Cuti-Cuti Malaysia,

Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Pulau Tioman Pastinya Menyeronokkan

Rabu, Oktober 16, 2019 Mahamahu 18 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ini adalah kali kedua Maha pergi ke Pulau Tioman iaitu antara pulau yang pernah dinobatkan sebagai pulau tercantik di dunia. Kunjungan pertama Maha ke pulau ini tak dapat nak mengembara setiap pelusuk pulau kerana kekangan pengangkutan. Tapi kunjungan kali ini Maha dapat pergi dari timur ke barat dan dari utara sampai selatan pulau memang puas.

Kali ini pengembaraan Maha adalah dibawa oleh Tourism Malaysia Wilayah Timur terima kasih kerana sudi menjemput Maha untuk sama-sama sertai. Sebenarnya ia adalah bersempena dengan program Engagement Day with Tioman Island Tourism Industry Players 2019 & Product Update Pulau Tioman. Jadi dapat berkenalan dengan semua pengusaha termasuk hotel, resort mahupun pengusaha aktiviti air dan darat yang ada di sana.


Perjalanan macam biasa dari KL nak sampai ker jeti mengambil masa lebih kurang 5 jam perjalanan. Kali ini Maha dan semua rakan media lain dibawa menaiki feri daripada Jeti Tanjung Gemuk. Harga feri kat sini sama sahaja RM35 untuk satu hala. Jeti yang besar dan selesa tak begitu ramai orang serta feri juga besar dan selesa. Perjalanan dari jeti ker pulau pula mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ker jeti Kg Tekek


Bila dah sampai ke pulau tu hari pertama terus mula dengan aktiviti yang menarik kat sini. Maha nak kongsikan dengan korang apa aktiviti yang boleh korang buat kalau datang ke Pulau Tioman ini. Ye lah selain daripada nak bercuti dan berehat ada juga aktiviti mencabar dan menarik tak ada kat tempat lain. Jom kita try...

Melihat Ikan Dan Karang Tercantik Di Taman Laut Malaysia


Sesetengah kawasan Pulau Tioman ini telah direzabkan sebagai kawasan Taman Laut Malaysia jadi sebarang aktiviti untuk menangkap atau juga membawa pulang karang adalah dilarang sama sekali. Di antara kawasan yang menarik untuk korang snorkeling adalah di Pulau Rengis dan juga Pulau Tomok. Ini kerana kawasan ini masih terpelihara alam semulajadi dasar lautnya. Banyak karang yang cantik-cantik dan juga ikan yang pelbagai jenis. Masa Maha nak snorkeling hari tu kami naik boat daripada Jeti Marina Kampung Tekek dan mengambil masa lebih kurang 10 minit jer nak sampai pulau tu.



Kalau nak best masa korang datang buat snorkeling kat sini mesti kena bawa bekalan roti yang boleh dibeli di kedai. Bila dah bawa roti tu masa korang snorkeling tu tabur sahaja roti tu semua jenis ikan akan datang mengerumini korang memang best giler. Nak sewa peralatan snorkeling kat sini tak mahal dan ada banyak tempat yang menyerdiakan kemudahan sewaan ini. Kalau nak senang korang tanya jer kat resort yang korang menginap mesti mereka akan rekmenkan.






Buat aktiviti ini bernasib baik korang boleh bertemu dengan beberapa spisi ikan yang jarang ada dan sekali sekala jer muncul macam Maha hari tu sempat nampak ikan panjang macam Ikan Todak besar saiznya tak sempat nak selfie dengan ikan tu wakakaka. Kalau lagi baik korang boleh berenang bersama dengan penyu yang jarang-jarang muncul tapi ada kat sekitar laut tu. Best bagi Maha buat aktiviti untuk snorkeling satu hari pun ok.

Lepak Menyaksikan Matahari Terbenam Di Dataran Tioman


Korang tahu tak asal sebenar nama Pulau Tioman ini. Menurut orang kampung di ssini nama Tioman ini diambil daripada nama seekor burung yang cukup popular di sini iaitu burung Tiong. Manakala 'Man' adalah panggilan saya yang sering digunakan oleh orang tempatan. Jadi gabungan kepada dua perkataan ini maka dipanggillah Pulau Tioman. Bestkan kalau kita tahu tentang sejarah satu tempat yang kita pergi tu.






