.









0 Pandangan: