Asia Book of Records,

Tahniah Lost World of Tambun Cipta Sejarah Dalam Asia Book Of Records

Isnin, Ogos 05, 2019 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pada hujung minggu lepas Maha dapat jemputan daripada taman tema Lost World of Tambun yang mana baru-baru ini diumumkan sebagai Top 10 Water Park paling ramai pengunjung di Asia Tenggara. Kali ni nak meraikan satu lagi kejayaan yang berjaya dicapai di sini.  

Maha nak ucapkan tahniah sekali lagi kepada Lost World of Tambun Perak kerana telah diumumkan sebagai pemegang rekod dalam Asia Book Of Records (ABR) melalui pencapaian 'Most Expansive Ice Sculpture' baru-baru ini. Detik sejarah itu telah diumumkan pada tanggal 3 Ogos 2019 oleh wakil daripada Asia Book of Records disaksikan bersama Pengurus Besar Lost World of Tambun, En Nurul Nuzairi Mohd Azahari dalam acara penuh gilang gemilang ini.
En Nurul Nuzairi Mohd Azahari selaku Pengurus Besar Lost World of Tambun



Bagi mencapai kejayaan ini beberapa kateria yang diambil kira oleh pihak ABR sebelum ia boleh diiktiraf. Diantaranya adalah semua binaan dan juga ukiran ais mestilah sama seperti yang dicadangkan dalam lakaran dan mencapai kelebaran paling kurang 200 kaki



Ukiran ais juga mesti kekalkan bentuknya selama sekurang-kurangnya dalam tempoh masa 2 jam. Itu adalah cabaran paling hebat yang mereka hadapi kerana nak pastikan arca ais ini kekal selama itu dalam kawasan terbuka dan juga suhu di sana yang tidak menentu sepanjang tempoh mengukir ais yang memakan masa 26 jam untuk semua ukiran siap. 
Chef Tarmizi Ismail dan Chef Sabri Hassan

Ia bukan lah kerja mudah yang boleh dilakukan oleh seorang sahaja tapi melibatkan kerjasama ramai pihak. Ini termasuklah barisan chef profesional iaitu Chef Sabri Hassan, Chef Tarmizi Ismail  dan Chef Harun Jalil bersama dengan 25 pemahat dan 25 orang amatur dibantu oleh 67 orang pelajar Kolej Komuniti Chenderoh. Kalau dapat dilihat arca ais yang telah diukir ini menggambarkan unsur-unsur reka bentuk dan tarikan yang ada di Lost World of Tambun Theme Park sendiri. 




Maha tumpang gembira kerana menjadi sebahagian daripada kejayaan yang dikecapi ini melihat sendiri bagaimana 250 blok ais dan setiap satu seberat 100kg diukir penuh teliti ini tersergam gah di depan mata. Tahniah sekali lagi Maha nak ucapkan kepada Lost World of Tambun Perak kerana telah mencapai tahap rekod Asia yang membanggakan kita seluruh rakyat Malaysia. Bangga kerana kita tahu bahawa Malaysia Boleh!









2 ulasan:

  1. Wah wah tahniah Lost world of tambun... Cantiknya ice sculpter, banyak pulak tu...mesti best kalau tengok depan2 kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kreatif mereka ni panjang lah best....

      Padam