Sebab itu wajib untuk korang singgah dan juga menghayati permandangan yang menarik di Dataran Tioman. Di sini adalah kawasan luas yang selalu digunakan untuk program besar-besaran masyarakat tempatan. Kalau korang tak singgah dan bergambar kat dataran ini maksudnya korang masih belum sampai betul-betul ker Pulau Tioman ni. Selain daripada duduk dan bergambar kat sini korang boleh juga menikmati makanan minum petang yang disediakan di gerai-gerai tepi dataran tu best tau. Nampak sunset yang sangat cantik dan indah.

Sejukkan Diri Mandi Di Air Terjun Kg Asah 


Satu lagi tempt dan juga aktiviti yang korang boleh buat kat Pulau Tioman ini adalah mandi air terjun. Kat pulau ini ada dua lokasi air terjun dan yang paling popular selalu orang kunjungi adalah Air Terjun Kg Asah. Ia terletak di Kampung Mukut dan perjalanan selamat lebih kurang 15 dengan hanya menggunakan boat laju sahaja boleh untuk sampai ker sana. 



Peringatan kepada yang tidak kuat stamina untuk panjat air terjun ini boleh lah bertabah kerana korang perlu mendakit sikit dengan laluan jalan kaki yang disediakan. Lebih kurang 15 minit untuk orang yang jalan perlahan-lahan macam Maha ni hehehe. Tapi sepanjang nak naik tu ada tempat untuk berehat yang korang boleh singgah kalau penat.


Tapi kepenatan korang berbaloi naik sampai ke kawasan utama air terjun ini. Sebab korang pasti akan teruja dengan kesejukkan air terjunnya. Air kat sini sangat bersih dan sejuk sehingga boleh menggeletar kalau masuk. Seronok punya pasal masuk juga kat dalam kawasan air terjun ni. Cuma pada yang tidak pandai berenang kawasan tengah air terjun tu agak dalam jadi berhati-hati atau pakai live jacket


Kat kawasan air terjun ini korang boleh buat aktiviti selain dari mandi manda korang boleh piknik dan juga makan-makan. Tapi kena jaga kebersihan kawasan ini jangan buang sampah merata-rata ok. Maha suka mandi air terjun ni tapi sebab sejuk sangat jadi dapat mandi sekejap jer hehehe. Korang kena datang sendiri kat sini dah rasai keseronokkannya.

Cabar Diri Dengan Scuba Diving


Ini adalah satu lagi aktiviti wajib korang kalau datang ker Pulau Tioman ini. Memang orang kata kalau nak diving profesional tu kena ada lesen dan Maha memang tak ada. Tapi korang boleh cuba aktiviti Discover Scuba Diving (DSD). Banyak tempat menyediakan perkhidmatan untuk dive ini dan memang setiap tahun semua orang yang nak belajar diving atau ambil lesen akan berkumpula kat Tioman dalam satu program yang di panggil Start In Tioman (SIT)


Sikit Maha cite pasal SIT ini ia adalah program setiap tahun yang dianjurkan untuk mengumpul seramai mungking Diver seluruh dunia dan juga yang nak belajar dive dari asas. Tahun ni tak silap Maha mereka dah buat bulan Jun lepas. Tahun depan ada lagi dan meriah sebab sepena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020. Ok lah back pada aktiviti Maha untuk DSD tadi. Harga untuk korang nak DSD adalah dalam lingkungan RM180 seorang mengikut pusat dive yang korang pilih. Maha hari tu dive dekat dengan Damai Tioman Resort. Semua peralatan mereka sediakan dan juga memberi basic teknik pengajaran sebelum korang Dive.



Cuma satu jer kalau nak dive ini kena banyak bertenang dan jangan cepat gelabah. Bila korang tak ada water confident itu yang menyukarkan proses untuk dive ini. Mula-mula Maha pun takut memang sangat takut bercampur seram. Tapi sebab ada pengajar yang profesional membantu Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Walaupun tak masuk dalam hanya pada kedalaman 5 meter sahaja tapi cukup memberi satu pengalaman berharga kepada Maha pertama kali dalam hidup dapat Diving. 


Banyak lagi aktiviti yang boleh buat kat Tioman ini tapi yang ni jer sempat Maha kongsikan sepanjang empat hari berada kat sini. Sini Maha kongsikan lokasi tempat penginapan yang boleh korang duduk bila berada kat Tioman ini. Itu untuk posting kedua nanti pulak ok. Cuma ni nak share dengan korang apa aktiviti yang Maha dah buat sepanjang berada kat Tioman. Nak ucapkan sekali lagi terima kasih kepada Tourism Malaysia Wilayah Timur kerana sudi menjemput Maha sertai program ini. Kalau ada nanti boleh lah jemput lagi pergi tempat lain pula ok. Hehehe.

