Food Review,

Kubis & Kale Saji Makanan Sihat Dalam Satu Poke Bowl

Isnin, September 30, 2019 Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kita dimomokkan dengan tanggapan bahawa makanan yang sihat adalah membosankan atau tidak sedap serta rumit untuk disediakan. Yer lah selalu kita makan tengok jer yang cantik pasti kita akan cakap makanan itu sedap. Maha sendiri pun selalu makan kat banyak tempat kalau makanan yang banyak sayuran mahupun kekacang ini kurang mendapat sambutan. 

Tapi kini Kubis & Kale membawa pencari-pencari makanan sihat ke arah satu perspektif yang sangat jauh berbeza. Dimana kita boleh enjoy makanan dengan puas dan juga sedap dalam satu Poke Bowl dengan susunatur yang sangat cantik dan menarik. Kalau tak percaya korang boleh datang sendiri cuba makan kat Kubis & Kale yang terletak di Lot 2 & 4, Jalan PJS 11/5, Bandar Sunway.


Masa Maha mula masuk restoran ini sangat teruja kerana ia adalah sebuah restoran baru dibuka dan juga konsep simple minimalist. Tetap menerapkan alam semulajadi daripada penggunaan warna serta juga dapur yang terbuka. Sebagai peminat makana sihat mesti kita nak tengok dari mana sumber bahan seperti sayur mahupun cara penyediaan makanan yang kita nak makan.




Paling Maha kagum adalah mereka begitu menekankan terhadap kebersihan dimana semua pekerja memakai glove dan juga mengenakan pakaian yang kemas. Penyediaan bahan masakan juga satu yang dititik berat sebab meraka menggunakan sayuran karbon seperti yang dibekalkan oleh Pakar Perladangan Karbon Janaan Semula Bandar dan Pertanian. Sayur karbon ini adalah makanan sayur hijau yang bersih dan selamat bebas daripada bahan kimia.




Dekat Kubis & Kale ini selain disediakan dalam mangkuk mereka memperkenalkan tiga jenis makanan baharu untuk peminat makanan yang pelbagai di Malaysia. Pertama Poke Bowl iaitu makanan mentah dan masak, yang kedua makanan masak sepenuhnya serta juga ketiga menu makanan untuk vegetarian/vegan. Jadi tak semestinya makanan sihat ni kena makan sayur jer kerana tubuh badan kita juga perlukan protein dan juga lemak yang sihat.



Maha nak kongsikan kepada korang beberapa fakta menarik tentang 'Poke' (mentah/segar) dan makanan vegetarian/vegan
- Menggunakan lebih banyak bahan makanan segar/sejuk/diperap sendiri khususnya ikan salmon, tuna, ayam dan sebagainya.
- Lebih banyak makanan segar/dimasak
- Menawarkan menu bermusim
- Pilihan sos vegan
- Menawarkan lebih banyak pilihan protein untuk vegetarian/vegan
- Pelbagai sos yang dibuat sendiri

Makanan yang Maha dah cuba kat sini memang sangat begitu sedap walaupun sihat yer. Korang boleh makan mentah atau juga dimasak. Kemudian ditambah pula dengan sos-sos yang menambahkan lagi kesedapan dalam semua hidangan kat sini. Korang boleh order menu yang ada protein dalamnya seperti ayam dan daging boleh pilih Grilled Molasses Chicken Breast, Green Chutney Chicken Thigh, Skirt Steak dan Herb Bake Dory
Grilled Molasses Chicken Breast

 Green Chutney Chicken Thigh

Herb Bake Dory

Kalau nak yang ada makanan laut seperti Salmon dan juga Tuna boleh pilih antara Mango Habanero Salmon, Shoyu Salmon, Orange Passion Fruit Salmon dan juga Green Goodness Tuna. Manakala untuk makanan mereka yang vegetarian/vagen ada pilih di antara Falafele, Maple Taufu dan Crab Cake. Boleh padankan pula dengan sos ciptaan mereka bagi menambah kesedapan seperti Chimichurri, Mango Mustard, Green Apple Hot Sauce, Ghost Sauce, Pesto Vinaigrette, Red Pepper, Pineapple Sauce, Roasted Ginger dan juga Garlic Infused Extra Virgin Olive Oil
 Shoyu Salmon

 Orange Passion Fruit Salmon

 Mango Habanero Salmon

Sebenar satu mangkuk sangat banyak khasiat dalamnya selain daripada saiz yang besar, kalau korang makan mesti kenyang yer sebab Maha makan satu mangkuk pun dah boleh penuh perut. Kata orang kalau makan banyak sayur cepat mengenyangkan dan disitu ia mengawal diet permakanan kita. Dari segi harga pula bagi Maha ia sangat sesuai dengan keperluan dan juga kuantiti yang ada dalam hidangan tersebut. Bermula daripada harga RM15.90 satu mangkuk memang puas dan berbaloi. 
Maple Taufu

Falafele

Sempena dengan mempromosikan Hari Vegan Antarabangsa pada 1 November nanti Kubis & Kale mengumumkan promosi istimewa iaitu 'Beli 1 Percuma 1' bermula dari 1 hingga 3 November. Ini nak menggalakkan gaya hidup lebih sihat melalui makanan kepada rakyat Malaysia. Restoran ini beroperasi setiap hari daripada pukul 11.00pagi hingga 11.00malam. So korang boleh datang untuk makan tengah hari atau juga malam kat sini. Restoran ini terletak berdekatan dengan station BRT SunU-Monash jadi korang boleh parking kat station tu dan jalan kaki jer lagi mudah.


