AEON,

AEON Membawakan Kipas Elektrik Pintar Yamazen Mesra Kanak-Kanak

Jumaat, September 06, 2019 Mahamahu 12 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekarang ni kita dalam musim panas yang mana bukan sahaja panas datang dari cuaca tapi juga daripada pembakaran terbuka yang banyak. Jadi penggunaan peralatan elektrik yang tinggi pada masa ini terutama kipas betul tak. Kita balik kerja dan juga nak tidurkan anak-anak mesti nak kipas agak selesa dan lena sahaja berehat.

Jadi kadang-kadang yang ada anak-anak kecil boleh merangkak dan juga berjalan mereka pantang kalau nampak kipas meja yang berpusing mulalah nak hulur tangan. Itu yang selalu dibimbangkan oleh ibu bapa atas keselamatan anak-anak kecil. Tapi sekarang ini tak perlu nak bimbang lagi kerana AEON Malaysia membawakan satu peralatan mesra kanak-kanak iaitu Yamazen Touch Stop Electric Fan

Kenapa Maha kata ia kipas ini mesra kanak-kanak kerana ia ada fungsi 'Sensor Child-Lock'. Fungsi ini adalah kipas akan terberhenti secara automatik apabila ada sentuhan terus kepada kipas tersebut. Setelah mati kemudian kipas akan hidup semula secara automatik selepas 15 saat. Jadi kat situ kalau ada anak kecil yang cuba sentuh kipas ia akan mati dengan sendiri dan ini menambah keselamatan anak anda.



Selain itu juga, kipas ini ada fungsi '8-jam auto-shutoff' untuk menjimatkan tenaga elektrik. Ini sangat berguna kepada mereka yang selalu lupa nak off kipas bila keluar rumah dan fungsi ini akan memberhentikan kipas selepas ia ditinggalkan dalam tempoh lama. Paling penting kipas pintar ini didatangkan dengan remote control jarak jauh yang membolehkan korang on atau mengawal segala fungsi tanpa perlu pergi dekat. Ramai orang suka ada remote ni tak perlu nak bergerak banyak kan hehehe.



Macam mana Maha tahu semua pasal kipas ini sebab hari tu pergi tengok sesi demonstrasi yang dilakukan di AEON. Kipas elektrik no 1 di Jepun ini boleh korang dapatkan di semua cawangan Pasaraya AEON dan AEON Big seluruh Malaysia dengan harga RM199.00 sahaja. Didatangkan dengan tiga jenis warna pilihan iaitu biru, pasir emas dan juga clear. Jadi sebab kecanggihan dan uniknya kipas ini Maha telah rembat satu bawa pulang hehehehe senang hidup.

Selain daripada teknologi yang baru dalam kipas ini mereka masih ada lagi fungsi asal kipas berdiri ini iaitu dengan tiga tahap kelajuan. Lepas tu pula kat board kipas tu semuanya di pamer secara digital. Bilah kipas ini pula ada lima yang menawarkan kesenyapan enjin kipas elektrik semasa penggunaan tempoh yang lama. Kaki kipas boleh laras ketinggian dalam 800mm hinga 1000mm. 


Penat lah cite semua ni korang boleh tengok sendiri lah kelebihan kipas ini kat semua cawangan pasaraya AEON. Maha tertarik dengan fungsi yang lain daripada kipas biasa itu yang penting. Korang rasa ok tak nak beli, dapatkan sekarang juga yer. 








12 ulasan:

  1. Bukan takat mesra kanak-kanak ni, dia mesra sekali utk adult yg busy, orang tua, orang kurang upaya dan penghidap dementia.

    Sbb auto tutup, got remote and selamat. It’s good tho!

    Nak dapatkan for myself too sebab kipas kecik kat rumah satu tu dah rosak. Promo code ada? Hahahaha.

    BalasPadam
  2. sejak ada anak kecik, mmg elak dr beli kipas bawah. harapkan kipas siling je la.dh susah sangat, pakai ekon je,hehehe

    Tapi bagus lah inovasi macam ni, ambil kira keselamatan juga. Tapi kaaannn...sign kata PLEASE TOUCH ME tu kan, itu kalau budak, kemain suka la dorg nak TOUCH selalu.ahahaha

    BalasPadam
  3. Ni menarik ni pasal bukan utk kanak2 juga, utk dewasa pun sama .. Kadang2 ada yg lupa nak off kipas, guna auto shutoff ... Tapi ada juga budak suka main on off kipas, haha.

    BalasPadam
  4. Warrghhh...sesuai sangat nak letak kipas gini kat rumah Sal. Tambah EON Members..so rasa tak rugi nak grab sebab dapat points. Weekend ni nak gi tengok !

    BalasPadam
  5. Wahh. Bukan kaleng2 aeon bawa masuk brand kazen. Tapi first time jugak la dengar brand ni. Nice function siap ada elektronik ye. Budak2 mesti suka main tekan3 nanti ni

    BalasPadam
  6. amboi kemain eyh di hujung jari semuanya. tapi bagus. inovatif. takde lagi jumpa kipas stand ni ada remote.

    BalasPadam
  7. Boleh beli satu ni. Kt rumah mmg panas, kipas yg ada tk dpt nk tampung tahap kepanasan yg ada. Terima kasih atas perkongsian ya

    BalasPadam
  8. Bestkan kipas ni. Banyak fungsi menarik. Paling penting tak risau kalau kanak2 datang dekat kipas

    BalasPadam
  9. Skrg semua produk dah canggih pelbagai ciptaan baru mcm kipas ni yg mesra kanak2 dan jgk dewasa

    BalasPadam
  10. Interesting! This is what parents and kids needed products. Baby and toddlers always full of curiosity and want to explore the things that that want ESPECIALLY table fans! Love to put in their little fingers and so on. Mouse mommy also keep phobia on anything might be happen. Touch and Stop, good features and suitable for family with young kids!

    BalasPadam
  11. Bagus kalau kipas ni akak dapat. Anak akak kecil kecil ni memang suka main dekat kipas. Masuk jari la. Buat bunyi aaaaaa tu lagi. Hahaha. Untuk langkah selamat sekarang pasang air cond.

    BalasPadam
  12. Wak letop tol kipas zaman skang. Banyak butang2 nk picit. Design pun menarik. Yang paling penting. Keselamatan untuk kanak2 tu bagus. Nak ushhaaa laa

    BalasPadam