Banyak program menarik yang telah dirancang dan juga bakal berlangsung tahun depan dekat Negeri Pahang umumnya dan juga khususnya di Pulau Tioman ini sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020 tahun depan. Jadi korang boleh plan dari sekarang untuk ke mana-mana sahaja lokasi pelancongan menarik di Malaysia ni. Moga ia dapat menjana ekomoni negara dan juga dapat menaikkan nama negara sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan dunia. Selamat bercuti dan Visit Malaysia 2020.


Hashtag rasmi : #tourismmalaysia #tourismmalaysiawilayahtimur #beyondkl #vm2020 #visitmalaysia2020 #tiomanvm2020 #tourismmywilayahtimur








18 ulasan:

  1. Menarik! Leya belum pernah ke Tioman lagi. Dan teringin juga nak snorkelling tu.. Best tengok pengalaman kawan-kawan yang dah ke sana.

    BalasPadam
  2. Bucket list April 2020.
    Set..!

    BalasPadam
  3. OMG jelesnyaa siap dpt diving wak!! i pnh g tioman zmn dlu kala hahha tp x pnh smpi lg tg gumuk ni!! menarik bole msuk dlm list ni

    BalasPadam
  4. One of the places that i really wanted to go. Oh my god , maha bestnya mandi air terjun dah lama xmandi air terjun oii. And lama juga dah tak dive nama ja ada lesen. Jealous kita wak!

    BalasPadam
  5. Ala. Rawlins pun nak juga bergambar dalam air macam uols tu. Next time sila la ajak iols, I janji akan menjadi teman uols yang terbaik.

    BalasPadam
  6. Hey, looks like you really enjoyed your vacation bro. Tioman is a beautiful island. Good post and good photography.

    BalasPadam
  7. best giler wak. smpi hati tggalkan kita. alamak belum berpeluang lagi nak snorkeling. tak tahu lah bila.. sbb kbykkn kawan kita takut air.. ajak mst xmau alasan takut hitam.. hahah

    BalasPadam
  8. Never been to Pulau Tioman but thanks for sharing! Which means .... it's time to plan my next trip : PULAU TIOMAN! Yeayyyyy!!!

    BalasPadam
  9. Just loved all the exciting activities at Tioman Island. I have nevr been there before too.

    BalasPadam
  10. Pergh bestnya.. Padat penuh dengan macam-macam aktiviti.. Syokla.. Tak pernh lagi ke pulau tioman.. Suka diving tu dapat tengok hidupan laut

    BalasPadam
  11. Pulau tioman ni mmg cantik. Tapi tulah perjalanan nk ke jeti dari highway saja dh dh jauh ke dalam. Sampai sana, tgk laut bersih dah rasa seronok n bangga.

    BalasPadam
  12. Dah lama sangat tak pergi Pulau Tioman. Last sekali masa Pelango Air masih ada. Takut gak naik pesawat berkipas ha ha... wah nampak happy Maha ya...untung laa..😁

    BalasPadam
  13. Kita tak penah sampai Pulau Tioman lagi. Huhu. Ingatkan biasa-biasa je, rupanya banyak gak benda menarik kat sana eh.

    BalasPadam
  14. Masyaallah bestnya Maha! Kaknie tak ada rezeki lagi nak sampai ke Pulau Tioman. Sukanya tengok pemandangan air terjun tu. Tenang je. Aktiviti kat sana pun macam-macam ya boleh buat. Wish I can go there one day

    BalasPadam
  15. Seronoknya maha! Memang teringin nak snorkelling and mandi manda di sungai. Hehe. Bestnya pulau Tioman ni. Pulau yang saya pernah pergi hanyalah pulau pinang je haha. Next year target nk pgi sinilah.

    BalasPadam
  16. Seronoknya banyak aktiviti. Airah memang suka bercuti di pulau ni aaaa masuk dalam list sekarang

    BalasPadam
  17. bestnya. tioman ni tak tahu lah bila nak masukkan dalam jadual untuk visit. tapi lawa lah tioman nih. kena tag travel buddy sekarang.

    BalasPadam
  18. SERONOK SEMUA AKTIVITI MAHA BUAT , SAYA SUKA JUGA LAGI2 DIVE TAPI BELUM BERPELUANG LAGI ....NANTI NAK JUGAK PI TIOMAN , RINDU NAK BERCUTI DALAM MALAYSIA

    BalasPadam