Demo masakan daripada Aaron Lim, Pengasas dan Chef Kubis & Kale

Nanti kalau korang dah cuba makanan sihat kat sini boleh share ngan Maha kat komen ini ok. Sebab ini adalah pengalaman pertama Maha cuba makanan yang begitu banyak sayur serta juga kekacang dalamnya tetapi masih sedap dan mampu dihabiskan. Jangan bimbang ok korang pun boleh juga ok. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua. 

Info lanjut dan promosi lain boleh layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5





19 ulasan:

  1. nmpk segar je sayuran tu,naik selera nk mkn sayur walaupun x brapa suka sgt sayur sbnrnya.

    haaa..cantiklah buy 1 free 1 sempena birthday saya on 3rd november.hahaha

    BalasPadam
  2. ini kalau tak minat makan sayur pun akan jadi suka nak makan sayur ni. uih. jagung tu bestnya makan dengan ayam panggang.

    BalasPadam
  3. Bagus untuk pemakan vegetarian ni....tapi maaf la tekak kak faa tak bile terima yg mentah2 hihi... lain bole la try...

    BalasPadam
  4. Bestnya awak...!! Kita tergoda laaa kat Grilled Molasses Chicken Breast tu.. Lain kali ajak kita eh, leh laaa sesama nikmati menu yang sihat berkhasiat

    BalasPadam
  5. Kalerful sgt pile bowl dia suka tbk. Klu org tu vege mmg sesuai datang dan makan kat sini

    BalasPadam
  6. This is my heaven!
    So healthy and you will live longer and healthy with this!
    How is the price range like ?
    Do you mind sharing?

    BalasPadam
  7. Yg kurang gemar makan sayur pun boleh suka makan sayur bila makan kat kubis & kale ni. Paling sedap tengok grilled chicken breast tu. Menggiurkannn

    BalasPadam
  8. Nampak segar je sayur-sayuran dan buah-buahan tu semua... menarik sehhhh... tetiba tercraving jagung dengan ayam panggang tu... hehehehe... ni dah macam eat clean dah ni... kebetulan pulak tengah diet ni...

    BalasPadam
  9. Ingatkan sayur je yg ada. Ayam n ikan pon ada. Warna lawa je

    BalasPadam
  10. banyaknya buah and sayur fresh dekat sini. serius ingat dekat oversea tadi. rupanya dekat Malaysia. nampak macam sedap je semua.

    BalasPadam
  11. Paling geram bila nampak sayur segar dgn warna cerah bersusun cantik. Rasa nak ngap je haha. Kalau ada rezeki nak pergi Kubis & Kale ni. Thanks Maha share pasal ni

    BalasPadam
  12. Orange passion salmon look so yummy!!!

    BalasPadam
  13. Bestnya tengok Maha review makan-makan. Dan review kali ni pun tak kurang hebatnya. Dah tercetus idea menu sihat yang Sis nak buat nanti.

    BalasPadam
  14. Bgus sekali sekala makan sohat macam ni.. Nak jaga kesihatan yubuh badn kan.. Kenela makan makanan yang berkhasiat.. Nak buat mals.. Hahaha.. Nasib ada kedai dia..

    BalasPadam
  15. sEJAK USIA AGAK 'DEWASA' NI, SEMUA MAKANAN KENA PERHATIKAN BETUL-BETUL. WHAT BEST FOR OUR HEALTH GITU..

    BalasPadam
  16. seronok tengok warna2 makanan di sini, penuh warna warni dan yang penting sangat sihat. nampak gaya saya pun kena amalkan makan makanan sihat. dah lama makan makanan yang tak sihat,haha. thanks ya share :)

    BalasPadam
  17. Macam mana nak pronounce ni. Sedap tengok mangkuk dia ada macam-macam bahan warna warni. Kita boleh buat sendiri kita punya bahan tak? Minggu ni nak pi sana

    BalasPadam
  18. Wah.. Sayur!!mmg favourite AM nie.. Leh la AM ke sini nak try rasa poke bowl dia.. Nmpk sedap n menarik

    BalasPadam
  19. (AHIMSA VEGE HEALTH FOOD INDUSTRIES)
    Email : helmi@ahimsa.com.my
    No Tel : 016-216 3949
    WhatsApp : http://www.wasap.my/+60162163949/helmiahimsa.

    Certification: HALAL, ISO2200, HACCP, GMP, BUATAN MALAYSIA

    Group Telegram : https://t.me/+lCvCMrPTFtphYzc1


    Our online shop
    Website: https://shop.ahimsa.com.my/
    Shopee frozen: https://shopee.com.my/ahimsafrozenfood
    Shopee non frozen: https://shopee.com.my/ahimsavegehealth
    Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/ahimsa-vege-health-food?spm=

    Medsos
    Tiktok: https://www.tiktok.com/@ahimsahq
    Facebook: https://www.facebook.com/AhimsaVegeHealth
    Intagram: https://www.instagram.com/ahimsavegehealth/
    Youtube: https://www.youtube.com/@ahimsavegehealth585


    BalasPadam